Persoalan Aku: Apakah Benar Peristiwa Sauk adalah Sekadar Lakonan?
Gambar hiasan: el-ustaz Abi Bakrin el-Bashir tergelak kerana kebodohan sang-pemerintah yang akur dengan dewa perang si-monyet.
Beberapa persoalan, permasalahan dan pertikaian yang masih wujud di kaki-kaki lima juga di kedai-kedai kopi baik yang bertaraf hotel 10 bintang mahupun mamak no-bintang adalah mengenai kes top secret negara yang terjadi di Sauk (7-8 tahun lepas). Perbincangan sering menjadi perbalahan hangat yang mungkin mewujudkan ketidaksefahaman antara lebih daripada 3 puak yang berbincang sehingga kadangkala boleh mencetuskan insiden-insiden dan malapetaka besar di kawasan-kawasan terbabit.
Terlalu banyak fakta dan analisis dibuat sehingga boleh dibukukan. Setakat ini penulis hanya mengenali lima versi sahaja di mana fakta dan keadaan peristiwa tersebut tidak banyak berbeza, cuma motif dan modus operandi kumpulan terbabit masih tetap menjadi persoalan dan pertikaian dalam kehidupan penulis.
"Kumpulan Maunah dan Peristiwa Sauk"
Begitulah intipati persoalan pendek yang ingin penulis ketahui.
Jika terdapat pembaca yang sudi membaca posting ini, yang ingin menyumbangkan pendapat silalah keluarkan isi hati saudara di ruangan komen. Supaya penulis, dapat membaca, dapat mendengar dan dapat faham apa yang terbuku dalam buah fikiran kalian semua mengenai peristiwa hitam tersebut.
Betulkah wujud Peristiwa Sauk itu atau sekadar lakonan membuta-tuli untuk membuktikan para pemerintah peka dengan penubuhan kumpulan-kumpulan militan atas arahan dewa-perang monyet yang berpangkalan di Atlantik.
wallahualam.
Konfius.
p/s:
Tetuan As-Syeikh El-Zamir El-Amnesia Al-Ghafiqi mungkin boleh jelaskan perkara ini.
he..he.he.
Labels: aku, peristiwa sauk, persoalan
1 Comments:
aku penah terbaca.
buku 'pengakuan' salah sorang yg terlibat merampas senjata-senjata tu.
macam ada unsur2 mistik dan misteri nusantara. macam ada jin yang tolong angkat senjata-senjata masuk lori dlm beberapa minit jer.
betoi kaa?
aku pun taktau laa aku paham ke tak apa yg aku baca tu.
percaya ke tak.
macam tu laa aku.takat baca jer.pikir malas.
hehe...
Post a Comment
<< Home