..

Friday, May 23, 2008

Permasalahan Cinta: Cinta yang Terlepas


elhias

Suatu sketsa yang hendak kuunjurkan di sini adalah suatu sketsa perasaan cinta yang malang.
Seorang lelaki berwajah gampang, yg bertubuh separa boyak tiada cepat mengambil tindakan apabila seorang gadis lampai, berwajah comel yang sangat ayu memberi peluang dan ruang kepdanya.


Lelaki itu sa-benarnya bukanlah sa-orang juara bercinta. Bukan jua sa-orang jaguh yang pandai berkata-kata.

Sejarah telah membuktikan bahawa lelaki yang berusia hampir mencecah 30 tahun tiada pernah menyimpan apa-apa rekod percintaan yang agak sukses. Sering jua dia merana kerna berkehendakkan cinta yang tiada pernah wujud dalam dirinya sejak dibangku sekolah lagi apatah lagi di kolej dan seterusnya di universitas dan berkerjaya sekarang.

Entah mengapa pada kali ini, tiba2 sa-orang wanita yang berusia lewat 22 tahun amat terpikat kepadanya. Terpesona dan jatuh hati kepada pria yang berwajah amat gampang itu.

Gadis comel itu mula jatuh hati pada pria itu setelah mereka berdua menghadiri suatu bengkel/seminar kerjaya. Gadis comel tersebut sebagai perserta. dan lelaki gampang tersebut sebagai salah seorang staf pihak penganjur.

Gadis muda yang lampai itu secara otomatiknya sudah tentu berkeinginan untuk mendampingi pria yang lebih tua daripadanya. Kebetulan gadis tersebut baru lulusan dari sebuah kolej. Baru hendak berjinak-jinak dengan alam percintaan yang serius, mengikut rentak kehendak biologikalnya. Maksudnya di sini, tuntutan keserakahan nafsunya perlu dipenuhi. bertepatan dengan tuntutan pertembungan nilai-nilai kemanusiaan dan kehaiwanan. Biasalah semua manusia begitu. iaitu berkehendakkan persetubuhan lunak dan hubungan badan yang berlainan jantina, meruntun jiwa.

Semasa seminar tersebut berlangsung, acapkali jua mereka terserempak seperti waktu makan-makan. Seringkali semasa hendak menceduk nasi, sekali dua lelaki itu terpegang tangan wanita yang berkulit halus itu. Entah macam mana gejolak naluri kehaiwanan gadis lampai berwajah comel itu boleh terjana dengan mendadak dengan jamahan tangan tersebut. Kalau hendak dinilai dari sudut sejarah, dan reka-bentuk ciptaan tuhan gadis itu, beliau bukanlah seorang yang innocent, gadis itu dikategorikan agak nakal-nakal juga. Set-set anggun, pilihan yang mahal. Pernah 8 - 9 orang pria di kolej tempat belajarnya dahulu pernah cuba mendekatinya tetapi GAGAL WITH FLYING COLORS. Kerna semata-mata pria2 itu terlalu 'boyish' dan tidak cukup umur. Apatah lagi belum mempunyai apa-apa pekerjaan tetap yang menjamin kebahagiaan dunia wal akhirat.

"auuu!!. panaslah encik..." Gadis comel, lampai itu mengelus lembut dan tersenyum kerna pencedok nasi itu terkena pada tangannya sewaktu dihulurkan.

Lelaki yang berwajah-gampang itu pura-pura tidak mengerti dengan kaedah-ngorat gadis itu dan berlalu dengan bersahaja. ( Walaupun lelaki gampang itu amat berkehendakkan seks yang halal pada tahap emergency di ketika itu. bak pepatah, empangan hendak pecah. )



elhias 2: Beginilah agaknya lelaki2 berwajah gampang dengan kegampangan yang tak sudah.

"Tiada Yang Lebih Menyiksa..Dari Cinta Yang Tak Sampai"

-Mnasir



Hari2 yang berikutnya, keadaan berlaku seperti itu jua. Gadis comel-bucuk lampai itu cuba menampilkan dirinya agar kelihatan lebih menarik lagi dengan pengenaan penampilan yang ayu dan 'inviting'. Isyarat gadis comel itu pada kali ini, adalah baju kurung nipis berwarna putih dan segala cincin di jari wanita itu di cabut, begitu juga dengan rantai-emas, jam dan barang-kemasnya. Badan gadis comel itu kali ini tinggal 'kosong'. Hanya frame ramping dan keindahan bentuk badan gadis itu sahaja yang terpancar. Payu dara wanita tersebut yang masih putik dan kelihatan tersanggul amat kemas di dada gadis comel itu sudah semestinya menarik perhatian para perserta yang lain.

"Semoga lelaki yang selalu terpegang tanganku datang pada aku pada kali ini." Detik hati gadis comel itu.

Lima orang pria yang bertaraf perserta yang duduk di barisan belakang gadis-comel itu sekali-sekala melihat tajam ke arah tengkuk jinjang gadis itu. Semasa bengkel dan seminar itu berlangsung, gadis comel dan rakannya amat khusyuk memerhatikan apa yang didengari. Tetapi, lain pula apa yang terjadi di barisan belakang mereka yang terdiri daripada pria2 yg juga muda dan bujang. Apabila terpandang tengkuk gadis comel itu, acapkali jualah pria2 tersebut mengepit kedua-dua belah peha mereka. Sebab Mengapa? tiada sa-orang pun tahu.

Hari ke-5 adalah hari yang terakhir seminar dan bengkel tersebut. Sesi fotografi dimulakan. Lelaki berwajah gampang dengan semangat berkobar-kobar ingin menghulurkan salam perkenalan dengan gadis tersebut akibat penyiksaaan batinnya selama 4 hari berturut2 dengan kaedah 'berpuasa'.
Lelaki berwajah gampang itu bertekad memberanikan diri memulakan perbualan.

"hai... nama saya Farid." Lelaki gampang menghulurkan tangan
"hai, saya Seri tau" Gadis comel itu kelihatan buat-buat tersenyum sambil memerhatikan nametag Farid.

"Seri.. boleh amek gambar dengan saya tak. Maksud saya kita berdua sahaja ?" Niat ikhlas Farid di situ..

"Eh! rasa2 dah tak boleh kot. Coz nampak tak manis jika kita ambik gambar berdua"

"Kenapa?" Tanya Farid gugup.

Seri Menjawab " I am with someone else" ujar Seri dengan nada kesal.

"Sejak bila?" Tanya Farid semacam tak puas hati.

"Baru semalam." Seri menjawab agak kelat. Mata Seri melirik ke bawah. Tak berdaya melihat muka lelaki yang berwajah gampang itu.

Tiba-tiba, seorang pemuda yang bernama Hashim menghampiri dan menyapa:

"Farid!! aku lupa nak perkenalkan kat kau semalam...ni Seri, ehem-ehem aku"

<<<<<>>>>>>>

Dengan perasaan sayu selepas sesi fotografi, Farid melangkah ke luar dewan menuju parkir motor. Amat perit pada ketika ini apabila mendapat tahu bahawa rakan sekerjanya yang juga merupakan house-matenya telahpun menjalinkan perhubungan dengan Seri.

Bertubi-tubi pertanyaan yang menyerang dalam benak Farid mengapa jadi begini? Mungkin muka aku buruk. Farid cuba menyalahkan takdir. Mungkin jua Aku Cuma Terlambat seminit.

Malam itu juga terpkasa Farid 'berbuka-puasa' sendirian...

dan pada malam itu jugalah Farid menajamkan azam untuk memperolehi Seri kembali walaupun dia tahu bahawa kedudukan Hashim mungkin agak lebih berbanding dirinya walaupun umur Hashim 3 tahun lebih muda daripadanya.

Lighter rokok dikeluarkan daripada poket, apinya cuba dinyalakan. Tetapi terpadam kembali kerana suasana di sekitar yang dingin.

.......Sedingin hatinya.

Labels:

..

Wednesday, January 16, 2008

Permasalahan Muda-Mudi: Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT


elhias: Bukan-dia yang aku minat. cuma penghias blog yg aku sendiri pun dah bosan. tapi aku cuba buat2 tak bosan untuk mengatasi kebosanan itu.



RUJUK-SAYA

he.he..he..

suratkhabar pagi tadi betul2 menarik perhatian aku. bukannya pasal apa tetapi berkenaan dengan percintaan muda-mudi.

Ya! susah jadi muda-mudi di IPTA ni sebab terdedah dengan gejala perasaan dan terperasan nak bercintan-cinton.

he..he.he..

Sebab tulah aku payah nak beri komen kalau ada orang nak buat maksiat, terlanjur berjimak-rempit, tertangkap basah, nak terbunuh diri akibat hasil-masyuk bercintan-cinton ala-ala kicap meggi cap ayam ni.

bukannya apa sebab aku juga pernah mengalami zaman cintan-cinton yang maha tak-berkualiti cap kelapa sawit itu. (walaupun macam sedap. entahlah aku tak tau)

pada masa tu aku ada terminat seorang anak-gadis. yg bulu matanya agak-agak lentik, mata tersepet-sepet, tingginya satu-hasta melebihi pokok kelapa sawit dan berkeadaan sangat tunjang dalam rangka 3-dimensi bila kita lihat dari sudut luaran.

bau badannya tidak pernah aku tercium kerana aku akan mengeletar apabila berkedudukan dalam jarak 3 batu nautika apabila dalam keadaan cuba menghampirnya. Tidak tahulah mengapa? kemungkinan besar akibat gelombang dan gelora, ribut puting beliung sangkut-sangkut, kilat sambar-menyambar dan petir dalam satu-dua-tiga tempat yang cuba memanah api asmaraku yang seolah-olah hampir2 tak kunjung terpadam.

mengapa jadi begitu?

mengikut sesetengah perawi-komik, aku dalam keadaan senggugut.
mengikut pula sesetengah dukun-bomoh linggam, pada masa itu aku berkeadaan darah gemuruh.

bila aku bertanya dengan rakan-karibku mengapa aku jadi begitu? rakan karibku cepat2 tukar tajuk dan berkata bahawa aku memang mempunyai penyakit angin ahmar versi senggugut.
kalau takpun, angin kus-kus level varsiti.

sebab angin ahmar versi senggugut tulah kepala aku sekarang hampir2 nak botak. tapi takper akibat teknologi vidal sassoon dan hikmat SamyVellu Adulyadej Q-Maisaralah tiba2 rambut aku tumbuh balik dengan lebatnya sehingga pak-beruang menjadi sangsi dengan aku.

Dalam kelas aku juga merupakan Day-dreamer top scorer. sehingga seorang professor orang putih yang tidak kurang kehebatan kekangkongnya itu pernah menegur aku kerana terdapat banyak perkataan

"SILA-TANYA"

dalam buku-teks pada setiap soalan matematik kalkulus 3 Dimensi dalam siri selang-seli bergeometri dengan berpersamaan serentak.

Professor tidak kurang hebat kekangkongan tadi bertanya

"WHAT IS THIS ?" sambil menunjuk perkataan TANYA.
"IS THIS YOUR GIRL-FRIEND NAME ?"

he..he..

cepat cepat aku menjawab " NO. THAT IS NOT MY GIRL FRIEND NAME. IN MALAY it MEANS TO ASK-YOU"


lega...selamat. padahal...............................................

..

..

TANYA tadi memang bukan nama wanita yang aku minat itu. Kerna aku meminati seorang wanita Melayu berbangsa Khmer-Rouge.


Kadang2 kelas aku berada di bawah. tempat duduk aku di tepi sekali. oopss ada cermin 10 naco di kananku. Aku selalu melihat keluar. Pukul 11:30 pagi mesti awek-Khmer-Rouge itu akan melintas medan di sudut sana.

he.he..he..

Tak dapat cakap, tapi dapat tengok kelibat pun sudah cukuplah.

tak tahulah macam mana aku boleh terminat awek melayu itu. sedangkan rakan-rakan ku yang lain mengatakan bahawa aku tak ada taste.

Bukannya apa aku hanya minat frame dia. Tak tahu mengapa frame dia memang aku sangat minat yang bagiku seolah-olah seperti frame helicopter BLUE-THUNDER yang memang sangat sesuai dengan citarasa kekampungan dan kekolotan aku sendiri.

pelik

sampai sekarang aku menyumpah2 akibat ke-bagok-an aku itu.

sehingga skg aku tak dapat bygkan rupa paras original si-khmer rouge itu kerana aku mengesyaki tuhan-alam semesta telahpun melahanati aku sejak sekian lama.

he.he.. nntah ler
===rasa-rasa nak sambung bila mood aku ada ================

Labels: ,

..

Sunday, July 22, 2007

Permasalahan Cinta: Cinta dan Kegagalannya




Pada suatu hampir senja, di sebuah pantai yang tenang. Yang cetek airnya. Yang ombaknya sayup-sayup kedengaran. Sekumpulan budak lelaki datang mendekatiku dan menanya aku tentang perihal kecantikan wanita yang menyebabkan pria boleh terpikat.

"Di manakah terletaknya kecantikan seseorang wanita? "

Seperti biasa aku menjawab, "kecantikan itu hanyalah terletak pada paras rupa dan bukan terletak pada sifat mereka yakni di hati. Yang di hati, padaku cumalah keindahan."

Budak pertama, menyoal kembali padaku, "berapa lama kecantikan seseorang wanita itu dapat dipertahankan?"

Aku menjawab, "Ia tidak lama, cuma seketika. Paling lama pun dalam 10 - 17 tahun. Kecantikan itu secara fitrahnya bermula pada umur 16 tahun."

Budak pertama mengangguk lemah. Tanda bersetuju.

Tiba-tiba budak kedua mencelah dan menyoalku, "berapa lama seseorang pria itu boleh menahan perasaan kecewa akibat kegagalan cinta mereka?".




Aku menjawab, "err...pun tidak lama juga, sekitar 1 - 2 tahun. Paling lama pun tidak lebih daripada 17 tahun mengikut kecantikan rupa-paras dan wajah wanita yang mengecewakan mereka. Semakin cantik dan jelita wajah wanita tersebut, semakin lama pria tersebut menangisi pemergian cinta mereka. Dan ia sudah semestinya suatu yang amat pedih. Dan tiada yang lebih menyiksa dari cinta yang tidak sampai."

Dan ini bagiku juga suatu fakta yang harus kalian semua tahu. Api rokok sudahpun dinyalakan. Kemudian aku menghembuskan asap perlahan-lahan ke arah udara.

Tiba-tiba budak ketiga bersuara, "betapa pula halnya jika seseorang pria yang meratapi pemergian cinta pada keseluruhan hayatnya?"

Sesungguhnya padaku ini adalah suatu soalan yang agak sukar dijawab. Kemungkinan budak ini mahu mendugaku. Walaubagaimanapun aku terpaksa menjawab walaupun dengan nada yang agak lemah. Soalan ini barangkali sudahpun memerangkapku.

"Jika begitu halnya terjadi, maka pria tersebut tidak sesekali meratapi cinta yang pergi semata-mata kerna dek kecantikan kerna kecantikan itu mungkin bersifat sementara. Dan aku lebih percaya bahawa pria tadi lebih meratapi pemergian cinta mereka kerna keindahan pada wanita tersebut telah hilang dan terlepas daripada jangkauannya. dan itu adalah tergolong dalam sebab-sebab yang nyata."

Kemudian keempat-empat budak tadi tersenyum padaku seolah-olah bersetuju. Setelah itu, mereka semua bergerak, berpaling dan mula menjauhi untuk meninggalkanku.

Pada masa itu, aku terkial-kial ke-saorangan sambil menyedut asap daripada sisa-sisa rokok yang tinggal. Sejurus itu aku pun mula menghampiri keretaku. dan malam pun melabuhkan tirainya. Hatiku berdetik dan mulutku berkata2 sendirian "Mengapa harus aku jawab soalan2 itu tadi dengan nada kesal"

Labels: , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker