Permasalahan FAM: ....dan Si Manusia itu terus bergelora untuk bertakhta Akhirnya
Sumber yang menyakitkan hati
======================
1. Siapa Bakal pengganti timbalan presiden FAM <--- Sila klik
Sumber yang LEBIH menyakitkan hati
=============================
1. FAM tidak Patuh Pelan Persiapan <----- sila klik
Para2 ulamak pernah menegaskan bahawa perasaan Tamak dan Haloba itu datangnya drpd iblis, jin dan syaitan. Jiwa kehaprakan Kesyaitanan bersarang subur di sanubari manusia yang tidak pernah erti puas dan berhenti. Jiwa-jiwa Iblis itu berputik dari perasaan ingin tahu dengan mencuba sesuatu yang baru walhal seseorang itu tahu bahawa rezeki yang sa-dikit itu haruslah diagih-agihkan supaya taraf ekonomi kehidupan manusia di bumi Malaysia ini haruslah adil dan seimbang.
Kita mesti menilai seseorang itu jika mereka seolah-olah menawarkan diri mereka untuk berkhidmat dalam sesuatu organisasi. Kompilasi pertanyaan2 yang harus diambil kira sebelum seseorang itu menjawat jawatan tersebut adalah seperti yang berikut:
1. For-sure Baguskah si-bangsat ini menerajui jawatan itu?
a. apakah beliau betul2 berkelayakan?
b. Adakah jawatan tersebut mempunyai kadar elaun yang tinggi? atau pengaruh yang tinggi?
b. Jika jawatan yang dipohon adalah tinggi, apakah faedah yang bakal diperolehi oleh si-bangsat tersebut selain daripada wang. Adakah kerna kepentingan politik? kerna Nama? mahupun memperkuatkan pengaruh?
c. Apakah jawatan yang lebih besar yang telah disandang olehnya selain daripada jawatan yang dipohon itu?
d. Bagaimanakah si-bangsat itu boleh mengadili segala tugas-tugasnya sedangkan tugas utamanya pun kurang perfect. Bagaimana dengan soal pemerintahan dan keselesaan para pengundi dan rakyat jelata di negeri tersebut?
e. Apa yang membuatkan si-bangsat itu terfikir bahawa dengan penglibatannya dalam FAM, maka mutu persembahan bolasepak dan prestasi bolasepak negara melonjak sedangkan manusia-manusia seangkatan dengan si-bangsat itu pun telahpun tewas sebelum masuk tahun ke-5 lagi.
f: Adakah terdapat sesiapa yang lebih layak lagi selain daripada si-bangsat itu.? Contohnya bekas-bekas jaguh sukan itu sendiri?
g. Apakah yang membuatkan si-bangsat itu berasa bagus? Adakah publisiti murahan beliau sebelum ini? atau ... kekuatan outspokennya? atau.. jagohan mengampu boss terkini? jagoh politik kampong sekangkang kera??? atau lain-lain?
h. Kelayakan si-bangsat ini dalam arena persukanan-negara bagaimana? di tahap mana? Pernah mewakili bolasepak negara ke persada antarabangsa pada 70an dulu?
i. Adakah beliau betul-betul bagus atau tergolong dalam golongan MACAM-BAGUS?
Jika ditanya pada si-bangsat itu mahupun pada balaci2 atau pengikut2nya sudah tentu mereka mensifatkan tamak dan haloba itu adalah suatu sifat terpuji yang diberi istilah baru iaitu sifat positif dan PRO-AKTIF ataupun self-promote. dan ia adalah satu perkembangan yang sehat. Di mana itu adalah sifat semulajadi hak individu seseorang manusia yang patut disembah dan dihormati.
Kepala Hotak!
Tutup cerita.
warning: Walaubagaimanapun jika si-bangsat itu memang bagus dengan mempunyai wawasan serta pandangan yang positif untuk memajukan bolasepak negara, maka alhamdulillah itu sudah cukup baik. Semoga berjaya kelak!!! he..he..he.. akan aku tengok nanti! Buktikan pandangan negatif aku tidak betul wahai si-bangsat. Kita kasi beliau peluang pertama.
================
Salah satu sifat luar-biasa yang ada pada bangsa kita yang hampir tidak wujud pada bangsa yang maju adalah mempunyai penyakit kulit muka sangat tebal. Jika dilihat pada sudut akademik, ketebalan pada kulit muka adalah berkadar terus dengan prestasi buruk pemerintahan dan pentadbiran.
y = mc(kuasa dua)
Semakin hampeh, semakin haprak prestasi mentadbir, semakin kukuh ujub dan bongkak seseorang itu daripada melepaskan jawatannya seolah-olah jawatan mereka tidak boleh diganggu-gugat. Hak mereka yang mutlak. Padahal di negara-negara maju seperti di Korea Selatan, Taiwan, mahupun UK, gejala perletakan jawatan tersebut adalah perkara lumrah jika seseorang itu gagal untuk mengatasi masalah tersebut. Ini adalah penting demi maruah dan juga masa hadapan organisasi mahupun syarikat itu sendiri. Maka soal syok-sendiri, one-man-show dalam perkara ini tidak timbul.
Yang aku peliknya bangsa-bangsa dominan dan Maju tersebut kelihatan cukup sedar dan cukup bertimbang rasa bahawa beliau memang tidak layak lagi untuk menjawat jawatan tersebut. Dan jawatan tersebut harus dikosongkan dan penggantian harus dilakukan dengan mencari calon yang berkelayakan dan LEBIH sesuai.
Itulah perbezaan antara bangsa yang melayukan diri dengan bangsa yang mengembang.
Agaknya lah...
Wahai..Melayu!!!...
Mengapa mesti orang politik yang mentadbir sukan kamu?
sekian, terima kasih.
Labels: FAM, jawatan, permasalahan, Permasalahan FAM, permasalahan sukan, Shahidan Kassim
2 Comments:
masalah kita; sama
manusia akademik tidak dibenarkan bercakap sesuka hati;
manusia sukan tidak dibenarkan memegang jawatan sesuka hati;
nampak gayanya senang benar manusia melayu ini ber politik; haha
untuk kepentingan sendiri2, inilah sejarah kejatuhan satu tamadun;
bersedialah wahai hang hakim
elhakimo,
Sejak dari dulu lagi elbangsato itu mengidamkan jawatan itu. Itu satu kampong sudah tau, itu jawatan ada belas belas ribu ringgit punya elaun hehehehehe
Post a Comment
<< Home