Permasalahan Tarian Pendet: CiA Dalang disebaliknya ???

elhias: kan sudah jelas bahawa tarian ini sudah semestinya dari Bali kerna ada unsur2 Hindu di situ.
kan sudah jelas bahawa pihak Malaysia tidak pernah mengatakan bahawa tarian tersebut berasal dari Malaysia. dan itu adalah kesilapan pihak Discovery kerna tidak melakukan homework betul-betul sebelum memaklumkan dalam rancangan mereka.
Apa-apapun nampaknya suatu strategi jangka panjang pihak CIA dan dalang yang menggalakkan peperangan demi penjualan senjata sudah berhasil. Percakaran antara dua buah negara serumpun semakin tercalar setelah isu Ambalat diperhebatkan oleh mereka.
Sebenarnya amat payah utk Pihak Discovery yang sangat berpengalaman dalam menerbitkan sesuatu artikel membuat silap. Terutama sekali tentang kedudukan tarian Pendet yang memang sudah jelas bahawa ia berasal dari Indonesia.
Seumur hidup aku, Malaysia adalah sebuah negara yang dari dulu sangat tidak popular di media barat. Nama Malaysia amat jarang2 berkumandang. Jika sesuatu perkara itu berasal dari Malaysia, ia amat jarang2 mendapat liputan dan pengesahan daripada media barat. Contohnya, permainan sepakraga yang sangat popular di Malaysia tetapi sedikitpun tidak dinyatakan dalam ensaiklopedia mereka sebaliknya Thailand yang mendapat pengiktirafan mutlak dlm hal ini.
Kejatuhan ekonomi kapitalis nampaknya tidak mematikan idea para pendokongnya untuk melakukan perancangan yang lebih dahsyat lagi. Sentimen anti sesebuah negara dimainkan sebaik-baiknya.
Selalunya orang yang lapar mudah menerima cabaran ini. Lose for nothing.
Oleh itu Ganyang Malaysia !!!
hehe..
Labels: Permasalahan dunia, permasalahan negara




