..

Tuesday, February 05, 2008

Permasalahan Pemikiran Melayu: Antara Jentera Kerajaan VS Jentera Parti


elhias 1: keris hendak melawan pedang ? Bengong!!! Goblok! secara common sense-nya kita pun dah tahu siapa yang bakal bermandi dengan darah...


elhias 2: Mengapa bangsa Melayu dahulu menggunakan keris ? jawapannya mudah. Tubuh lesu dan kerdil Melayu tidak larat menggunakan pedang. Akalnya juga kurang untuk mereka-cipta pedang dan memajukan fizikal sendiri.



elhias 3: Ini adalah kapak-Portugis atau boleh jadi jua kapak-Belanda. Jika Sultan menitahkan supaya aku menggunakan keris-picit untuk melawan Belanda, aku lebih rela gali-lobang untuk kubur aku sendiri utk masa depan daripada membuat kerja-gila dengan membunuh diri sendiri berlawan dengan Belanda


Ada orang Melayu mengatakan bahawa rata-rata bangsa Melayu, jika bercakap kurang berfikir.

Mungkin betul. Mungkin tak.

Tapi bagi aku. Itu betul. Mengapa tidak ?

Bangsa lain pun begitu juga. Bangsa lain juga malas berfikir seperti bangsa Melayu juga. Tapi cuma... tengok jenis bangsa laa..
ada yang berfikir lebih daripada bangsa Melayu.
ada yang berfikir kurang daripada bangsa Melayu.

Sudah pasti bangsa yang berfkir lebih daripada bangsa kita jauh lebih maju daripada bangsa kita.

Tapi buat apa nak membicarakan perihal bangsa orang lain? bangsa aku Melayu, jadinya aku suka la cakap mengenai bangsa Melayu ini.

Aku tak suka bercakap sesuatu yang positif mengenai bangsa aku ini jika yang membacanya adalah sebangsa dengan aku. Syok sendiri namanya. Rasa-rasanya cukup2lah syok sendiri orang Melayu.

Lagipun blog aku inipun blog negatif. Blog ini bercerita mengenai permasalahan itu dan ini ... Jika tak ada permasalahan, aku tak boleh bercerita. Lagipun aku adalah towkey negatif. Sesiapa yg berkehendakkan cas negatif boleh order daripada aku.

Kadang2 rasa meradang jugak.

Dah meluat dan jijik aku dengan perangai orang2 kita yang suka sgt masuk bakul angkat sendiri. Bagi sesiapa yang belum jijik lagi, persilakan baca Utusan Malaysia, khatam dari A sampai Z untuk 24/7.

Tapi sebenarnya kejijikan aku dah naik tahap geliiiiiiii..

Rasa-rasanya tuhan pun tiada memberi apa2 kelebihan terhadap bangsa Melayu. Kekurangan mungkin banyakla..

Kelebihan apa yang Dia bagi ?

entah ?

apa ?
kau cakap aku tak tau ?
Yang kau tau ker ?

Bangsa Melayu kaya dgn Budi bahasa? hehe...ye ker ?
kaya dgn Keimanan dan ketaqwaan ? he..he.. tengok amalan sendiri laa...
kaya dgn ada-istiadat ? he..he... orang jepun lagi bagus.
kaya dgn kesabaran ? he..he.. ye la kot..sebab tu laa selalu rugi.. tapi sabar yang gitu-gitu laa... bab-bab lain tak sabar pun...

Oppps rupa2nya aku silap. Memang bangsa kita mempunyai kelebihan. Ternyata kita memang mempunyai keLEBIHan yg tersendiri.

he.he.

oklah.

Bagi aku mudah aja. Kelebihan yang tuhan bagi ke atas Bangsa Melayu adalah kependekan yang LEBIH pendek daripada bangsa2 yang tinggi..
dan
keburokan muka yang nyata LEBIH burok dari bangsa2 yang lawa.

he.he.. Janji ada keyword "LEBIH" di situ.. Oleh itu maknanya memang betul. Bangsa kita juga mempunyai keLEBIHan yang tersendiri yang jauh LEBIH daripada bangsa-bangsa yang lain.

haha. ntahla..

==============

Rasa2nya agak fedup juga apabila bercakap dengan bangsa2 yang tak reti untuk membezakan antara jentera-parti dan jentera-kerajaan.

TV dan radio adalah jentera-kerajaan. Bukannya jentera parti.
Sekolah2, bangunan2 termasuk bangunan Parlimen, jalan2 raya bandaran adalah hak-milik kerajaan bukannya hak-milik sesuatu parti-politik.

Mengapa sesetengah parti boleh gunakan jentera kerajaan dan sesetengahnya tidak ?

Rasa2nya dalam banyak-banyak bangsa Melayu ni, aku boleh buat kesimpulan bahawa hanya

Kurang daripada 10% drpd keseluruhan bangsa Melayu di Malaysia yang mempunyai conscience-logic dan boleh berfikir. 90% lagi tidak.

dan...

daripada 10% tadi, 50% drpdnya tahu bahawa yang mana satu jentera-parti dan yang mana satu adalah jentera kerajaan. 50% lagi tu blurr.. fikiran tertutup, terkunci mati. Jumud.

Kesimpulannya sangat mudah.

Sebab itulah bangsa Melayu zaman-dahulu dengan "kebijaksanaanya luar-biasanya" berani memerangi tentera Portugis dan Belanda dengan menggunakan keris picit. Sedangkan bangsa Portugis menggunakan pedang yang panjangnya bersamaan dengan tinggi rata2 bangsa-Melayu dan tebalnya pula seTEBAL peha panglima perang Melayu.

Kebengongan bangsa kita memang di situ.

Cuba nyatakan pada aku, bilangan dan kiraan 1, 2, 3 berapa kalikah bangsa Melayu kita ini beroleh kemenangan dengan berperang dengan bangsa yang selain daripada bangsa Nusantara ini ?

Kiraan itu hendaklah bermula setelah kejatuhan kerajaan Melayu-Melaka. Sudah tentu banyak bukan ?
he.he.he..

atau kita hanya JAGUH-KAMPUNG ?
Maksudku. si-katik hanya layak bertempur dengan si-katik. Senjata sama-sama ?

Labels: , , ,

7 Comments:

Blogger zf_zamir said...

kerajaan tidur tidak salah

yang salam tangan2 yang memangkah

selagi ada tangan yang memangkah

selagi itu ada kerajaan tidur

kelebihan orang Melayu adalah tidak gemar akan alternatif

7:35 AM  
Blogger rastom said...

Mungkin tiba masanya nanti, ramai cerdik pandai Melayu beramai ramai hijrah keluar dan yang tinggal di Malaysia hanyalah yang budus2 - ignorance is bliss - bahagia di dalam jahil.

4:46 AM  
Blogger aku said...

blog ko ni elhakim betul lah blog negatif.. tak kan nak kata blog positif pulak kan.. kalau positif.. macam kakitangan kerajaan lah.. tak bleh nak lawan kerajaan walau dalam apa keadaan sekalipun.. kena plak di kawal ngan akujanji,peraturan itu ini.

blog negatif hasil dari pk negatif..sekali imbas cam pelik je bunyinya.. tapi mestilah pk negatif baru bleh tau betul salah..baru ada logiknya kat situ.. sebab musabab.

nak analisis kena ada otak negatif..logik..kalau main positif je..jadilah melayu sekarang ni.. semua positif..sampai leher nak kena jerut pun masih positif hehhehee

Melayu hanya bleh ada otak positif..ada otak negatif pada tempat tertentu je..bukan ubah kaum..menyesakkan kaum ada lah..

susah nak harap melayu ada otak negatif, positif, logik, kreatif, projektif, dan macam macam tif tif lagi... kalau ada pun ciput je sangat jumlahnya...

5:24 AM  
Blogger Mak Su said...

iya, saya perlukan beberapa cas negatif..tq tq

7:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam elhakim,

apasal susah nak masuk blog ni skrang?

mula2 kena lepas satu pagar...' i understand and i wish to continue' pastu plak trsasar ke mana punya web page.

berkali2 punya trial barulah lepas.

baca tak beriat terbaru, the star 10 Feb.08? 2000 hektar tanah rizab melayu di peral boleh diusahakan oleh bukan bumiputra secara pajakan 30 tahun?

habislh org melayu. tanah dah takde. alamat jadi mcm palestin. jgn harap kalau dah dipajak, mrk nak lepaskan beitu sahaja. tak mungkin.

dina- tanah rizab melayu semakin tergadai. apa yg melayu ada lagi??

1:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

opps...di Perak. ( tsilap lak)

1:04 AM  
Blogger Elhakim said...

tn elzamir, tn elrastom,

tolong kek sembahyang hajat...

supaya aku bertukar kepada bangsa lain.

bangsa yg ingin aku jadi ialah german.

he.he.he..

el-aku, elmaksu,

negatif aku adalah pada paras
-99.
mengikut perkiraanku, negatif kalian cuma -0.00003

he.he...

el-dina,
itulah bangsa melayu.
ada tanah pi pajak.
tak ada tanah pi merempat.

wallahualam

1:59 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker