..

Thursday, March 27, 2008

Tiada Permasalahan: Drama TV dan Saka Harimau


SUMBER <------ klik saya

Aku agak tertarik dengan suatu drama bersiri yang dibawa oleh TV3 mengenai ilmu-sihir Melayu yang dipanggil sebagai SAKA-HARIMAU (Tiger-cult) sebentar tadi. Drama pendek ini dibintangi oleh Rahim Razali, Khairul Anuar dan seorang lagi pelakon teater yang tidak asing iaitu Nasir Bilal Khan (NBK).


Bukannya apa, jalan ceritanya agak hambar dan plotnya tak ubah seperti suatu pengkajian dan analisis yang baru minggu lepas diceduk daripada internet. hehehe... bagus.. bagus.. sekurang2nya ada juga pengkajian serba sa-dikit ke arah itu sebelum melakukan sebarang penggambaran oleh sutradaranya.


Sekalung penghargaan dan Tahniah diucapkan pada barisan pelakon utama iaitu Rahim Razali, Khairul Anuar dan NBK kerna telah berjaya melakonkan watak2 itu dengan berkesan walaupun pada sesetengah babak kelihatan seperti panggung-bangsawan atau teater. Nampaknya Rahim Razali and the gang masih lagi belum dapat membezakan antara drama berTV dan panggung-Teater. hehehe


Walaubagaimanapun, tiadalah ia menjadi suatu permasalahan pula...


===================

Semasa aku bersekolah dahulu, aku terkenangkan suatu kisah aneh tetapi amat-menarik yang boleh didapati dari pembacaan ringan yang juga berkisar tentang ilmu pendukunan dan perubatan alam Melayu. Buku-bacaan ringan tersebut telah diberi judul sebagai

Siri Berkelahi Dengan Syaitan


yang ditulis oleh Tok Awang Ngah dan diolah semula oleh Abu Bakar Ninggal dari Mulya Enterprise yang beribupejabat di Taman Sri Gombak, Gombak, Selangor.

Aku minat membaca buku2 ini kerana penulis tersebut berjaya membawa perasaan pembaca ke alamnya.



elhias: Antara beberapa buku Siri Berkelahi dengan Syaitan yang menjadi koleksi penulis.


Setiap ayat2 dalam buku itu nampak agak jelas keMELAYUannya walaupun plot dan jalan ceritanya agak meleret-leret tetapi bagi aku, itulah kekuatan siri Buku Berkelahi dengan Syaitan Tersebut.

Dan.. salah satu episod dalam buku tersebut juga terdapat kisah mengenai harimau jadian yang dikenali sebagai Harimau Cinaku. dan ilmu ghaib tersebut berasal dari Sumatera dan dipunyai oleh seorang pendakwah dan ulama' yang dikenali sebagai Tok-Aji.

Oleh kerna jalan cerita dalam Buku Berkelahi dengan Syaitan ini agak top-hits di kala itu, aku rasa tiada salahnya jika ada antara sutradara2 tempatan yang memilemkan atau menjadikan ia suatu karya drama untuk ditonjolkan kepada peminat2 drama tempatan.

Bagi aku, ia tiada salahnya. Sila lakukannya sebelum sutrada2 dari luar menceduk hasil karya itu.

p/s: Aku lebih menghormati penulis yang dikenali sebagai Tok Awang Ngah itu walaupun namanya tidak se-gah Tamar Jalis (Penulis buku Bercakap dengan Jin) kerna cara penyampaian Tok Awang Ngah agak realistik, bersahaja dan rendah diri. Tidak seperti Si-Tamar Jalis yang kelihatan agak bongkak dan terlalu memuji-muja datuknya seolah2 datuknya itu terlalu handal. (padahal aku jamin tidak)

Labels: , ,

6 Comments:

Blogger rastom said...

Tuan Elhakim Bamadhaj proprietor asli tonik Cop Gadja! Saya takut teramat sangat dengan gambar itu.......dan saya tak ambil pot langsung dengan pelakun Melayu....nampak sangat mereka berlakon...hehehehe

5:08 AM  
Blogger Elhakim said...

tn elrastomi el-hajj adulyadej

hehe...

aku syorkan kau gunakan penumbuk Barisan-Rakyat apabila kau ternampak mahkluk-makhluk spt dalam gambar dan perkara2 yang seumpamanya itu..
haha..

9:43 PM  
Blogger Bulan Heedaya said...

buku tu mmg best. dulu masa kecik2 selalu baca tapi kepunyaan abang, dua2 penulis pun sueda baca. tak ingat sgt ceritanya cuma ingat ada hantu raya. tapi syg, arwah mak tak kasi baca. dia bakar semuanya. sayangnya...masih dijual ke agak2nya...

p/s: nak pg cari la...hehe

12:14 AM  
Blogger FiY said...

Buku yang baik untuk kita semua memahami Islam dengan lebih baik dan lebih mendalam.....
harap penerbitnya menerbitkan semula buku tersebut di pasaran..selain itu juga perlulah mempromosikannya dengan lebih besar di pasaran...saya yakin buku ini dapat mengajar anak2 muda tentang kebaikan kita mempelajari agama Islam dengan lebih serius....
Sekian saja dari peminat siri buku ini...

1:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam..
saya peminat buku2 tok awang ngah, masih membaca & mencari buku2 beliau yg saya masih belum ada. bole tau x bape byk buku sedara ada? ada yg nk jual x? :)

p/s: hubungi saya di cyagami@hotmail.com

6:10 AM  
Blogger zairul said...

This comment has been removed by the author.

4:12 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker