..

Thursday, February 21, 2008

Persoalan Teater Melayu : Meraih Simpati Meminta Sedekah ?




SUMBER RUJUKAN <---- SILA KLIK

he.he.. padan muka.

Sehingga aku berani berkata bahawa liga manusia-manusia negatif seperti aku pernah berkata, akan jatuh air-muka dan maruah diri jika sesiapa ternampak bangsa-bangsa negatif seperti aku tercongok dipanggung2 wayang dan pentas pentas teater Melayu yang tidak bermutu dan kurang berkualiti itu.

Masalahnya bukannya bahasa yang menjadi puncanya ini.

Tetapi sikap mentaliti dan idea yang hendak dipertontonkan itu yang menjadi punca segala-galanya.

Apa gunanya jika mesej yang hendak disampaikan kelihatan kebudak-budakkan dan terlalu playsafe sehingga kelihatan seolah2 terlalu mengampu ?

dan... contoh yang paling bangsat hari itu adalah Hang Tuah mempunyai raut wajah orang putih.
he.hehe.


Beginilah...
Bagi aku, satu perkara jer lah yer...

Jika sejuta-kali mengampu pun tiada yang sudi menjadi penaja? Maksudnya apa?
Berhenti saja mengampu. Pukul saja kemungkaran yang berlaku. Buka bangsawan di kampung-kampung dan beri seri-hidup kepada mesej yang lebih berguna kepada masyarakat.

Ini tidak. Dato' itu, Dato' ini. Tan-sri itu, Tan sri ini, Pengarah itu, pengarah ini. CEO itu, CEO ini. Habok pun taraaak.

Cuma nasib baik, survival teater Melayu terletak pada pensimpati filem2 Melayu, Minah2-Kilang, Mat2 Rempit dan Remaja yang kurang-waras dalam pemikirannya.

Jika perkara ini terus-terusan berlaku, aku percaya, teater Melayu akan hilang penonton setianya.

Bukan setakat manusia, kambing pun malas nak tengok. Buang masa!!!

Labels: , ,

4 Comments:

Blogger rastom said...

Tuan el Hakim el Multaqa el Azhari Tantawiyun!

Apa itu teater? kenapa tiada sambutan? Apa perlunya teater? Sampaikah sudah tahap minda Melayu untuk menikmati teater?

Soalan soalan ini boleh dijawab dengan melihat senario mentaliti Melayu dengan merangkumi respons sosio-politik ekonomi Melayu setelah 50 tahun merdeka.

Kerana sosio-politik Melayu itu dikarangkrafkan mengikut pola etnik maka perkembangan minda umat yang mendiami Malaysia juga perlu dilihat mengikut garis garis etnik.

Orang China masih layan opera-bangsawan China. Masih layan tulisan etnik mereka dan akhbar mereka "hampir" telus. Cuba bandingkan dengan umat Melayu?

Seni teater itu ada tahap dan kelasnya tersendiri yang perlukan satu persiapan minda yang agak sofistikated. Adakah Tuan el Hakim el Tantawi fikir minda Melayu sudah mencapai tahap sofistikasi itu? Analisis saja akhbar Melayu dan tuan boleh buat satu kesimpulan bahawa media Melayu mendidik dan membelia bangsa supaya terus bodoh, berjiwa hamba dan jangan sesekali meningkat tahap sofistikasi berfikir mereka, kerana jika mereka mampu keluar daripada tempurung, bermakna akan wujud satu reckoning force (mungkin a la Hindraf) untuk menerajang para elit yang bersemayam disinggahsana.

7:17 PM  
Blogger Elhakim said...

tetuan elrastom,
betul tu..

ada teater yg bagus.
ada teater yg tidak bagus.

kedua2nya adalah sutradara melayu yang berlainan.

tetapi bangsa Melayu juga tidak cukup uwang.

Jika karya bagus sekali manapun, tetapi tiada uang, maka pembelaannya juga akan ditahap sifar.

melayu dan kefakirannya dalam serba serbi adalah perkara normal.

bangsa mediocore memang begitu.

merempat di tempat sendiri.
ditindas di tanah orang lain.

11:48 PM  
Blogger zf_zamir said...

bukankah mise en scene naratif itu terbahagi kepada ethos, logos & estetik.

maka kefakiran teater melayu kita tertakluk kepada kegagalan etika (ethos), logik (logos) serta lancang estetikanya.

nah, hidup dalam kefakiran adalah nikmat bagi bangsa kita..

5:22 AM  
Blogger Elhakim said...

Ya bangsa kita adalah bangsa yang senantiasa gagal.

Gagal adalah Melayu.
Melayu adalah gagal.

tiada siapa yang boleh mengubahnya.
kecuali tuhan.

Jika terus-terusan terdapat kegagalan maka tuhan tidak mengubah bangsa Melayu. dan jadilah bangsa melayu sbg bangsa yang sentiasa gagal dan segagal-gagalnya.

11:50 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker