Pertikaian Itu Ini : Begitu Begini
Setelah peperangan tamat, maka soldadu-soldadu yang tewas itupun pulanglah ke pangkalan dengan perasaan yang bercampur-campur. Kebanyakan dari mereka merasa sungguh gundah-gulana, tertekan dan kemaluan-kemaluan mereka kelihatan tumbuh membesar lagi menjalar.
Secara logiknya, diharapkan perasaan malu tersebut hendaklah senantiasa tersengkang, mencengkam dan menjadi igauan masing-masing. Biasanya mereka yang mempunyai kemaluan yang besar lagi cacat ini, haruslah mempunyai sifat-segan silu sesuai dengan keadaan yang mereka hadapi sekarang ini.
Sepatutnya, mereka harus merasakan bahawa hendak keluar ke pekan pun payah. Oleh itu tidak perlulah berbuat sesuka hati kerna prestasi peperangan yang lepas-lepas itu bukanlah antara yang terbagus sebaliknya adalah antara yang paling tidak bagus dan memalukan.
Oleh itu, haruslah beringat-ingat ya!
Tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar lagi keadaan pegawai-pegawai yang mentadbir. Mereka pun begitu juga. Harus menahan malu dengan perasaan hina-dina yang amat sangat. Tidak guna bercakap panjang apatahlagi untuk menunjukkan siapa yang bagus kerna telahpun terbukti bahawa semuanya tidak bagus. Sejarah dapat menunjukkan bahawa indeks mereka hanyalah MACAM-BAGOS dengan mendapat ganjaran yang sungguh lumayan tetapi isinya hampa. Semuanya boleh berhenti sekarang.
Semasa sesi latihan peperangan diadakan, (biasanya di luar negeri) ke manakah pegawai-pegawai yang mempunyai reputasi tinggi ini berada? Turut serta merasai azab, keperitan berjuang atau tersandar di dalam kubu-kubu mewah lagi empuk atau pergi menghabiskan duit batalion untuk menambah kebesaran tembolok? Itulah yang menjadi tanda tanya.
Untuk peperangan di masa akan datang, tidak perlu mengundang bala tentera dari luar untuk datang menyerang sebaliknya panggil sahaja tentera-tentera kecil dari estet-estet Felda mahupun kebun-kebun getah di Sungai Royan untuk test-power sendiri. Uji sendiri ketahanan soldadu-soldadu negara dengan pihak samseng-samseng jalanan. Barulah tahu sama ada bertemu buku dengan ruas. Jika kalah, harta khazanah negara tetap dimiliki bersama.
Labels: kemaluan, Pertikaian Itu Ini
9 Comments:
Dulu bila jurulatih dari luar diambil, katanya kepakaran negara kita sudah cukup..
Ambil sahajalah rakyat tempatan..
Bila dah jadi sebegini rupa, jilat balik lah apa yang dimuntahkan dulu.
Nak di panggil nya semula orang-orang asing melatih bala tentera yang kehilangan kuasa menyerang.
Orang asing atau tempatan sama sahaja, kalau politik+rasuah bermaharajalela, kita tak akan ke mana².
Wallahualam~
ehmmm... aku dah kata, "the case is closed".
aku nak sokong anak-anak cina yang main badminton pulak sekarang. takpun anak serani yang main squash. ataupun pasukan hoki yang pemain-pemain berbilang kaum.
aku sokong azeel aje lah...hehe
Assalamualaikum.wrth.
Saudara ELHAKIM yang dihormati, semoga dirahmati Allah swt sekeluarga hendaknya…
Izinkan hamba mencelah, dengan izin tuan punya blog.
KEPADA SEMUA BLOGGER YANG DIKASIHI BERSERTA ORANG AWAM. Anda semua dijemput hadir ke :
“INTERNATIONAL ISLAMIC FAIR 2007 YANG AKAN BERLANSUNG ESOK DI PWTC,KL…DARI 27 -29 JULAI.
KEDATANGAN ANDA SEKELUARGA BERSERTA RAKAN TAULAN AMAT DIALU-ALUKAN. BERILAH SOKONGAN KEPADA SATU-SATUNYA PESTA ISLAM ANTARABANGSA YANG ADA DI BUMI MALAYSIA INI. SOKONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN HIBURAN CARA ISLAM YANG KAMI ANJURKAN. PADA HARI SABTU MALAM AHAD NANTI PIHAK KAMI AKAN MENGADAKAN KONSERT CARA ISLAM BESAR-BESARAN DI MATRADE HALL, JALAN DUTA. KONSERT AKAN BERMULA PADA PUKUL 9 MALAM HINGGA 11 MALAM.
ANTARA ARTIS LUAR NEGARA YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN ADALAH MUHAMMAD AL HUSAYAN DARI KUWAIT, MILOUD DARI FRANCE DAN AA’SHIQ AL RASUL DARI UK. KUMPULAN NASYID HIJJAZ JUGA AKAN TURUT SERTA. TIKET KONSERT BOLEH DIDAPATI DISANA ATAU DI PWTC REGISTRATION COUNTER. tq.
# kedatangan saudara elhamkim ke PWTC bersama famili, saya anggap sebagai satu tanda sokongan. Ana secara peribadi amat berbesar hati…
Ayuh kesana! SOKONG ISLAM! Macam-macam ada…
Brother Anwar Arabi
Untuk Keterangan Lanjut sila layari
http://sabapersonalalbum.blogspot.com/ (weblog tak rasmi)
atau boleh terus masuk ke : .IIF4ummah.com atau .IIFportal.com
Brother Anwar Arabi
el-mistree...
tepat dan mampat sekali.
:)
========
el-azeel, el-sueda,
x yah sokong aaa....
buat letey jer...
=======
EL-MODERATOR,
EL ANWAR-eL Arabi,
Elhamdulillah, tq. kerna sudi mengajak aku.
Insya Allah akan aku ke sana, jika tiada aral melintang. insya Allah.
apa-apa pun setuju
eh hello anonymous...
sapa ni yer?
Post a Comment
<< Home