..

Monday, April 18, 2011

Persoalan: Pegawai Kastam dibunuh atau terbunuh atau bunuh diri ?


elhias: tingkap tempat terjatuhnya mangsa. el-fatihah!!!



hehe...

jwp utk soalan tajuk di atas semua salah.

mengikut kertas siasatan Polis diraja Sakai, mangsa mati disebabkan kemalangan.

hehe kemalangan di bangunan tinggi ?

bagaimana kemalangan itu bisa terjadi memandangkan struktur tingkap tempat terjatuhnya itu, tidak memungkinkan seseorang itu jatuh disebabkan kemalangan melainkan ianya disengajakan, ditolak dari bawah atau suatu cubaan bunuh diri.

kalau masih terjatuh disebabkan kemalangan juga, CF bangunan itu wajib ditarik balik kerna tiada ciri2 keselamatan. mengikut rekod, 2 orang telah terbunuh atas nama bangunan SPeRM.

Kalau cubaan membunuh diri, juga tidak mungkin. Hanya cina cokia yang failed kertas matematik atau gadis melayu bertudung yang termengandung anak haram saja yang sanggup berbuat begitu.

apa-apapun, jabatan siasatan polis di-raja sakai 1-Malaysia boleh dipersoalkan ttg integriti dan kredibiliti mereka.

almarhum......

Labels:

..

Tuesday, July 17, 2007

Persoalan Di-Raja: Adilkah Beta?



Rujuk Utusan Malaysia <---- sila klik

"SAYA BUKAN PENGECUT!"

Begitulah kata2 yang terhambur daripada mulut Tuanku. Dengan perasaan tenang dan separa-confident baginda berbicara demikian di tengah2 kemelut dilemma pasukan bola sepak negara yang semakin mengecewakan. Tiada siapa yang berani protest dan buka mulut ketika itu kerna taraf di-raja beliau yang seakan2 tidak mampu digugat oleh sesiapa.

"Saya BUKAN pengecut!"

Begitulah sekali lagi ulang tayang percakapan bekas Ke-Bawah DYMM Seri Paduka baginda yang dipertuan Agong-Semalaysia pada era 80an dahulu.

Secara akademiknya, Pengecut adalah berasal daripada kata-sifat iaitu KECUT.

Di sini, apakah yang dimaksudkan oleh baginda dengan perkataan kecut tersebut?

Adakah baginda tidak kecut dan tidak pernah merasa kecut?

Adakah baginda yang sedang mengalami proses penuaan ini merasakan kulit-kulit baginda kembali menegang terutama di bahagian muka?

atau

Adakah anakanda baginda iaitu tengku mahkota Pahang yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM dilihat sebagai suatu perbuatan PENGECUT?

Adakah perletakan jawatan Khairy Jamaluddin jagoan politik Se-Malaysia dalam organisasi FAM dilihat sebagai suatu perbuatan PENGECUT oleh baginda?

Adakah perletakan jawatan Setiausaha agon FAM juga dilihat sebagai suatu tindakan dayus dan pengecut oleh baginda?

seribu persoalan lagi sedang bermain2 dalam benak aku.

===========================

Mari Kita tinjau dan nilai dari sudut lain pula,

Dalam soal akidah, zalim memberi suatu pengertian yang luas. Tetapi konsep ringkasnya tetap ada.

Pengertian zalim, secara ringkas membawa maksud iaitu MELETAKKAN SESUATU ITU PADA BUKAN TEMPATNYA. Bagaimana pula jika kita melantik seseorang yang bukan pakar atau ahli dalam bidang tersebut sebagai pemimpin? Adakah kita menzalimi diri sendiri?

Bagaimana pula tiba2 seseorang yang bukan ahli dan bukan pakar dalam bidang tersebut tiba-tiba menawarkan diri dan berkeras untuk menjadi pemimpin dalam bidang tersebut? Adakah beliau boleh diklasifikasikan sebagai seorang pemimpin yang zalim?

Itulah yang membuatkan rakyat jelata tertanya-tanya.

Diberi persoalan pada kita tentang pengajian kenegaraan dan perlembagaan negara,

Apakah fungsi-tugas resmi Sultan/Raja/Yang dipertuan Agong ini?

Jika dilihat dari sudut perlembagaan, Tugas resmi Raja/Sultan sangat berkaitan rapat dengan:

1. Menjaga adat-istiadat dan hal-ehwal bangsa Melayu
2. Sultan/Raja dan Agong Sebagai ketua Agama Islam

Sebagai Ketua Agama Islam dan Penjaga adat-istiadat bangsa Melayu, peranan raja/sultan boleh dilihat ke atas:

Bagaimana kedudukan hal-ehwal bangsa Melayu dan adat istiadat bangsa Melayu kita? Adakah bangsa Melayu kita mencerminkan sesuatu dan yang sepatutnya dan tertakhluk di bawah klausa syarat sebagai bangsa yang dinamakan Melayu?

Di sini, kita boleh melihat akhlak dan moral muda-mudi bangsa Melayu kita.

Bagaimana pula tentang kedudukan Agama Islam di Malaysia ini? Bagaimanakah kes murtad bangsa Melayu yang semakin berleluasa serta penghakisan nilai-nilai murni Islam di negara ini?

Sebagai KETUA kepada Agama Islam, Apakah peranan serta tanggungjawab baginda dalam hal ini? Selama ini, apakah reaksi serta komen mahupun kepekaan majlis raja-raja terhadap masalah dan penyakit masyarakat yang melanda umat Islam di negara ini?

Kadang-kadang aku merasakan bahawa alangkah eloknya jika awal-awal lagi Baginda Sultan Ahmad tiba2 melaungkan

"SAYA BUKAN PENGECUT" --- ke atas isu murtad yg berleluasa seperti kes Lina Joy serta juga cabaran dan cercaan orang-orang kafir terhadap hukum2 igama El-Islam ini.

"SAYA BUKAN PENGECUT" --- tindakan dan reaksi baginda ke atas kerosakan akhlak muda-mudi bangsa Melayu

Maka dengan ini, baginda Sultan Ahmad telahpun meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya.

==========================

Kesimpulannya,

Berbalik kita pada persoalan pokok, jika seseorang raja atau sultan itu TELAHPUN GAGAL dalam tugas resmi baginda untuk menjadi sebagai Ketua kepada Agama Islam mahupun sebagai penjaga adat-istiadat bangsa yang baik lagi berjaya,

Maka kegagalan tersebut juga mempunyai potensi ke atas tugas-tugas sampingan keduniaan yang lain. Itu adalah sesuatu yang maha tidak mustahil.

:P

sekian, terima kasih.

wallahualam

Labels: , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker