..

Tuesday, May 06, 2008

Persoalan The Clown: Mana Janjimu ?




Semalam tidak semena2 clown-negara, mengklasifikasikan bahawa kerajaan negeri Selangor ini gagal disebabkan kegagalan untuk menurunkan kadar cukai pada sesetengah perkara sepertimana termaktub dalam manifestos pembangkang pada PRU yang lalu.

Aku tidak menyalahkan pihak clown, jika kerajaan selangor dengan sengaja tidak menunaikan janji2 mereka sebelum PRU tersebut sedangkan mereka mampu berbuat demikian.

Maknanya di sini, ukuran kejayaan sesebuah kerajaan yang memerintah bagi pihak the-clown adalah dengan menjanjikan kenaikan harga barangan (dalam menifesto) dan mereka merealisasikan janji2 itu setelah menang dalam PRU.

Syabas! Bagus sungguh idea the clown tersebut. Mana dia belajar aku pun tak tau. Kerajaan yang berusia tidak sampaipun 2-bulan dengan resminya dicop sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Hanya satu sahaja kena ingat,

kadang2 sebab-musabab orangramai beralih-arah utk tidak mengundi kita bukan disebabkan janji2 pihak itu untuk menurunkan harga itu dan ini.

Mungkin orangramai itu dah jemu dengan latarbelakang kita yang kerap mengamalkan korupsi dan budaya gangsterisme.

hehe.. wallahualam

Labels: ,

2 Comments:

Blogger Mak Su said...

suka2 plaks nak serkap jarang ek...

11:09 PM  
Blogger Keira said...

A'kum..
He..he.. ni yang dikatakan sandiwara the clown...

9:03 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker