Rujuk Utusan Malaysia <---- sila klik
"SAYA BUKAN PENGECUT!"
Begitulah kata2 yang terhambur daripada mulut Tuanku. Dengan perasaan tenang dan separa-confident baginda berbicara demikian di tengah2 kemelut dilemma pasukan bola sepak negara yang semakin mengecewakan. Tiada siapa yang berani protest dan buka mulut ketika itu kerna taraf di-raja beliau yang seakan2 tidak mampu digugat oleh sesiapa.
"Saya BUKAN pengecut!"
Begitulah sekali lagi ulang tayang percakapan bekas Ke-Bawah DYMM Seri Paduka baginda yang dipertuan Agong-Semalaysia pada era 80an dahulu.
Secara akademiknya, Pengecut adalah berasal daripada kata-sifat iaitu KECUT.
Di sini, apakah yang dimaksudkan oleh baginda dengan perkataan kecut tersebut?
Adakah baginda tidak kecut dan tidak pernah merasa kecut?
Adakah baginda yang sedang mengalami proses penuaan ini merasakan kulit-kulit baginda kembali menegang terutama di bahagian muka?
atau
Adakah anakanda baginda iaitu tengku mahkota Pahang yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM dilihat sebagai suatu perbuatan PENGECUT?
Adakah perletakan jawatan Khairy Jamaluddin jagoan politik Se-Malaysia dalam organisasi FAM dilihat sebagai suatu perbuatan PENGECUT oleh baginda?
Adakah perletakan jawatan Setiausaha agon FAM juga dilihat sebagai suatu tindakan dayus dan pengecut oleh baginda?
seribu persoalan lagi sedang bermain2 dalam benak aku.
===========================
Mari Kita tinjau dan nilai dari sudut lain pula,
Dalam soal akidah, zalim memberi suatu pengertian yang luas. Tetapi konsep ringkasnya tetap ada.
Pengertian zalim, secara ringkas membawa maksud iaitu MELETAKKAN SESUATU ITU PADA BUKAN TEMPATNYA. Bagaimana pula jika kita melantik seseorang yang bukan pakar atau ahli dalam bidang tersebut sebagai pemimpin? Adakah kita menzalimi diri sendiri?
Bagaimana pula tiba2 seseorang yang bukan ahli dan bukan pakar dalam bidang tersebut tiba-tiba menawarkan diri dan berkeras untuk menjadi pemimpin dalam bidang tersebut? Adakah beliau boleh diklasifikasikan sebagai seorang pemimpin yang zalim?
Itulah yang membuatkan rakyat jelata tertanya-tanya.
Diberi persoalan pada kita tentang pengajian kenegaraan dan perlembagaan negara,
Apakah fungsi-tugas resmi Sultan/Raja/Yang dipertuan Agong ini?
Jika dilihat dari sudut perlembagaan, Tugas resmi Raja/Sultan sangat berkaitan rapat dengan:
1. Menjaga adat-istiadat dan hal-ehwal bangsa Melayu
2. Sultan/Raja dan Agong Sebagai ketua Agama Islam
Sebagai Ketua Agama Islam dan Penjaga adat-istiadat bangsa Melayu, peranan raja/sultan boleh dilihat ke atas:
Bagaimana kedudukan hal-ehwal bangsa Melayu dan adat istiadat bangsa Melayu kita? Adakah bangsa Melayu kita mencerminkan sesuatu dan yang sepatutnya dan tertakhluk di bawah klausa syarat sebagai bangsa yang dinamakan Melayu?
Di sini, kita boleh melihat akhlak dan moral muda-mudi bangsa Melayu kita.
Bagaimana pula tentang kedudukan Agama Islam di Malaysia ini? Bagaimanakah kes murtad bangsa Melayu yang semakin berleluasa serta penghakisan nilai-nilai murni Islam di negara ini?
Sebagai KETUA kepada Agama Islam, Apakah peranan serta tanggungjawab baginda dalam hal ini? Selama ini, apakah reaksi serta komen mahupun kepekaan majlis raja-raja terhadap masalah dan penyakit masyarakat yang melanda umat Islam di negara ini?
Kadang-kadang aku merasakan bahawa alangkah eloknya jika awal-awal lagi Baginda Sultan Ahmad tiba2 melaungkan
"SAYA BUKAN PENGECUT" --- ke atas isu murtad yg berleluasa seperti kes Lina Joy serta juga cabaran dan cercaan orang-orang kafir terhadap hukum2 igama El-Islam ini.
"SAYA BUKAN PENGECUT" --- tindakan dan reaksi baginda ke atas kerosakan akhlak muda-mudi bangsa Melayu
Maka dengan ini, baginda Sultan Ahmad telahpun meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya.
==========================
Kesimpulannya,
Berbalik kita pada persoalan pokok, jika seseorang raja atau sultan itu TELAHPUN GAGAL dalam tugas resmi baginda untuk menjadi sebagai Ketua kepada Agama Islam mahupun sebagai penjaga adat-istiadat bangsa yang baik lagi berjaya,
Maka kegagalan tersebut juga mempunyai potensi ke atas tugas-tugas sampingan keduniaan yang lain. Itu adalah sesuatu yang maha tidak mustahil.
:P
sekian, terima kasih.
wallahualam
Labels: Adil, bolasepak, FAM, persoalan, persoalan Di-Raja, Sultan Pahang
9 Comments:
Tuanku elhakim,
Ampun tuanku, patik mencadangkan Tetuan Guru Nik Aziz sebagai pengganti Tengku Dollah, kerana patik dengar Tuan Guru itu banyak menderma gaji dan elaunnya. Manalah tahu, esok esok pasukan bolasepak kita boleh lebih cemerlang lagi dari tim Mokhtar Dahari & Co., hehehehe
Ya, Maharaja El-rastom,
Beta perkenankan segala cadangan tuanku maharaja untuk didengari oleh rakyat kesemua.
Dalam hal ini, amatlah dikesali dan dukacita dimaklumkan bahawa beta rasa tetuan Guru Nik Aziz masih tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk berbuat demikian dalam menjalani hidup sebagai seorang pengurus sukan tersebut.
walaubagaimanapun, jika khidmat bakti dalam mendermakan sesuatu itulah yang beliau suka, maka dengan ini beta tidak mempunyai sebarang halangan untuk Tetuan Guru tersebut berbuat demikian.
Cuma beta harap Tetuan Guru dermakanlah separuh atau ke semua pendapatan beliau kepada kakitangan awam semoga kakitangan tersebut tidak pula terjebak dalam gejala rasuah yang menjadi semakin parah dan berleluasa sejak akhir-akhir ni.
kah..kah..kah..
Izinkan hamba menjadi sedikit selfish.
Hamba tidak mau Tuan Guru dibawa ke mana-mana.
Biarlah Tuan Guru berbakti di tanah tumpah darah beta sahaja.
Hehehehehe..
miss tree,
bagus..bagus....
Tuan Guru itu senantiasa mendapat sanjungan di hati rakyat...
semoga beliau dirahmati selalu...
:)
kau masih lagi marah-marah dengan bolasepak malaysia.
aku ingin kamu merujuk kepada cerita si luncai ...
'si luncai terjun dengan labu-labunya' .. kata seorang pengawal istana yg menyedari luncai sudah tenggelam timbul di dalam sungai.
'biarkan ... biarkan' kata pengawal-pengawal yg ternyata tidak ambil peduli dengan laungan sahabatnya.
aku kira, baik sahaja kita jadi biarkan dia yang masih menganggap peletakan jawatan itu sesuatu yg 'mengecutkan'. kedegilan selalunya membawa padah. aku kira, jika kedegilan itu berterusan, lebih baik kita lupakan sahaja tentang bolasepak.
bagaimana kalau kita beri sokongan kepada sukan yg lain? bowling padang sebagai contoh ...
atau merekacipta sukan yang membolehkan kita jadi jaguh seanterio dunia ... yang bersesuaian dengan tubuh org melayu yang pendek dan lembek? yg tidak mampu bangsa eropah memonopolinya kemudian nanti? atau pemainan yg tidak memerlukan pengunaan akal fikiran ... sebabnya IQ melayu juga tidak setinggi mana ...
kamu ada idea, tomhakim?
kenapa bowling padang encik azeel..saya cadangkan wood ball jek..heheh...korg pernah main x???
Sepatutnya begini,
"Im not pengecut, 'bongkak' is my middle name"
hehe, mcm skrip Hollywood plak dah...
el-azeel,
aku tiada idea. sungguh benar kata-katamu kot bahawa IQ Melayu rendah.
Aku Melayu kot.
he..he.he..
el-sueda,
apa itu wood-ball.
bola kayu?
El-anakbumi,
yaaaaaaa TEPAT DAN MAMPAT SEKALI
wood ball tu sejenis sukan wahai elhakim....x ramai yang tahu...dan saya sungguh berkeinginan untuk mencubanye...bolanye kayu dan pemukulnye pun kayu...mcm golf tapi lebih besar....
Post a Comment
<< Home