..

Thursday, March 13, 2008

Permasalahan Retorik Perjuangan Bangsat Khairy : Suatu "kolateral Damage" iMNO dan Sebuah pembikinan filem


elhias: Retorika satu perjuangan bangsat. komred dan ploteriat2 sosialis sg siput pun amat berbulu dengan Khairy

Aku merasakan bahawa apabila kesemuanya telah selesai nanti, dengan tumbangnya dinasti Badawi di Malaysia, akan ada sutradara yang akan memfilemkan kisah menantu kesayangannya El-Khairy El Jamalauddin El-Renmimbi fil Rembau.

Kalau takpun, mungkin pada tahun 2030, jika tidak 2020.



elhias 2: Tergamakkah sesiapa menyamakan perjuangan Khairy dengan perjuangan Cik Che-Guevera ? kah..kah..kah. mungkin ada yang muntah.



Aku jamin, harus filem itu bakal dinobatkan sebagai filem terbaik dunia kerna ia berdasarkan suatu biografi-historikal kisah benar yang amat menarik.

Naratif, plotnya amat menggalakkan. Mungkin boleh diceduk daripada Kronikelnya. Jalan ceritanya amat ringkas tetapi agak mudah faham. Sindiran yang agak tajam tentang kegelojohan seorang opportunist yang ingin berkuasa kuasa.

Dr. Zhivago mungkin akan hilang pengaruh dan keunggulan masterpiecenya apabila kisah Khairy ini difilemkan di seluruh dunia.

Tetapi bersyarat. period.

Tokoh Hollywood adalah sutradaranya. dan bukannya professor-Mohiddeen of Uitm

hehe..


elhias: Khairy chronicles and Anger Management. hehe..

Bab2 yang terdapat dalam Khairy Chronicles(click here). and still counting.

Part 1 - SYNOPSIS: The most powerful man in Malaysia

Part 2 - Out of the wormhole

Part 3 - The enemies within

Part 4 - Strangling your own brothers

Part 5 - The heir and the pretender

Part 6 - Khairy’s media playgrounds

Part 7 - The beginning of a beautiful friendship

Part 8 - Sunset, sunrise

Part 9 - Birth of a salesman

Part 10 - The National Auctioneer

Part 11 - Khairy and his Money Factory

Part 12 - Ringing in the cash till

Part 13 - He loves me, he loves me not

Part 14 - Crowning the king

Part 15 - The game of high stakes

Part 16 - The walls that talk

Part 17 - The comforting branch breaks

Part 18 - Cannons behind his back

Part 19 - A republic of fear

Part 20 - Does UMNO really want to win?

Part 21: The Aftermath: Whose little victory?

Part 22: A fatal miscalculation

Part 23: Faster, Higher, Stronger

Labels: , ,

..

Thursday, February 21, 2008

Persoalan Teater Melayu : Meraih Simpati Meminta Sedekah ?




SUMBER RUJUKAN <---- SILA KLIK

he.he.. padan muka.

Sehingga aku berani berkata bahawa liga manusia-manusia negatif seperti aku pernah berkata, akan jatuh air-muka dan maruah diri jika sesiapa ternampak bangsa-bangsa negatif seperti aku tercongok dipanggung2 wayang dan pentas pentas teater Melayu yang tidak bermutu dan kurang berkualiti itu.

Masalahnya bukannya bahasa yang menjadi puncanya ini.

Tetapi sikap mentaliti dan idea yang hendak dipertontonkan itu yang menjadi punca segala-galanya.

Apa gunanya jika mesej yang hendak disampaikan kelihatan kebudak-budakkan dan terlalu playsafe sehingga kelihatan seolah2 terlalu mengampu ?

dan... contoh yang paling bangsat hari itu adalah Hang Tuah mempunyai raut wajah orang putih.
he.hehe.


Beginilah...
Bagi aku, satu perkara jer lah yer...

Jika sejuta-kali mengampu pun tiada yang sudi menjadi penaja? Maksudnya apa?
Berhenti saja mengampu. Pukul saja kemungkaran yang berlaku. Buka bangsawan di kampung-kampung dan beri seri-hidup kepada mesej yang lebih berguna kepada masyarakat.

Ini tidak. Dato' itu, Dato' ini. Tan-sri itu, Tan sri ini, Pengarah itu, pengarah ini. CEO itu, CEO ini. Habok pun taraaak.

Cuma nasib baik, survival teater Melayu terletak pada pensimpati filem2 Melayu, Minah2-Kilang, Mat2 Rempit dan Remaja yang kurang-waras dalam pemikirannya.

Jika perkara ini terus-terusan berlaku, aku percaya, teater Melayu akan hilang penonton setianya.

Bukan setakat manusia, kambing pun malas nak tengok. Buang masa!!!

Labels: , ,

..

Wednesday, August 22, 2007

Persoalan Pembikinan Filem: Protagonis atau Antagonis ? Yang mana satu ?



Aku bukanlah lulusan sarjana perfileman dari mana2 universitas. Bahkan juga, jauh sekali seorang karyawan filem. Aku suka mengkritik filem secara bersendirian dan abadikannya ke dalam blog sebagai hobi.

Pada pendapat aku, untuk bikin sesuatu filem mahupun drama yang pasti tidak mengecewakan penonton bukanlah suatu yang susah, jika para producer mahupun sutradara tahu FORMULA-ASAS itu. Formula asas itu boleh juga dipanggil sebagai basic, elementary, foundation dalam meladeni selera penonton. (he..he.he.). Jika sutradara itu telahpun tahu formula asas selera penonton tadi, maka senanglah mereka. Yang lainnya adalah ikut template dan acuan sahaja. he..he..he.

Asas dan foundation yang menjadikan sesebuah drama/filem memperoleh daya tarikan yang luar biasa sebenarnya tertumpu pada 2 perkara iaitu:

1. kesempurnaan watak ANTAGONIS. dan bukannya PROTAGONIS (sepertimana kebanyakan sutradara2 tempatan berfikir)
2. konflik yang kukuh dan matang

Di sini aku hanya mengutarakan pendapat aku mengenai watak antagonis sahaja dan tidak mengenai konflik. Konflik pada aku adalah sesuatu yang agak subjektif dan fluctuate.

Yang tololnya adalah karyawan/sutradara sesuatu filem/drama tersebut yang memberikan lebih penumpuan pada watak protagonis dengan menitikberatkan
1. kehenseman / kejelitaan hero / heroin
2. kebolehan dan kekayaan hero tanpa dipertontonkan kebolehan orang-jahat yang sungguh dahsyat
2. keperkasaan seseorang hero sehingga tidak boleh dikalahkan oleh pihak lawan

dan kesilapan besar itu juga sering melanda karyawan perfileman Malaysia, Filipina dan baru-baru ini ~ Jackie Chan--yang semakin malap dalam sambutan filemnya.


Watak Antogonis sebenarnya adalah reflect kepada watak protagonis. Watak Antagonis sepatutnya dilihat dengan lebih teliti dan bukannya protagonis. Watak antagonis hendaklah didevelop dengan kukuh sehingga watak tersebut sangat sukar dikalahkan, dibenci dan dikagumi. Jika watak antogonis berjaya meniupkan kemarahan penonton, maka filem/drama tersebut dikira sebagai berjaya. dan amat bernasib baik watak antagonis yang dibenci itu dapat ditangkis oleh protagonis. dan barulah di situ gunanya watak protagonis. Dari titik situlah bibit2 watak protagonis mula dikembangkan.

Penonton amat appreciate jika seseorang protagonis itu dapat mengalahkan antagonis yang perkasa, bijak, licik dan menyakitkan hati daripada mengalahkan antagonis yang lembik dan tidak bermaya.

Mengapa drama2 telenovela latin mahupun korea/Jepun dapat sambutan luar biasa di seluruh dunia walaupun hanya menggunakan alihsuara mahupun subtititle ?

senang saja jawapannya. Ini adalah kerna sutradaranya sangat pandai dalam mengembangkan watak si-antagonist yang jahat dan licik itu. Kadang-kadang keadaan menjadi lebih complicated dengan penambahan watak-watak antagonist sehingga lebih daripada 3 mahupun 4. Semakin ramai antagonist yang gagah-perkasa., cerdik dan licik dalam sesebuah drama mahupun filem tersebut, maka semakin mendapat sambutanlah filem tersebut. Itu aku jamin. harus pegang kata-kataku ini.

Dan yang pentingnya drama tersebut tidak cepat nak habis kerna masalah yang agak rumit yang terpaksa dihadapi oleh si-protagonist (jalan penyelesaian masalah oleh si-protagonis itulah yang mahu dilihat oleh si-penonton dan bukannya penampilan hero yang separa hensem itu).

Agak aneh kerna jarang-jarang benar drama Melayu dapat bertahan sehingga 100 episod kecuali drama "SEMBELIT" kot dengan hal-hal percintaan yang tak sudah-sudah sehingga menjadi agak tidak relevan pula. Kadang-kadang naik loya jugak tekak sebab TER-tengok.

Oleh kerana sutradara drama tempatan gagal mengembangkan watak si-antagonist tersebut betul2 maka agaknya sebab itulah terdapat drama Melayu yang telah dihentikan awal siarannya seperti Mahligai Gading pada episod ke-20 daripada 300 Episod mengikut perancangan awalnya kerna gagal menarik peminat penonton. Agak Memalukan bukan.? kah..kah.kah

Drama2 mahupun filem hasil kerja bangsa Melayu dalam sedekad-dua ini aku lihat sungguh tidak bermaya kerna sutradara kita kurang menonjolkan dan kurang mengembangkan watak antogonist. Sebaliknya lebih mengutamakan penampilan watak hero atau protagonist. contohnya lihat saja kelembekan drama2 Melayu mahupun filem2 Melayu seperti contoh tradisi di bawah:

1. Watak co-hero, Shamsul- anak kepada Datuk Seri Paduka Yusoff Haslam dalam drama "Sembelit".
2. ke-kaku-an Zed Zaidi
3. watak antagonist yang separa-tiada seperti tidak berapa wujud dalam drama Sembelit
4. Lihat saja telemovie-telemovie hasil garapan director Melayu dalam bentuk VCD (kebanyakannya tidak berapa laris. setakat balik modal jer). Sila lihat watak antagonist mereka. Sejauh mana watak antagonist tersebut berjaya dikembangkan

Bagi sesetengah pihak, drama Melayu yang bertajuk Manjalara agak berjaya dan mendapat sambutan serta rating tertinggi peringkat dunia. (huh?). Bagi aku, itu tidak sah kerna drama tersebut:
1. diadaptasi daripada telenovela Latin yang bertajuk "Mi Gorda Bella" -- Mexican.
2. Pengarahnya hampir bukan Melayu (kot?)

Walaubagaimanapun aku akui drama itu agak menarik kerna keboleh-tahanan watak antagonist yang berjaya dikembangkan. (walaupun tiru hasil kerja orang lain. heh.heh..heh.)

Kesimpulannya,

kepada tuan-director drama Melayu, sila:

perkembangkan dan perkukuhkan watak-watak antagonis dalam drama-filem kamu sebelum antagonis dan tonto2 di luar filem memperkukuhkan kedudukan mereka. (kah..kah..kah.)

Sepatutnya aku tidak perlu tulis N3 ini kerna masing2 sudahpun pakar.

uweeekk!!
:PPPPP

Labels: , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker