..

Monday, July 30, 2007

Permasalahan Non-Dominan: Maleh den nak Pikir



Orang-orang dahulu selalu berkata bahawa pokok yang terlebih baja selalunya memudaratkan pokok itu sendiri. Manusia yang terlebih makan selalunya lebih bengap dan kurang produktif berbanding dengan manusia yang cara makannya ala-kadar sahaja. Kadang-kadang senario yang ditafsirkan di atas boleh di samakan dengan senario yang terjadi di negara sendiri.

Di sini aku berasa terpanggil untuk menceritakan suatu cerita yang mungkin tidak pernah aku ceritakan pada orang lain. Perihal ceritaku adalah begini.

Semasa di sekolah berasrama dahulu, aku mempunyai seorang kawan (yang tidak rapat). Aku gelarkan kawan aku itu di sini sebagai "Zuriy" (mungkin bukan nama sebenar). Susuk tubuh Zuriy adalah seperti berikut:

1. Kepala yang tirus, mengecil dan meruncing ke atas
2. Torso, Tummy, buntut yang agak besar
3. dada yang menguncup tetapi berisi
4. Kaki yang kecil tetapi menebal
6. pipi dan bibir yang menebal dan agak membengkak kerna kegemukan (agaknya)
7. warna kulit yang kecerahan juga memakai kaca mata

Ibu-bapa Zuriy terlalu sayangkan anak mereka. Setiap minggu, waktu lawatan, selalu sahaja Zuriy dihadiahkan dengan pelbagai /variasi makanan yang berminyak sehingga berperiuk-periuk dan bertupperware. Sehingga kelelahan Zuriy membasuh tupperware2 tersebut pada waktu malam untuk dipulangkan kepada mama dan papa kesayangannya pada minggu hadapan.

Pakaian Zuriy adalah jenis yang berjenama dan agak mahal. Zuriy memakai bedak yang agak familiar baunya. Tiada orang yang memakai bedak itu kecuali Zuriy sahaja.

Oleh kerana Zuriy mempunyai banyak makanan dalam simpanan lockernya, Zuriy mempunyai banyak rakan karib. Sehingga seorang teman yang bernama Zerul-Ahzi selalu sahaja mendapat perhatian Zuriy untuk diberi makanan. Sehingga pada pandangan aku, bahawa Zerul-Ahzi (seorang gangster) kelihatan seperti beruk-simpanan Zuriy sahaja lagaknya.

Pada hemat aku, Zuriy adalah seorang budak yang berhemah tinggi, berdisplin, berpakaian kemas. Mempunyai raut wajah yang konfident dan agak intelek (walaupun agak cacat di mataku kerna terlebih makanan). Ada sesuatu yang tidak berapa enak mengenai Zuriy ini, kerna beliau selalu mendapat markah yang rendah pada setiap kali peperiksaan bulanan mahupun tahunan.

Begitulah kisah peribadi sulit yang terpaksa aku ceritakan di sini. Maaf jika kisah peribadi aku ini agak melalut kerana kadang-kadang aku menulis dengan tiada henti akibat perasaan ammarah yang meluap-luap. Itulah kelemahan yang ada pada aku sebenarnya. maafkan aku.

dan............

Sehinggakan aku terfikir, sebuah lagu Saleem-Iklim mempunyai lirik yang ada kena mengena dengan situasi di Malaysia dan mungkin juga ada kena-mengena dengan si-Zuriy, anak kesayangan papa dan mamanya.

Keratan lirik tersebut berbunyi seperti berikut

....Ku semai budi
ku siram kasih
sejati

Harapkan subur murni
rupanya
tak menjadi..........

...

...

...

Di negara2 miskin yang serba kekurangan dan ditindas, kemungkinan besar boleh dikatakan bahawa kejayaan seseorang bukan disebabkan tidur dan makan yang cukup, tetapi lebih kepada persediaan rohani dan semangat juang yang kental serta keikhlasan hati.

Mungkin ini tiada pada bangsa-bangsa yang non-dominan.

Entahlah.

Labels: , , ,

7 Comments:

Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

Para pemegang mazhab komunis mengatakan, apabila manusia sentiasa dimomokkan oleh 'agama' umpama candu, manusia akan lemah dan hilang daya fikir di dunia.

Bagi saya secara peribadi, apabila sesebuah negara dipimpin oleh yang bukan ahlinya, maka percayalah 'kiamat' akan melanda di negara tersebut, tak kira dalam bidang apa2pun...Malahan wujud pula golongan yang tidak punya adab mahupun akhlak untuk memimpin, kalau dalam realiti dunia sekarang perkara ini adalah normal dan lumrah alam hendaknya..kan?


Apa pendapat bro hakim pula?

hehe...

11:22 AM  
Blogger Elhakim said...

dear el-anak bumi,

he..he..he.

tepat dan mampat sekali...

tapi ek,

yg tau agama-islam tu lah yg tau fikir ttg masalah keduniaan.

yg tak tau tu... memang akan bermasalah nnti.

sbb tulah sistem komunis hancus kot...

he..he.he.

7:10 PM  
Blogger azeel said...

manusia yg tertekan lebih pandai untuk harungi survival hidup.
btw hakim ... CYC nak start lagi... kau tak nak preview pasukan bawah 19 malaysia ke?
rasa aku teruk gak kena ratah ni lagi ...

5:18 PM  
Blogger Farryna Abu said...

Elhakim, ko ok tak? Baik2 jika berbicara soal politik, bukannya apa, smlm 10 orang dari office abang I kena soal siasat under ISA. Semua gara-gara BLOG.

Tak salah memangla tak perlu takut tapi.... jangan sampai susahkan diri.

Tu je nak cakap, but... U ok kan?

9:09 PM  
Blogger Elhakim said...

dear el-azeel,
yer...betul...
tapi for sure kita kalah...

dear el-farryna..

hehe..

alhamdulillah aku masih hidup.

hehe..

6:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

heheh...mcm ku kenal je nama dlm cerita ni... mmm.. la... pasal cerita separuh... teruskan....

3:20 AM  
Blogger Nur Hafiza Hasan said...

tak update kah??
banyak permasalaha skrg ni...
komen anda sangat lah dialu-alukan.
:)

5:29 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker