Permasalahan Pemakanan Sedunia: Sekadar Luahan
elhias: Tsukuba, Jepun, pusat pengeluar gandum di situ
Artikel dan Gambar, ihsan dari Kansas-Asia sini <-------- sila klik
Melalui Blog TYT Dr. El restumi, tentang krisis harga makanan dunia yang semakin melonjak dan hubungkaitnya dengan negara kita Malaysia, ingin aku meluahkan sesuatu.
Aku berpendapat bahawa negara yang beriklim sejuk/kering seperti Korea dan Jepun sudah tentu mempunyai kelebihan yang jauh berbanding dengan negara yang mempunyai iklim khatulistiwa panas dan lembab. Ini adalah kerana
di negara Jepun, Korea, sesetengah tempat di Amerika
1. Padi dapat ditanam dengan suburnya
2. Gandum dapat ditanam dengan suburnya
3. bijirin2 lain pun dapat ditanam dgn suburnya spt oat, barli, sekoi, jagung dan pulut
Berbanding dengan negara kita Malaysia, walau seluas manapun tanah yang diperuntukkan untuk pertanian, namun gandum (makanan nabi-nabi) masih gagal ditanam secara meluas untuk dikomersilkan.
Pentingnya gandum, bagi aku, kerana ia adalah makanan penebat dan ibu-segala makanan. Ingin aku beritahu sesuatu iaitu, perut manusia sejak azali lagi lebih mesra-gandum daripada nasi.
dari segi psikologi, nasi telah diadaptasikan ke dalam jiwa manusia setelah mereka bertubi-tubi diajar oleh penjaga mereka semasa mereka kecil.
==============
Beruntunglah Korea Selatan dan Jepun, kerna mereka memiliki teknologi yang sangat tinggi untuk memperluaskan lagi penanaman mereka sehingga padi dan gandum boleh ditanam sekurang2nya 3 kali setahun di situ.
Sudah semestinya mereka bisa mengurangkan pergantungan mereka daripada mengimport bahan makanan dari negara2 luar.
Seronoknya mereka kerna dapat meminimumkan impak dan kesan dari kenaikan harga makanan sedunia.
Di Malaysia ni tak tahulah...hal-hal pertanian ini rasa-rasanya main-main sahaja. Banyak juga sawah bendang di Melaka, Sabak-Bernam/Tanjong Karang dibiarkan lalang yang tumbuh menghijau.
Bak kata pepatah
Sengsaralah jika tidak berbudi pada tanah dan ingkar pada resmi-kehidupan manusia yang senantiasa memertabatkan pertanian yang telahpun digalakkan oleh agama kita.
ntahlah...
elhias 2: Petani Melayu, buatlah sesuatu..!!!
Labels: Permasalahan dunia, permasalahan negara
2 Comments:
Dr. el Hakim (MBBS Manipal, India),
masalah ekonomi dan masalah makanan ni kepada orang melayu tak penting selagi masalah itu belum menimpa batang hidung, kes kelasik ialah ketika perang Jepun dulu...sampai para tok wan boleh bermegah.."duluuuuu...kami makan ubi kayu saja..hehehe" ...tanpa tok wan sedari..harga ubi kayu sekarang sudah masuk kategori makanan mewah...kui3....
entahlah
Prof Dato' Dr. Elrastom El-harith and co.
aku pun tak tau apa yang dibuat oleh Kementerian Pertanian.
Mungkin asyik berkempen. berkempen.
dah habis PRU. pun berkempen.
Post a Comment
<< Home