Persoalan Hukum Islam: Mengapa Sehingga Kini Masih belum Menjadi Realiti ?

PAS adalah satu-satunya partai yang memperjuangkan undang-undang berteraskan theology atau undang-undang keagamaan atau dengan ringkasnya el-hudud.
Soalan 1: Mengapa Hukum Islam Masih Belum dipraktikkan di Malaysia?
Soalan 2: Mengapa Allah tidak mahu memenangkan parti yang mendokong perjuangan untuk merealisasikan hukum2 tersebut?
Jawaban2 ringkas untuk kedua2 soalan tersebut:
1. Persepaduan antara orang Islam di Malaysia dengan yang bukan Islam, sebulat suara TIDAK MAHU hukum tersebut. Dijalankan.
2. Ketentuan Takdir. Mengikut perancangan Allah itu sendiri. Dia Maha mengetahui.
Jika diteliti secara halus-halus, sesetengah golongan Melayu yang mengaku menyokong perjuangan Islam pun sebenarnya tidak bersedia dan tidak mahu hukum Islam itu dijalankan. Mereka menyokong perjuangan Islam adalah disebabkan:
- petrol naik
- malas berusaha. Dengan pertukaran kerajaan, semoga kemalasan mereka dirahmati dengan pembahagian hadiah2, royalty oleh kerajaan baru/alternatif
- tol naik
- Barang dapur naik
- tertekan dek majikan
- sering rasa mengantuk dan malas. Pertukaran kerajaan akan memberi nafas baru dan impak yang berlainan (semoga apa yang dirasa akan menjelma sebagai realiti)
- Dengki dan iri hati
Maka dengan alasan2 di atas, secara diam dan pasif, mereka menyokong PAS. Dan amat jarang2 sekali mereka menyokong PAS hanya kerna kerajaan sekarang ini tidak mempraktikkan hukum hakam Islam.
Sebab itulah amat payah untuk kita melihat mereka (orang Melayu) yang mempunyai harta yang banyak menyokong merealisasikan hukum Islam ini . Hanya mereka yang hidupnya terhimpit atau kuali-kuali sahaja yang menyokong perjuangan Islam ini dengan niat mendapat pembelaan atau pampasan yang berbentuk material setelah partai Islam itu menang.
Nota/warning: Aku tidak mengkritik dan menilai pucuk pimpinan perjuangan Islam. sebenarnya. Aku Cuma menilai mereka yang ikut-ikutan saja. He..he.he.
Kesimpulannya,
sebenarnya keikhlasan dan niat bangsa Melayu itu ke atas segala-galanya sememangnya boleh dipertikaikan. Maksud aku, Kematerialistikan dan Kesedaran orang2 Melayu itu wajib diambil kira. Jika tidak percaya lihat saja kualiti hasil-kerja kita sendiri dan bandingkan dengan hasil kerja orang lain.
he.he.he…
Labels: hukum, islam, PAS, Persoalan hukum Islam
