..

Wednesday, April 16, 2008

Persoalan Bangsa: Melayu Menolak Hak Ketuanan Mereka ?


elhias: Melayu pada pakaian, jiwanya bagaimana ?

Bermula pada semalam, berjangkit ke hari ini dan mungkin merebak kepada hari-hari yang akan mendatang, beberapa pihak yang sudahpun terkenal dengan ketidakmampuannya tidak jemu2 dan putus2 memperkatakan tentang isu persepaduan dan perpaduan-semula bangsa Melayu.

Ramai yang telah tahu bahawa isu ini hanyalah dipolitikkan akibat kekalahan sesetengah pihak di beberapa negeri dalam PRU-12 Mac lalu. Sedangkan jika mereka menang besar, isu ini dijamin tidak akan timbul dan mungkin mustahil untuk timbul.

Sesungguhnya isu ini tidak konrit dan tidak berapa releven dicanangkan kerna.........
sebab-musabab yang dinyatakan oleh pihak2 tertentu itu tidak menempatkan hal ini dalam domain yang betul.

Kekeliruan fakta dan persoalan demi persoalan timbul akibat kegagalan pihak yang mengetengahkan isu ini memperjelaskan sebab-musabab ia terjadi. Lain2 perkara yang terus menjadi tandatanya adalah seperti yg berikut:

1. Yang mempolemikkan isu tersebut gagal mempertengahkan hujjah masing2 tentang
sebab-musabab perpaduan Melayu terancam

2. Apakah faktor2 perpaduan Melayu tergugat ?

3. Hak Ketuanan Melayu Terhakis. Nyatakan Mengapa ia Terjadi ?

4. Jika UMNO menjaga hak ketuanan bangsa Melayu selama ini, mengapakah tiba2 bangsa Melayu tidak menyokong perjuangan UMNO dengan memihak pada pembangkang? Adakah bangsa Melayu menolak hak-ketuanan mereka di tanahair mereka sendiri?

Akibat terlalu banyak putarbelit, dolak-dalik dan kes-kes terselindung yang segan hendak dinyatakan oleh pihak penganjur dalam siri2 ceramah kesedaran dan perpadua Melayu tersebut, maka usaha perpaduan itu tidak ubah seperti suatu gesaan dalam bermatlamatkan kedamaian di Timur Tengah iaitu isu perpaduan hubungan antara Arab dan konflik Asia barat terutama antara Ketegangan isu kaum antara Israel dan Palestine.

Jawapan yang senang untuk pihak penganjur.

"Melayu juga boleh bersatu di luar UMNO"
dan
"Melayu juga boleh berjuang di luar UMNO"

Pada kesimpulannya,

Amatlah tidak keterlaluan jika seseorang itu pernah mengibaratkan bahawa UMNO itu seolah2 ubat yang telah melepasi tarikh luput dan diberi oleh Doktor yang salah. Sebab itulah pesakitnya tidak pernah sembuh.


wallahualam.

Labels:

3 Comments:

Blogger the indie story said...

Kiyai elhakim al fathoni,

Mereka yang baru ini cuba menimbulkan isu-isu basi seperti Ketuanan Melayu dan Perpaduan Melayu sebenarnya adalah pihak yang tersepit.

Bila sudah kena sepit ketam, barulah nak tergopoh-gapah cari ubat bisa.

Kita melihat permainan ini sebagai taktik murahan yang telah lama 'expired'.

Mangsanya adalah makcik-makcik yang jual dodol kat kampung hulu; dan pakcik-pakcik yang bersidai di kedai kopi.

PakCik-PakCik yang dok baik punya melepak kat Starbuck dan Gloria Jeans Cafe adalah dikecualikan. Sebab mereka 'high class'. huahuahuhuaaaa.


sekali kasta kopi daaa...mampuiih!

7:07 PM  
Blogger Dr. Fahrul Hakim Ayob said...

eltuan elmoderator..

makcik2 dodol...

hehehe..

makcik2 dodol pun dah boring

--ELHAKIM

3:29 AM  
Blogger rastom said...

Pehin Awangku elhakim,

Dalam UMNO mana ada Melayu? Cuba semak semula. Hanya ada "Malays" kui3!

7:59 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker