..

Monday, June 11, 2007

Persoalan Hiburan Tanahair: Mengungguli Saleem-Iklim pada Tahap Teratas?


(Gambar Hiasan: Puteri diPintu Mahligai--Iklim)


lagu1
http://www.youtube.com/watch?v=lZ5B2O1RPqE&mode=related&search=

http://www.youtube.com/watch?v=eW-h9Rt8i8k&mode=related&search=

nota: Mengandungi unsur-unsur "bias" pada tahap tertinggi. Penulis tidak sekali-sekali berkempen bagi pihak warner-Music(M) mahupun Saleem. Tidak wajib mempercayai segala tanggapan penulis ke atas penyanyi ini.


Sengaja aku nobatkan bahawa AM Salim Abdul Majid aka Saleem, salah seorang bekas penyanyi kumpulan Iklim adalah sebenarnya penyanyi yang paling terunggul di Malaysia. Kemantapan vokal daripada suaranya yang berperisa, agak parau, serak-serak basah serta sengau, berjaya memukau jutaan pendengar Melayu untuk terpikat dengan dendengan lagu-lagunya yang masyuk.
source: wikipedia-Saleem/iklim

Lenggokan dan lenturan suaranya amat sukar ditandingi oleh penyanyi-penyanyi muda Melayu sekarang yang lebih tertarik dengan gaya nyanyian 'bercakap' daripada nyanyian konvensional. Pada aku itu bukannya apa, kerna itu sudah jelas adalah disebabkan suara mereka yang serba kekurangan dan ketidakupayaan mereka untuk menyanyi secara melodi. Justeru itu, maka diselindungi ketidakupayaan tersebut dengan nyanyian ala-ala gaya bercakap. Konon-konon style 'negro-Amerikalah' tu.

Saleem tidak seperti Jamal Abdillah yang mungkin bersandarkan faktor rupa untuk mengembangkan populariti yang sedia ada. Bukan setakat menyanyi, Jamal Abdillah juga berlakon. Kerna itu, Jamal Abdillah mungkin disanjungi bukan kerna setakat pandai menyanyi, kemungkinan kerna lakonannya itu. Tetapi Saleem disanjungi hanya kerna suaranya itu.

Bandingkan Saleem dengan penyanyi yang lebih muda seperti KRU. Siapa yang lebih bagus dan diminati? Bagi anak-anak muda, sudah semestinya mereka meminati KRU. Pada hemat aku, kemungkinan peminat2 KRU melihat penyanyi dari segi faktor persembahan, showmanship, kepandaian-gerak tarian-keras serta lain-lain kelebihan dan advantage seperti paras/rupa dan pakej-pakej yang lainnya. Tetapi, bagi aku, survival Saleem dalam arena hiburan ini cuma bersandarkan kekuatan vokal yang mantapnya sahaja. Tidak lebih dari itu. Jika dibandingkan dari segi suara kedua-dua penyanyi tersebut, maka siapalah KRU.

Saleem pernah terlibat dengan gejala tidak sihat seperti penagihan najis dadah. Jika dilihat rekod dan fail peribadinya, beliau telah beberapa kali dimasukkan ke dalam penjara dan juga pusat-pusat pemulihan yang lainnya. Pelik dan ajaib, setiap kali beliau keluar daripada pusat2 tersebut, ada-ada sahaja tawaran dari syarikat recording yang menawarkan beliau untuk membuat rakaman album baru. Syarikat rakaman tersebut nampaknya tidak serik dan terus memberi kepercayaan dan harapan terhadap penyanyi yang mempunyai banyak masalah peribadi ini.

Pada aku, itulah kekuatan yang ada pada Saleem yang boleh menarik perhatian orang untuk terus memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menceburkan diri dalam arena seni-suara.

Buat masa ini, yang menjadi tanda tanya kepada aku, bagaimana nyanyian Saleem secara live lebih bermutu daripada nanyiannya dalam studio rakaman? Dalam rakaman, suara Saleem kedengaran agak parau. Secara live pula, suaranya tidak ubah seperti suara nyanyian-nyanyian beliau pada dekad 90an dahulu iaitu semasa beliau masih muda.

Saleem juga terkenal sebagai penyanyi saduran. Iaitu suatu istilah bagi penyanyi yang suka menyanyi kembali lagu-lagu yang telah sedia ada. Bagi aku, malang sungguh bagi penyanyi asal, kerana Saleem lebih merdu mengalunkan lagu-lagu mereka dibandingkan dengan mereka sendiri. Salah satu mangsa yang sinonim dengan fenomena-saduran ini adalah saudara-Hattan dengan lagunya Mahligai Syahdu dan Dari Kekasih untuk Kekasih.

Saleem tidak boleh dibandingkan dengan Allahyarham TS P.Ramlee kerana kategori lagu nyanyian mereka berbeza, gaya mereka berbeza dan zaman mereka juga berbeza. Jika hendak dibandingkan juga, aku mempunyai point aku sendiri.



Jika dibandingkan dengan rentak lagu sentimental-Ballada, Kemungkinan P. Ramlee, 10 mata- mendahului Saleem.
Jika dibandingkan dengan lagu berentak Slow-Rock, kemungkinan besar Saleem pula mengatasi P.Ramlee sebanyak 50 mata. (Walaupun P. Ramlee tidak pernah menyanyikan lagu berentak ini. Tapi aku cuma bayangkan sahaja. hahaha)

Apa yang merisaukan aku adalah jika Saleem dibandingkan dengan penyanyi yang masih hidup iaitu David Arumugam daripada kumpulan Alleycats serta arwah adiknya Loga. Mereka pada tanggapan aku, adalah 50-50. atau 60-40. Oleh kerna aku bersifat sa-dikit perkauman dan juga diskriminasi terhadap agama yang lainnya, Saleem bagi aku, tetap yang terunggul. (ha ha)

==============

Berikut adalah suara segelintir penyanyi-penyanyi Malaysia yang diumpamakan sebagai Mee-Maggi (Mee-Segera)

Saleem - mee Maggi-tulin yang cukup berperisa seperti rasa pada awal dekad 80an dan akhir 70an
CT-Nurhaliza - Mee Maggi kembang dan sejuk. Kerna terlalu lama dibiarkan.
Hattan - Mee Maggi yang terlebih perisa. Kadang-kadang mungkin dicampur sa-dikit adunan lada hitam /ketumbar berserta sa-dikit lebihan kapur barus.
Mawi - mee Maggi yang kurang sifat Magginya. Kemungkinan perisanya tertinggal
KRU - rasa spagetti yang dicampur dengan kuah mee Maggi. Rasa hendak muntah.
Dr. Fadzley - Mee Maggi yang berkuah laksa
Innuendo/Ruffedge - Mee Maggi yang telah basi. Kemungkinan lebih daripada 3 hari.
Vince/Zahit - Mee Maggi mentah yang direndam dalam air sejuk
M. Nasir - Mee Maggi yang diubah-ubah perisanya. Malangnya hambar dan tidak enak.
Fauziah-Latiff - Mee Maggi yang telah kecut dan lunyai. Yang hairannya terdapat gula-merah di dalamnya
Faizal AF4 - Mee Maggi yang tak berkuah
Ning Baizura - Mee Maggi yang mengandungi unsur2 binatang yang tidak h***L
Jamal Abdillah - mee Maggi yang kuahnya adalah IndoMee
Awie - mee Maggi yang terendam dalam bekas yang berkarat yang terjemur di bawah sinaran matahari
Amy - mee Maggi yang terlebih pedas. tetapi agak kurang aji-no-motonya
Elly-Mazlein - mee Maggi yang tersilap beli kerna telahpun melewati tarikh luput
Yassin-Brother- terdapat lebihan Murtabak dan lebihan kunyahan kuning telur dalam mee maggi. rasa hanyir berbau hapak
David Arumugam - Mee maggi yang mempunyai kuah lebihan air basuhan tangan Dato' Seri S. Sammy Vellu. Walaubagaimanapun rasa dan warnanya tetap tidak berubah. Masih asli, tetap seperti dahulu.


regards.

Labels: , , , , , ,

2 Comments:

Blogger zf_zamir said...

megi.

makan boleh. tak makan pun boleh.

kalau makan pun tak bagus. tak makan lagi bagus.

megi = pop

aku percaya kau tidak suka makan megi.

sukakah kau?

4:30 AM  
Blogger Elhakim said...

he..he..he

sudah gaharu cendana pula.


bukankah maggi tu makanan ruji bangsa-bangsa utopia-Melayu?

he..he.he.

7:24 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker