..

Monday, February 25, 2008

Pertikaian Negara: Kemenangan BN Usahlah disangsi dan dipertikaikan


elhias: bravo...bravo...

Sumber Utusan Malaysia: PM Janji Kabinet Terbaik

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah buat BN kerana belum apa-apa lagi telahpun menang sebanyak 9 kerusi iaitu 7 utk parlimen dan 2 utk negeri.

Walaubagaimanapun aku merasakan terdapat kesilapan typo di situ. Sebenarnya bukan 9, tetapi 90 buah kerusi. Kerana terdapat undi-pos yang aku jamin dari awal lagi telahpun siap-bertanda 100-peratus memihak kepada parti BN pada kali ini. Kepada yang tiada tahu jumlah undi pos kali ini mewakili sebanyak 220 ribu ++ orang pengundi yang mana pada kiraan aku cukup banyak dan boleh menampung jumlah penduduk hampir sebuah negeri.

Pada dasarnya memanglah jumlah undi POS itu berjumlah 220 ribu. Sayugia diingatkan kadang-kadang "magic" bila2 boleh berlaku. Harga barang sedangkan bolehkan naik mendadak, inikan pula setakat undi pos. Tidak mustahil juga undi sebegitu boleh meningkat menjadi 300 ribu dan akan terus meningkat dari masa ke semasa. Bagaimana ia beroleh peningkatannya? Aku pun tak tahu. Kemungkinan 'berkat' kepimpinan ulama'versi Putrajaya bangkali. hehehe..

Aku berasa sungguh teruja apabila Perdana Menteri Malaysia yang tercinta iaitu PM-DS Abdullah Hj Ahmad Badawi tiba2 mengumumkan bahawa beliau berjanji akan membentuk sebuah kabinet terbaik apabila diberi mandat oleh rakyat sebaik sahaja parti beliau menang dalam PU Ke-12 nanti. Bagi aku, kemenangan tersebut sudahpun pasti. Walaubagaimanapun sukacita dimaklumkan di sini aku hanya meneka, tuhan sahaja yang menentukannya.

Bercakap mengenai 'MAKSUD' kabinet terbaik yang dilaung-laungkan oleh PM tercinta semalam, aku hanya membayangkan sebuah-kitchen kabinet yang terbaik yang bakal diletakkan di dapur PM di kediaman rasminya di Putrajaya. Kerna apa? Sudah tentu kitchen kabinet beliau adalah jenis yang paling terbaik. Kerna lazimnya, Perdana Menteri sesebuah negara sudah pasti mempunyai kitchen kabinet dan dapur untuk memasak dari jenis yang paling terbaik.

Labels: , , ,

5 Comments:

Blogger rastom said...

Tun el-Hakim el Ke Soi Lekkan,

Tiada apa yang harus digusarkan jika difahami sosok sosiologi el melayuwiyeen yang dari dulu, kini dan selamanya meletakkan mana mana pemimpin itu sebagai berstatus Dewata yang mewakili Tuhan dari langit. Biarpun mereka ada salah, suka tidur atau pembohong, mereka adalah al Mutawakkil bilLah. Jangan sesekali kau menyuruh mereka menukar pemimpin kerana itu adalah sama seperti kau menyuruh mereka menukar agama mereka.

4:07 AM  
Blogger Elhakim said...

el-maharaja el-rastom jundullah al-tomyam,

he.he.

aku ingatkan aku sorang saja berfikiran begitu. malah kau jua.

mungkin aku hanya bertemankan hy sebuah komputer saja bangkali.

he.he..he.

4:28 AM  
Blogger the indie story said...

Salam Bomoh Artis Rastom dan Tuan Hakim Makhamah RAYUAN el-RAstom wal undiposilah.

Aku sekadar ingin bertanya kpd kamu dan Bomoh Artis RAstom, satu persoalan yang selalu mengaruk fikiran ku bila tiba hari bendera parti di pasang diatas pokok.

Jika kalian ditakdirkan mati, siapakah yang kalian mahu untuk menjadi Imam Solat Jenazah kalian?

a)Tok Guru Nik Aziz

b)Dollah Badawi

c)Anwar Berahim

Confirm aku tak pilih Dollah Badawi jadi imam, takut dia tertido masa tengah sembahyang.

huaahuaahuaaa...

p/s : persoalannya jika mahu tok guru dlm soal akhirat, mengapa pula tidak mahu mengikut beliau dlm soal duniawi. Aku harap Bomoh Artis Rastom punya jawapan.

11:49 PM  
Blogger Mak Su said...

saya teringin nak cari kabinet yg terbaik untuk ditaruh kat bilik saya

1:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

elmaksu,

he.he. mesti ada gambar macam tu...

6:22 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker