..

Tuesday, March 03, 2009

Persoalan PRU-13: Akan Berlakukah ?


elhias: orang besar, badan besar. otak ?


Dengarnya, bukan setakat di Perak, malah negeri2 lain di bawah PR juga turut bakal menjadi mangsa. Cuma yang menjadi persoalannya adakah itu sekadar retorik kosong atau suatu ugutan yang bakal berhasil.

Mehnah yang dilakukan oleh pemerintah impaknya bukan sedikit. Walaupun tidak sampai kejadian yang meragut nyawa, tetapi kesan yang ditinggalkan amat mendalam. Dendam kesumat di hati rakyat tiada siapa yang tahu.

Sahihnya, rata-rata bukan Melayu di Perak sudah 'bengang' dengan parti keris dan kompenennya itu. Undi mereka bakal tidak memangkah dacing.

Persoalannya di sini, akan berlaku-kah PRU-13 nanti ?
walaupun jawapan yang diterima: kerja tuhannnnnnnnnnn...

hehe..

Labels: , ,

..

Tuesday, September 16, 2008

Persoalan Negara : 16 Sept. Tumbangnya Sebuah Empayar Sekangkang Kera ?




Hari ini, tanggal 16 Sept 2008,

Takziah buat Barisan Nasional khususnya UMNO

Secara teknikalnya kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional telahpun tersembam ke tanah.

Tetapi mereka masih lagi menggunakan hikmat Ular Sawa sehingga ke hari ini.

Ibarat Kepala sang Ular telahpun remuk dan hancur.
Cuma badan ular sahaja yang tidak berhenti-henti mengeliat dan menghancurkan sesiapa sahaja yang menghalang jalanannya.

Takziah buat UMNO...

Labels: , ,

..

Friday, June 27, 2008

Persoalan Ra'ayat: Siapa Pembunuh El-TanTuya El-Shaari Seeibu ?


elhias: Gengkhis Khan, iaitu datuk kepada datuk kepada datuk kepada moyang kepada si-mati.



hehe...

sungguh pening memikirkan persoalan yang di atas. Seorang keturunan Mongoloid telahpun disumpah menjadi bangkai.

sudahlah menjadi bangkai, mayat dan jasadnya diletup pulak sehingga berkecai sehingga amat payah dikenali. DNA jua yang dianalisisnya.

Kalau difikirkan secara logik, kalah di Iraq. Sekurang-kurangnya di Iraq, mayat yang dibom masih tertinggal sisa-sisa, daging dan kulit. Mungkin masih wujud lagi kepala dan badan yang mungkin boleh dikenali oleh sanak-saudara jika tidak mereput.

hehe...

Lain pula halnya di Malaysia. Negara yang tenang, aman dan damai jangan disangka tiada buaya.

Jika sesiapa yang cuba mencabar pihak berkuasa, belum tentu arwah jadinya. Tetapi belum tentu juga selamat, perasaannya. Setakat calar-balar, itu sudah lumrah gamaknya.

Di mana-mana pun begitu. Pihak berkuasa dianggap sebagai suatu entiti THE UNTOUCHABLE.

hehe..

Persoalan di sini....

SIAPA PEMBUNUH EL-TANTUYA EL-SHAARIBU EL-MONGOLOID meredil Tererterk ????

hehe...

aku rasa aku ada hint...

orangnya bukan lelaki, bukan jua pondan, bukan jua gay.
tetapi seseorang yang bernafsu besar. Amat kuat cemburunya. Kuasanya menerusi proksi juaa..

hehehehe...

tuhan itu amat bijaksana....

Labels: ,

..

Saturday, January 26, 2008

Persoalan Negara: Macam-Macam Hal. Macam-Macam Ragam


huuuarggghhh (menguap).....
ingat semua rakyat saya!!
Hadith Nabi mengatakan bahawa sesungguhnya Setan dan Iblis sangat takut dengan mereka yang sedang nyenyak tidur daripada mereka yang beribadat.


he..he..

bukannya apa,

hari ini naik bangga juga bila terbaca beberapa akhbar media-perdana yang mengisytiharkan ekonomi Malaysia semakin naik dan kukuh

ekonomi Malaysia naik kukuh

ekonomi Malaysia naik kukuh
ekonomi Malaysia naik kukuh
ekonomi Malaysia naik kukuh

ekonomi Malaysia Naik kukuh

tapi pisang goreng tanduk 2 ketul = singgit
susu dutch lady (sebotol) biasa RM 3.20 dah jadi RM 3.80
roti canai sekeping ....dari 70 sen dah jadi 90 sen
susu pekat manis di Tesco...... dari RM1.79 dah jadi RM2.19

Nampaknya semua naik. Elhamdulillah...
cuma satu jer... prestasi bolasepak Malaysia juga jatuh... tak naik-naik.

maklumlerr..... 'melayu'

he..he..he.


catatan penting:
Dalam arena bolasepak, Kadang2 media tempatan terpaksa mengalah dan tak boleh berdolak-dalik apabila ranking itu dibuat oleh badan antarabangsa. Tidak boleh tipu punya. Kalau ranking cakap Malaysia tempat tercorot maka corotlah kita.

Lain pula kalau ekonomi. cukuplah dengan gimmick proton mengeluarkan versi terbaru proton-Saga iaitu SAGA-BLM. Maka media arus perdana Malaysia pun mengatakan bahawa ekonomi Malaysia TELAH BANGKIT DAN SEMAKIN KUKUH!!!!! he..he.he.

aik ??? itupun boleh kukuh ?


===================================

Negara Islam : Malaysia tidak Perlu Pengiktirafan PAS ?

Soalan: KENAPA kerajaan tak perlu pengiktirafan Negara Islam daripada PAS ?
Jawapan: Sebab Malaysia lebih perlu Pengiktirafan Negara Islam daripada Amerika dan zionis.

itu adalah satu fakta. dan Ia juga bertepatan dengan syariat-syariat yang telah diijtihad daripada pemuka-pemuka El-Islam Hadhari yang ada 'had' dan juga ada 'hari'.

Islam Hadhari mengikut tafsir aku adalah

"Suatu Cara dan gimmick Islam yang dilabelkan ke atas sesuatu pelaksanaan tetapi diharamkan pula ke atas sesuatu pelaksanaan yang lain mengikut citarasa pemimpin dan segolongan manusia yang dipimpin"

dan


Islam di sini adalah seperti 'variable' atau pembolehubah yang boleh ditukar ganti mengikut citarasa dan selera pemimpin.

Ya! Maknanya Islam dalam perspektif hadhari tak ubah macam biskut.

Iaitu kejap ada. Kejap tak ada.


Iaitu kejap Malaysia ni macam negara Islam. Kejap negara Malaysia ni macam negara Kafir.

begitulah fleksibelnya dan specialnya Islam-Hadhari ni.

Sungguh seronok rasanya bagi sesiapa yang mengisytiharkan mereka sebagai memeluk agama Islam versi hadhari ini. Boleh dikatakan mereka macam 'chameleon'

he..he.he..
====================================

Walaubagaimanapun sebagai penutup,

Aku ingin mengucapkan Tahniah!!! kepada BN buat kesekian kalinya kerana telah menang dengan majoriti cemerlang dalam pilihanraya umum yang ke-12

Syabas!!!

Bangsa Melayu memang 'bijak' dalam 'memilih'

kah!..kah!..kah!


elhias 2: sedap tidur tau. dahlah gaji jalan. banyak pulak tu. Lepastu..Setan takut ngan aku.. he..he...he... pedulik haper aku dengan depa semua...

Labels:

..

Thursday, November 29, 2007

Persoalan Negara: Projek Angkasawan 2020. Malaysia Sungguh Bodoh ?



elhias:
Michael Backman: If I said Malaysian-stupid, that's mean I am stupid too. That's why I love to write something funny about other ppl. I dont care. I am nut. Am I ?

(celaka kau backman. Kau memang orang putih lahanat sejak azali lagi. suka sangat menyebuk .he.he.he.)



Ada column lama yg aku tak perasan. Tak terlintas pun nak terjumpa dan terbaca. Baru terjumpa sebab terlalu ALPA-romeo.

Baru terbaca tulisan seorang columnist/kolumnis antarabangsa, Michael Backman daripada majalah Business/Times Business yang mengatakan bahawa Malaysia adalah bodoh. Bila nama Malaysia disebut, maknanya ia akan merujuk kepada kerajaan Malaysia dan bangsa Melayu sendiri yang menyokong usul kerajaan tersebut.

Walaupun sesetengah dari kita tidak menyokong 100% usul kerajaan, tetapi membaca artikel tersebut dapat juga mendidihkan darah, terutama bagi penyokong2 kelab Ameno-totok.

Bukannya apa. Cuma penulis tersebut adalah orang luar. Sedar tak sedar, begitulah pandangan orang luar terhadap negara kita.

Tapi beliau bukan berbangsa Melayu. Itulah masalahnya he..he...

Yang paling bangsat sekali tuduhannya tu agak 'berasas'. Itulah yang paling lahanat sekali.

2 daripada banyak kesimpulan-besar yang dapat dibuat adalah

1. Orang Melayu perasan bahawa negara mereka popular. kerana 'tame-media' yg telah dicipta oleh Maha-Tongga. Bol-radha-Bol...kutty kuche kuche kene nahi... mandaliarrr

2. Rahsia mengenai Petronas. (Apa maksud Petronas. he.he.he..)


keratan tersebut adalah seperti berikut:

Most Malaysians are convinced that the eyes of the world are on their country and that their leaders are world figures. This is thanks to Malaysia's tame media and the bravado of former prime minister Mahathir Mohamad. The truth is, few people on the streets of London or New York could point to Malaysia on a map much less name its prime minister or capital city.

.................

But, like Nero fiddling while Rome burned, the Malaysian Government is more interested in stunts like sending a Malaysian into space when Malaysia’s inadequate schools could have done with the cash, and arguing about wealth distribution using transparently ridiculous statistics.

That’s not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid).



klik sini untuk keseluruhan artikel.

Menarik!!! sila baca

he..he.he..

Labels: , , ,

..

Tuesday, October 30, 2007

Persoalan Negara: Astronaut ? Astro-not? Astro-nut? Cosmonaut? Cosmo-nut? Cosmo-not? or Comot?


elhias gambar As-Syeikhul-Arqam:
"ekekeke.... susah nak cari astronout yang agak hensyem macam aku ni.
korang cari la kalo dapat... kat amerika ker... kat russia ker... for sure tak dak punya..... confirm!!! advantage gittewww...!! awek tengok caiirrrrrrr wa cakap sama luuuuu... kih! kih! kih!"


Yang dihormati, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakek-kakek, abang-abang yang dikasihi sekalian,

hurmm.......
beginilah (sambil kaca-mata diletakkan di atas meja)

Penghantaran ker angkasa pada kapasiti negara seperti Malaysia tercinta ini,
ada baik dan buruknya,
ada untung, dan ruginya.

baiknya,
adalah sumbangan terhadap ketamaddunan perilmuan pada peringkat tertinggi-duniawi kerana bukanlah suatu yang mudah untuk mencapai, menggapai cita-cita ke-awanan, sayup ke bintang.
sementelahan, lagi peluang ini kemungkinan tidak bisa diperoleh jika Amerika menjadi tunggangan dari segi kenderaan mereka.

Rusia adalah satu-satunya negara sahabat dalam konteks ini. Melepaskan peluang adalah tidak-sama-sekali.

keburukannya timbul apabila sesetengah cendekiawan dan bijakpandai negara selain dalam kelompok disisi kita mempertikaikan tentang pengkajian dari aspek ilmu yang boleh diambil kira dari segi impak, kesan, keefektifan, keefisienan yang wujud dan maujud bagi kebaikan masyarakat Malaysia.

Dalam masa 10 hari, pengkajian apa yang boleh dihasilkan sedangkan pengkajian dalam aspek dan bidang biologi, medisin, perubatan mahupun bidang bioteknologi membutuhkan dalam jarak jangka waktu yang maha-panjang berserta kelengkapan yang sungguh banyak. ditambah lagi dengan hanya orang-bersaorangan dengan kelengkapan kecil, amat terhad tanpa persediaan rapi sebelum itu kerna eksperimenter sedang giat berlatih bagi tujuan latihan fizikal sebelum ke angkasa-luas melepasi bintang-tujuh. Persoalannya, mampukah individu itu membuktikan segala-galanya?

begitu jua jika dinilai dari segi aspek perilmuan dalam bidang kejuruteraan mahupun teknologi yang masing-masing jua membutuhkan masa yang agak panjang. Segala-galanya memerlukan evolusi untuk menampakkan impak dan keberkesanan teori masing-masing.

Astronaut mahupun kosmonaut bagi negara penaja yang terlibat tidak pantas dipertikaikan oleh kita semua kerna mereka adalah sebahagian daripada evolusi pengkajian ilmu aeroangkasa dan kejuruteraan mereka. kemungkinan dalam masa 10 hari tersebut adalah sebagian daripada pecahan-pecahan, gugusan, soroton episod yang lepas-lepas yang berkemungkinan tidak lama lagi bakal menampakkan teori baru dan hasil.

lantaran, maka sebab itulah ada antara masyarakat di negara ini terus-terusan mempertikaikan tentang keterlibatan astronaut kita ke arah dimensa baru itu. dan mempersoalkan terma 'astronaut' kepada dia yang mengharunginya kerna realiti pahit disebabkan "hanya melancong makan angin, peluang mengunyah roti-canai lanjutan daripada gugusan siri cuti-cuti Malaysia" maka Astro-Not, nama diberikan.

Hasil pengkajian tentang virus Aids dan obat bagi penyakit itu selama 10 hari diangkasa terus dinantikan akan jawapannya yang masih belum tiba. Dikhuatiri maksud pengkajian itu hanya mengaburi kita semua bagi membolehkan mendapatkan passport, tiket dan restu.

Walauapa2 pun, elHakim, dalam konteks ini bersikap neutral kerna persoalan tema yang utamanya adalah tentang.......

1. SIAPAKAH ANGKASAWAN PERTAMA, UTAMA DAN TERULUNG DI MALAYSIA?
2. SIAPAKAH SULTAN YANG MELUCUTKAN GELARAN ANGKASAWAN PERTAMA SHEIKHul arqam As-Syeikh el-MUSZAPHAR El-Tajalla Adulyadej At-Thaqafi Askolani?

sehingga kini, nampaknya masih lagi belum terjawab.

Labels: , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker