..

Saturday, March 29, 2008

Persoalan Pemimpin: Ikhlaskan si-Mat-Tahir ?


elhias: Mat Tahir dan unfair-games suatu entiti yang telah diwujudkan pada zaman kekuasaan beliau.

hehe..

pelik kali ini.

Tiba2 Maha-Mahatma Gandhi el-Mat-Tahir menghebah-hebahkan supaya 1.4 Billion umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda kerana negara tersebut telah menerbitkan suatu filem yang terang-terangan menghina Al-Quran dan Islam.

Aku tiadalah mempertikaikan apa2 tentang maksud saranan si-Mat-Tahir itu,

tetapi,

Yang aku peliknya mengapa tiba2 beliau (si-Mat-Tahir) beria-ria benar mengusulkan pemboikotan itu? Adakah beliau berniat mahu mengulangi zaman hero yang pernah dikecapi waktu dahulu dengan mengembalikan populariti beliau yang sehari-sehari semakin susut di mamah waktu ?

atau

Adakah pada kali ini beliau agak terdesak dengan kebangkitan si-Nuar ?

Bagi aku suatu kemusykilan pula, tiba2 apabila manusia yang telah tiada mempunyai apa2 kuasa beria-ria benar untuk pulau-memulaukan sesuatu sedangkan semasa beliau berkuasa dahulu perkataan boikot-memboikot dan pulau-memulau ini adalah sesuatu yang jijik baginya. Seolah2 perkataan tersebut hanyalah sesuai dan dicap sebagai anasir dan dakyah parti pembangkang sahaja.

Aku masih belum lagi dapat melupakan pasal isu-pemain kriket dari Israel yang masuk ke Malaysia tanpa mendapat restu majoriti penduduk beragama Islam di negara ini, ketika itu. dan bendera Israel telah dikibarkan secara megah di PWTC. Mengapa kerajaan di bawah si-Mat Tahir pada ketika itu tiada mempertimbangkan kesensitivitian umat Islam sehingga tergamak membawa masuk pemain2 Israel tersebut ? Sedangkan pada ketika itu, Israel telah terang-terangan menghina umat Islam Palestin dan mencemarkan kesucian Al-Aqsa. Aku akui, perbuatan rejim Israel pada ketika itu jauh lebih dahsyat berbanding dengan penghinaan Belanda ke atas Islam yang hanya dipaparkan melalui sebuah filem.

Mengapa pula si-Mat-Tahir tidak teragak2 untuk memboikot Israel pada masa itu ? Bukankah beliau pada masa itu sedang berada di puncak mahligai kekuasaan ?

Itulah yang menjadi persoalannya.

Walaubagaimanapun aku berpegang hanya pada satu sahaja.

iaitu:

Segala niat orang-orang iMNO yang mengusulkan sesuatu atas sebab agama hanyalah kepalsuan semata-mata.

Tiada apa yang mereka fikirkan kecuali bagaimana untuk membuncitkan perut dan mengkayakan tukang2 ampu mereka.

Maafkan aku jika kedengaran agak keras dan tidak adil.

Tetapi yakinlah bahawa itulah prinsip orang-orang iMNO...

Labels: , , ,

5 Comments:

Blogger rastom said...

Tuan el Hakim el Mongoshutu Buthulezi! Semua orang tau Mat Tahir punya perangai. Dalam dia punya kapla ada besar punya batu duduk (:petikan ucapan M. Zain filem P. Ramlee). Dia masih mau sorotan lampu suluh dia punya muka. Belanda punya filem tajuknya Fitna(h). Mana dia suka filem itu bersaing dengan filem filem yang diproduksikan di Malaysia apa lagi yang sikit sikit ada bau bau buah pauh (di kelantan jangan sebut mempelam) dengan hal hal yang berkaitan fitnah..heheheh

11:59 PM  
Blogger the indie story said...

Salam Tuen el Hakim yang comel,

hehehe


Aku punya laptop suda demam. Tak baik-baik. Siang sihat, malam demam balik.

Aku ingat ini Bomoh Rastom punya keje. Siapa lagi yang handal dalam proses santau menyantau?

Terpaksa aku 'tido' seminggu.

Amin.

11:23 PM  
Blogger Mak Su said...

kuasa oh kuasa

2:56 AM  
Blogger the indie story said...

Salam Maharaja Gunung Tibet Tuen el Hakim wal ilmu ghaib,

Aku boleh saja jadi tak bersetuju dengan ko tentang isu Mat Tahir.

Aku rasa yang elok ko bantai bukan Tun Mahathir, tapi Mat taib.

Apa faedahnya ko bantai harimau tua yang banyak juga bejasa. Aku akui harimau tua banyak mangsa, tapi tuen el hakim jangan ko lupa siapa selama ini yang menjaga rimba belantara.

Mungkin ko sedikit terlupa agaknya, bahawa kalau tidak kerana ngauman keras harimau tua, mengajak saki baki pengikutnya menentang penggantinya harimau tidur;mungkin sampai ke hari ini harimau haji, harimau cina dan harimau kajang takkan mampu berkuasa.

Jangan dibantai harimau tua,
harimau pengganti hilang kuku,
Kini bukan Mat Tahir yang berkuasa,
Biar tuhan yang balas..kita tutup buku.

Malaysia harus dipandang kehadapan, yang lepas kita buat tauladan.

Aku bisa saja tidak harus mengangguk-angguk kepada ko untuk membunuh harimau tua yang telah cedera.

Hari ini kamu mungkin pilih harimau kajang, esok2 jangan terperanjat dengan kamu sekali dia baham.

Harapan aku masih pada harimau istana.

5:40 AM  
Blogger Elhakim said...

tetuan elrastom dan Maksu,
aku rasa ramai orang sudah faham akan taktik lama yang di bawa oleh si-MatTahir itu.

Tetuan El-Moderator,
jangan kau pandang rendah akan strategi Mat-Tahir. Kelak Mahathirisme pasti bisa menakhluki bumi Malaysia sekali lagi.!!

hehe..

8:44 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker