..

Tuesday, March 03, 2009

Persoalan PRU-13: Akan Berlakukah ?


elhias: orang besar, badan besar. otak ?


Dengarnya, bukan setakat di Perak, malah negeri2 lain di bawah PR juga turut bakal menjadi mangsa. Cuma yang menjadi persoalannya adakah itu sekadar retorik kosong atau suatu ugutan yang bakal berhasil.

Mehnah yang dilakukan oleh pemerintah impaknya bukan sedikit. Walaupun tidak sampai kejadian yang meragut nyawa, tetapi kesan yang ditinggalkan amat mendalam. Dendam kesumat di hati rakyat tiada siapa yang tahu.

Sahihnya, rata-rata bukan Melayu di Perak sudah 'bengang' dengan parti keris dan kompenennya itu. Undi mereka bakal tidak memangkah dacing.

Persoalannya di sini, akan berlaku-kah PRU-13 nanti ?
walaupun jawapan yang diterima: kerja tuhannnnnnnnnnn...

hehe..

Labels: , ,

..

Tuesday, April 01, 2008

Permasalahan Negara: Pilihanraya Kecil DUN-Ijok Menyaksikan Segala-galanya.

Ulangtayang:

Tidak ramai yang tahu bahawa Pilihanraya Kecil DUN-Ijok pada April 2007 sebenarnya mengundang keganasan dan malapetaka kecil di tempat itu.

Polis berat sebelah, terbukti sudah.

Peristiwa Ijok dan Sungai-Darah, memberikan pengertian segala-galanya.

Labels: ,

..

Thursday, February 28, 2008

Persoalan Global: Keajaiban Bermula. Kiamat semakin hampir ?


elhias: The whitest American Black among African-American. Adakah itu punca kemenangan besar Obama-Barrack sebelum ini ? atau dia hanya menumpang populariti kerana hampir menyerupai iras penyanyi MAWI dalam versi tua ?





Elhias: Troops stay in Iraq ? Another silly mistake made by Clinton&Clinton.



hehe..

Gila! sungguh tak percaya, apabila 'nigga' dapat mengalahkan orang kulit-putih di tempat yang mempunyai majoriti penuh orang kulit-putih dalam suatu siri undian di AS baru2 ini.

Rasa macam tak percaya. dan agak gila. Nigger hampir mengalahkan orang-putih dlm pertandingan pemilihan calon presiden AS dari partai Democrats.

Dulu ada juga terdengar nama2 hebat seperti Martin Luther King JR., Malcolm-X dan sen. Jackson. Tapi tak lah sehebat Osama (Obama) ini.

Memang gila kali ini!

Seterus ini, jika terus menang justru dapat merebut gelaran sbg presiden AS berkulit hitam pertama setelah dapat mengalahkan calon Republikan, MEMANG GILA!!! memang gila!!!
ya!!! memang gila... dunia dah gila!!!

Ah! Tak mungkin Nigger boleh jadi president Amerika Syarikat..lambat lagi...
tapi apa jadi kalau memang betul??? si-nigga itu jadi president US kali ini ???

sungguh gila sungguh gila???!!!

kalau betul2 menjadi....

Adakah kegilaan ini dapat memberi kesan kepada pilihanraya Umum di M'sia kali ini?
itulah yang menjadi persoalannya.

he.he.

gila!!! hmm tidak payah memikirkannya lagi. Tidur lagi baik.


elhias: Faktor kekalahan kemungkinan disebabkan bayang2 Clinton dalam diri Hillary. iaitu sex-Scandals dan Adultery. Mungkin juga kewibawaan yang tercemar dgn hujjah2 kurang bijak yang memualkan. atau terlalu 'sexist' ?

Labels: , ,

..

Monday, February 25, 2008

Pertikaian Negara: Kemenangan BN Usahlah disangsi dan dipertikaikan


elhias: bravo...bravo...

Sumber Utusan Malaysia: PM Janji Kabinet Terbaik

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah buat BN kerana belum apa-apa lagi telahpun menang sebanyak 9 kerusi iaitu 7 utk parlimen dan 2 utk negeri.

Walaubagaimanapun aku merasakan terdapat kesilapan typo di situ. Sebenarnya bukan 9, tetapi 90 buah kerusi. Kerana terdapat undi-pos yang aku jamin dari awal lagi telahpun siap-bertanda 100-peratus memihak kepada parti BN pada kali ini. Kepada yang tiada tahu jumlah undi pos kali ini mewakili sebanyak 220 ribu ++ orang pengundi yang mana pada kiraan aku cukup banyak dan boleh menampung jumlah penduduk hampir sebuah negeri.

Pada dasarnya memanglah jumlah undi POS itu berjumlah 220 ribu. Sayugia diingatkan kadang-kadang "magic" bila2 boleh berlaku. Harga barang sedangkan bolehkan naik mendadak, inikan pula setakat undi pos. Tidak mustahil juga undi sebegitu boleh meningkat menjadi 300 ribu dan akan terus meningkat dari masa ke semasa. Bagaimana ia beroleh peningkatannya? Aku pun tak tahu. Kemungkinan 'berkat' kepimpinan ulama'versi Putrajaya bangkali. hehehe..

Aku berasa sungguh teruja apabila Perdana Menteri Malaysia yang tercinta iaitu PM-DS Abdullah Hj Ahmad Badawi tiba2 mengumumkan bahawa beliau berjanji akan membentuk sebuah kabinet terbaik apabila diberi mandat oleh rakyat sebaik sahaja parti beliau menang dalam PU Ke-12 nanti. Bagi aku, kemenangan tersebut sudahpun pasti. Walaubagaimanapun sukacita dimaklumkan di sini aku hanya meneka, tuhan sahaja yang menentukannya.

Bercakap mengenai 'MAKSUD' kabinet terbaik yang dilaung-laungkan oleh PM tercinta semalam, aku hanya membayangkan sebuah-kitchen kabinet yang terbaik yang bakal diletakkan di dapur PM di kediaman rasminya di Putrajaya. Kerna apa? Sudah tentu kitchen kabinet beliau adalah jenis yang paling terbaik. Kerna lazimnya, Perdana Menteri sesebuah negara sudah pasti mempunyai kitchen kabinet dan dapur untuk memasak dari jenis yang paling terbaik.

Labels: , , ,

..

Friday, January 04, 2008

Permasalahan Bangsa: ....Dan akhirnya Takdir Jua yang Bertakhta.......





pilihanraya bakal tiba.

pihak kerajaan bertungkus lumus meraikan kempen dengan memertabatkan BPR seberapa segera. Tampak lakonan dan ke-entahapa-hapaan jelas terpampang di mata.
Segala-galanya sangat sumbang amat jelas ketara.
Jelas maksudnya sang-pemimpin teringin menjadi sultan-beraja?
Mengekalkan ketrampilan demokrasi ala-tentera ?
Hanya dapat dikesan dek manusia yang berfikiran terbuka sahaja.

=================

pembangkang lain pula ceriteranya. sesetengah golongan amat mengingkari kontrak-sosial perlembagaan negara.
Ingin menghapuskan terus nusa pertiwi dan hak bonda tercinta. mengapri-siasikan sistem dimerit yang amat pahit mencuka.
Bagi bangsa yang selama-lamanya belum bersedia. siapa yang rugi akhirnya. ditakuti hak bangsa kita bakal lenyap selama-lamanya.


....dan akhirnya takdir jua yang bertakhta..... ?


nukilan elhakim Jan 2008.

Labels: , ,

..

Tuesday, November 13, 2007

Permasalahan Mentaliti Bangsa: Sketsa suatu Pilihanraya




pilihanraya demokrasi "bersyarat" malaysia kedengaran semakin hampir. Petanda2 akhir pilihanraya adalah melaporkan kesemua kawasan jajahan takhluk parti memerintah berkeadaan sangat baik. Gejala dan mes-elah2 sosial di kawasan-kawasan titik-merah seperti Kuala Lumpur, Subang Jaya dan JB dalam media-arus-perdana hampir tidak kedengaran.

Ini Termasuk laporan ekonomi yang semakin kukuh walhal dalam masa yang sama kekukuhan ekonomi Malaysia dilaporkan tiada mampu untuk menampung kos bagi meringankan beban rakyat. Ini termasuk berpuluh2 tol di ibu negara akan naik secara mendadak termasuk tiada subsidi dipertingkatkan untuk gas dan petrol.

Loopholes, jika wujud, terpaksa ditutup rapi. Biarpun utk seketika.

Itu cuma laporan berteraskan 'maknawi' atau logikal (spt di atas). Bukannya secara Hakiki atau fizikal.

Akan tetapi...

Nun jauh di sana, berhadapan dengan gerai makcik simpang beberapa loopholes jalan persekutuan sedang diturap-rapi untuk menampung lelobang yang wujud di sana-sini.

Anehnya,

Jalan2 yang diturap seolah-olah berkompromi dengan kerajaan. Cukup setahun,-genap, selepas pilihanraya, jalan itu akan lelobang balik. Untuk ditunggu 4 tahun dibaiki semula.

begitulah seterusnya kitaran itu, mengikut pusingan waktu.
Suatu kitaran cukup boleh mengalahkan pihak pembangkang. Mengikut perkiraanku.

he.he.he.


Labels: , ,

..

Tuesday, October 02, 2007

Permasalahan Demokrasi Negara: Teka Teki dan Pilihanraya


Sesetengah suara daripada partai pembangkang se-malaysia meneka dalam kesamaran tentang ramalan tarikh pilihanraya ke-12 Malaysia adalah pada Mac 2008.

mmmm....kah kah kah..

Kesian sungguh... Boleh jadi ia betul. dan boleh jadi ia tidak. Apa-apapun aku tidak berani mengatakan samada ia benar atau salah kerna ia bukan sesuatu yang mudah diduga dan sementelahan itu, aku pun bukan seorang ahlil-Nujum.

Aku cuma menulis dengan menggunakan kuasa-logik dalil el-aqli aku sahaja. Pada aku, apa-apapun pilihanraya dibuat adalah berdasarkan pungutan-suara yang dibuat di kawasan-kawasan kampung, kawasan2 luar bandar baik di Semenanjung, mahupun Sabah dan Sarawak baik secara terbuka mahupun rahsia.

Selagi pungutan suara secara rahsia yang dijalankan oleh orang-orang Kementerian dan Jabatan Penerangan, polis2 SB, pakar2 mathematician/pakar statistik Negara yang pro-Kerajaan, Petugas-petugas Khas penyokong-Kerajaan, dan juga junta-junta unit gempur Ammeno (Umno), masih gagal memperoleh jumlah undian yang memihak kepada kerajaan, maka selagi itulah Pilihanraya pasti tidak akan diumumkan. Jika diumumkan juga, maka pihak kerajaan maknanya sudahpun tiada pilihan dan terpaksa berhadapan dengan risiko 50 - 50. Pejam mata...dan buat keputusan!!!


Buat masa ini, pihak partai yang memerintah sedang sibuk merangka pelan kontingensi, dan strategi untuk memenangi hati rakyat. Berbagai bentuk dan jenis gula-gula diberikan kepada kita semua agar sedap dikunyah sehingga pilihanraya diumumkan dan seterusnya dilaksanakan.

Walaubagaimananapun kali ini gula-gula itu ada sa-dikit pahit. Kejap manis. Kejap pahit. Kejap manis. kejap pahit.

Maksudku walaupun kenaikan gaji kakitangan awam diluluskan mahupun yuran-yuran persekolahan budak2 dimansuhkan tetapi kenaikan-kenaikan barangan-barangan lazim dapur secara tidak diduga naik mendadak sudah tentu menimbulkan kesan yang negatif pada bakal si-pengundi.

Tak tahulah bagaimana kerajaan akan cuma memulihkan situasi seperti ini nanti. dan yang paling buruknya adalah ura-ura kenaikan bahan-bakar iaitu gas-dapur dan kenaikan tol pada tahun hadapan yang mungkin tidak dapat dielakkan lagi.


Nampaknya kali ini kerajaan kita (yang pro kepada bangsa-cina dalam sesetengah aspek) terpaksa bermain teka-teki lagi.

Pada pendapat aku, penetapan tarikh pilihanraya di Malaysia ini boleh diumpamakan sebagai penetapan tarikh peperiksaan bagi seseorang guru, dalam sesebuah kelas yang mempunyai sa-orang murid yang telah dipilih-kasih sehingga murid2 yang lain menjadi cemburu dan berasa tidak senang hati.


Selagi murid-kesayangan tersebut tidak bersedia dalam matapelajaran yang diajar oleh guru tadi, maka selagi itulah tarikh ujian akan ditunda sehingga murid tersebut mahir dalam matapelajaran tadi. Itupun setelah tips dan trick diberi secara rahsia kepada murid kesayangan tadi semoga murid tersebut mendapat kelebihan berbanding dengan para pelajar lain.


he..he..he..

nota: elhakim, tak baik menuduh. berdosa!!! tak ada bukti!!! elhakim: Ya ker berdosa? tak perlah... biar aku berdosa. tidak mengapa itu.

Labels: , , , , , , ,

..

Tuesday, August 28, 2007

Permasalahan SPR: Umumkanlah dan declarelah cepat-cepat!


Hehehe…

Mungkin Banyak sangat di dalam Malaysia ini yang menjadi teka-teki bagiku. Terutama tentang pilihanraya yang bakal diadakan mungkin tidak lama lagi. (siapa yang boleh teka).

Bila soalan bilakah tarikh pilihanraya diadakan? Semuanya geleng kepala. Tandanya hanya kepala kerajaan tertinggi di Malaysia saja yang berhak mengetahuinya dan mendifinasikannya.


Inilah yang menjadi misteri bagiku.


Entah apa faedahnya melewatkan pengumuman dan perkhabaran tentang tarikh sebenar pilihanraya ? aku pun tak tahu (walaupun aku tahu. He.he.he..)


Kalau boleh, biar hari ini pilihanraya, maka ini jam juga pengumuman dibuat kepada orang ramai. Supaya semua orang terkanjat dan terperanjat beruk.


Kalau boleh biar semua orang tidak payah mengundi. Biar hantu jer yang mengundi.


Bagi aku, kerajaan memerintah tidak berapa kisah jika tiada orang hendak mengundi kerna bagi mereka pengundi-pengundi hantu pun sudah mencukupi.



Tak kisahlah sama ada dakwat India, dakwat Cina ker… apa apa pun esok nak pilihanraya, hari ni baru diumumkan.


He..he.he.


Lain pula halnya tentang pembukaan tender berbaur ali-baba yang bernilai berjuta-juta dolar mahupun berbilion-billion ringgit Se-Malaysia.


Belum sempat hendak buka mulut, awal-awal lagi pihak authority dah declare bahawa pada tarikh sekian-sekian tender tersebut telahpun dimiliki. Siap dengan pembuktian sekali .


Di situ kelihatan betapa telus dan adilnya serta cekapnya pihak authority mahupun pihak yang berwajib menjalankan tugasnya. Syabas!! ! Begitulah yang rakyat hendak. Iaitu kerajaan yang telus, adil, cekap serta penjadualan kerja yang tidak bertangguh-tangguh.


Seperti biasa lagu tema yang sama juga berkumandang daripada Iklim


….Ku semai budi ku siram Kasih Sejati…

Harapkan subur murni… Rupanyaa…..

….TAK MENJADIII…..


Sebut saja rangkap terakhir….


“TAK MENJADIIII…..”

Harus gigi penyanyi tersebut digertap rapat-rapat tanda geram.


Bait dan rangkap tersebut menjadi panjang menjadi…


“tak menjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..”


Begitulah adanya…


Sekian, terima kasih.

Labels: , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker