..

Tuesday, March 03, 2009

Persoalan PRU-13: Akan Berlakukah ?


elhias: orang besar, badan besar. otak ?


Dengarnya, bukan setakat di Perak, malah negeri2 lain di bawah PR juga turut bakal menjadi mangsa. Cuma yang menjadi persoalannya adakah itu sekadar retorik kosong atau suatu ugutan yang bakal berhasil.

Mehnah yang dilakukan oleh pemerintah impaknya bukan sedikit. Walaupun tidak sampai kejadian yang meragut nyawa, tetapi kesan yang ditinggalkan amat mendalam. Dendam kesumat di hati rakyat tiada siapa yang tahu.

Sahihnya, rata-rata bukan Melayu di Perak sudah 'bengang' dengan parti keris dan kompenennya itu. Undi mereka bakal tidak memangkah dacing.

Persoalannya di sini, akan berlaku-kah PRU-13 nanti ?
walaupun jawapan yang diterima: kerja tuhannnnnnnnnnn...

hehe..

Labels: , ,

..

Thursday, March 06, 2008

Permasalahan: Kena simbah cat ? hehe..




hehe...

Rumah pengerusi SPR disimbah cat merah ?

hehe.. ye ker ? tak tipu ker ?

he.he.

Walaupun begitu, aku tak dapat membuat kesimpulan apakah perbuatan menyimbah cat itu mempunyai kaitan isu keengganan SPR meluluskan penggunaan dakwat India sempena PU-12 ini.

hehe...

tak silap aku kod perbuatan-khianat menyimbah cat berwarna merah itu bermaksud si-mangsa yang diisimbah itu MUNGKIN mempunyai tunggakan hutang yang tidak diperjelaskan ataupun mempunyai masalah dengan pihak gangster atau kongsi-gelap.

Aku berseru pada pihak berwajib supaya pergi menyiasat perkara ini.

Manalah tahu jika Pak-Rashid, Pengarah SPR tersebut mempunyai masalah keberhutangan yang serius dengan along-along atau mana-mana kaki-pukul di negara ini.

hehe..
bukannya apa,
manusia berbangsa Melayu, yang mempunyai otak yang MAHA sengal lagi banal ini, yang mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam sesuatu organisasi selalunya suka sangat BERMEWAH-MEWAH dengan berhutang atau membuat pinjaman.

Memang sifat-semulajadi otak-Banal bangsa Melayu telahpun ditakdirkan begitu iaitu suka sangat berhutang dan meminjam dalam kadar yang banyak diluar kemampuan diri sendiri demi untuk kemewahan hidup dan berlumba2 menayang kekayaan masing2 (padahal bukan ahli-perniagaan yang berjayapun) . Tambah-tambah lagi jika profession seseorang itu adalah sebagai pegawai tinggi dalam sesuatu organisasi kerajaan. Semakin tinggi jawatan yang dipegang, semakin tinggilah jumlah 'kerak' dan hutang yang perlu dilangsaikan.

Ironinya, bangsa Melayu ini suka sangat berhutang dan membuat pinjaman. Tetapi apabila bab-bab melangsaikan balik hutang ni, bangsa Melayulah yang paling sengal dan malas membayar-balik. Tambah-tambah lagi jika seseorang itu yang berprofession paling-tinggi, "MAKAN-GAJI" dan berselera agak besar dalam sesuatu organisasi kerajaan.

hehe..

atau...


suatu HOAX ???

Labels: , ,

..

Tuesday, March 04, 2008

Permasalahan SPR: Antara kredibiliti dan keBANALan


elhias: waaah... hensem la lu ...gigi puteehh!!!


he..he..

Tak tau la aku..

Daripada Pengarah-Besar Suruhanjaya-Pilihanraya-Malaysia (SPR) Mengeluarkan idea-idea yang agak super-BANAL, adalah lebih baik supaya beliau memaklumkan secara besar-besaran kepada anak2 buahnya supaya membetulkan segala kesilapan-kesilapan yang banal juga (jika terbukti wujud)

Tak taulah aku jika terdapat 11 orang (mungkin lebih) di Malaysia ini yang telahpun berumur lebih 120-tahun. Ingin juga aku berjumpa dan bersemuka dengan mereka dan bertanyakan apakah rahsia untuk berumur panjang. Kalau boleh, panggilah World Guiness Book of Records agar mereka diberi perhatian yang sewajarnya.

Berikut adalah manusia2 yang telah lahir pada tahun 1880-an dan masih sihat dan boleh mengundi:

801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365

sila masukkan no. kp tersebut melalui URL SPR-online di bawah:

1. http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
2. http://202.190.126.62/

Lihat tahun bila mereka dilahirkan. Yang paling muda jika dihitung adalah berumur 124-tahun.

Sepatutnya kesilapan perkara-perkara sensitif yang boleh mendatangkan fitnah ini, tidak sepatutnya wujud. Bagaimana laa.. kesemua rakyat nak yakin dengan sistem yang ada.

Kebetulan pengarahnya pula selalu 'acting' macam BAGOSSSS!!!
Kalau betul-betul bagus tak apa. Dan itulah punca permasalahannya


akhir kalam,

hidup Ghafar Baba!!!
hidup Ghafar Baba!!!
hidup Ghafar Baba!!!

"Gemilang Cemerlang Tembelang"


nota: Kemungkinan SPR akan membetulkan tahun kelahiran tersebut apabila orang-ramai membuat aduan yg telah dikemukakan 3 bulan lepas.


Labels: , , ,

..

Monday, February 25, 2008

Pertikaian Negara: Kemenangan BN Usahlah disangsi dan dipertikaikan


elhias: bravo...bravo...

Sumber Utusan Malaysia: PM Janji Kabinet Terbaik

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah buat BN kerana belum apa-apa lagi telahpun menang sebanyak 9 kerusi iaitu 7 utk parlimen dan 2 utk negeri.

Walaubagaimanapun aku merasakan terdapat kesilapan typo di situ. Sebenarnya bukan 9, tetapi 90 buah kerusi. Kerana terdapat undi-pos yang aku jamin dari awal lagi telahpun siap-bertanda 100-peratus memihak kepada parti BN pada kali ini. Kepada yang tiada tahu jumlah undi pos kali ini mewakili sebanyak 220 ribu ++ orang pengundi yang mana pada kiraan aku cukup banyak dan boleh menampung jumlah penduduk hampir sebuah negeri.

Pada dasarnya memanglah jumlah undi POS itu berjumlah 220 ribu. Sayugia diingatkan kadang-kadang "magic" bila2 boleh berlaku. Harga barang sedangkan bolehkan naik mendadak, inikan pula setakat undi pos. Tidak mustahil juga undi sebegitu boleh meningkat menjadi 300 ribu dan akan terus meningkat dari masa ke semasa. Bagaimana ia beroleh peningkatannya? Aku pun tak tahu. Kemungkinan 'berkat' kepimpinan ulama'versi Putrajaya bangkali. hehehe..

Aku berasa sungguh teruja apabila Perdana Menteri Malaysia yang tercinta iaitu PM-DS Abdullah Hj Ahmad Badawi tiba2 mengumumkan bahawa beliau berjanji akan membentuk sebuah kabinet terbaik apabila diberi mandat oleh rakyat sebaik sahaja parti beliau menang dalam PU Ke-12 nanti. Bagi aku, kemenangan tersebut sudahpun pasti. Walaubagaimanapun sukacita dimaklumkan di sini aku hanya meneka, tuhan sahaja yang menentukannya.

Bercakap mengenai 'MAKSUD' kabinet terbaik yang dilaung-laungkan oleh PM tercinta semalam, aku hanya membayangkan sebuah-kitchen kabinet yang terbaik yang bakal diletakkan di dapur PM di kediaman rasminya di Putrajaya. Kerna apa? Sudah tentu kitchen kabinet beliau adalah jenis yang paling terbaik. Kerna lazimnya, Perdana Menteri sesebuah negara sudah pasti mempunyai kitchen kabinet dan dapur untuk memasak dari jenis yang paling terbaik.

Labels: , , ,

..

Sunday, January 06, 2008

Pertikaian Permasalahan Negara: Oh Petrol! Oh Minyak Sawit!


elhias: nak muntah dengar pasal masalah minyak masak. macam masalah petrol pulak.

he..he.

Pelikkan? sekarang adalah tahun baru 2008. Harga minyak se-tong di pasaran global adalah 100 US Dollar. meningkat mendadak.

Tapi harga petrol di Malaysia terus kekal. Tidak naik.

Jangan perasan. Sebenarnya Pilihanraya Belum lagi. he..he.e.

sorry aku tiada berminat untuk bercerita pasal petroleum sebab ia bukan makanan aku.
Nak cerita sikit pasal minyak masak. Sebab pagi tadi ternampak satu-tong minyak masak kat gerai-simpang.

=============

entahler...

sifat negatif aku kadangkala menyangkal dan agak kurang percaya dengan kewujudan permasalahan kekurangan bekalan minyak masak berjenis sawit. Rasa-rasa masalah ini diwujudkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab2 politik bangkali, fikirku.

Ada sesetengah pihak dalam hal ini, cuba menjadi hero. Dalang pun dia. Aku mengesyaki sahaja.

Ada persamaan juga dengan kes kenaikan TOL di Subang Jaya tidak lama dahulu. Kenaikan itu menjadikan bayaran tol naik daripada RM 1/= kepada RM 1.50/=. Ramai protest. Tiba2 ada jagoan bergelar mamak menurunkan kembali bayaran tersebut. Ia kekal kepada RM 1/=.

Mamak tadi tiba2 menjadi pendekar dan disanjung tinggi. Padahal kemungkinan sykt dia yang mengusulkan kenaikan sebelum itu.

Dia yang menaikkan dan dia juga menurunkan. Demi untuk menjadi hero.

Dalam kes minyak masak pun begitu juga. Sudah pasti badan dan organisasi yang berjaya menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak ini akan bergelar hero dan disanjung tinggi. Sudah semestinya organisasi tersebut adalah pihak berkuasa dan berwajib.

Lagi kredit untuk pihak yang berwajib yang sudah pasti di-war-warkan di media massa jika masalah itu dapat diselesaikan. pilihanraya makin hampir.

he.he.he.

Bukannya apa, pada malam ini, tiba2 aku terfikir bahawa minyak masak berlandaskan sawit bukannya suatu kegunaan global untuk seantero dunia. he..he.

Tidak layak.

Tidak layak ia disamakan dengan petroleum.

ada juga pihak menangguk di air yang keruh menggunakan ke-populariti permasalahan petroleum untuk disabitkan dengan masalah kekurangan minyak masak semata2 utk mencipta nama dan menaikkan populariti golongan mereka yang agak menurun (agaknya)

syabas!! ramai tertipu.

kalau betul. sorry la yer.. minta maaf. aku pun x tahu.
makan saja aku tahu.

he..he.he.

Labels: , , ,

..

Friday, November 16, 2007

Persoalan Tarikh Pilihanraya: Masih lagi Berahsia? Suka Hati Kamu laa..


elhias: sorry la shit, tak sengaja naa...


"saya tidak larat menipu untuk mengatakan bahawa tarikh pilihanraya tidak saya ketahui. Tarikh pilihanraya, sebenarnya ada pada saya. Dan saya telahpun memberi amaran bahawa pilihanraya boleh dijalankan pada bila-bila masa saja."

Begitulah potongan ringkas kenyataan pengarah SPR yang kendengaran seperti budak-budak baru hendak mengenali erti cinta, yang selalu berdolak-dalik setelah tamatnya peperiksaan SRP suatu ketika dulu.

Entah apa keramatnya tarikh pilihanraya, aku pun tidak tahu. Sesuatu yang melibatkan orang ramai tetapi masih lagi dirahsiakan.

selalunya jika kita berahsia sangat, sudah tentu ia mengandungi banyak kecacatan. Kerana selalunya bangsa Melayu tidak dapat menahan sabar untuk menghebohkan sesuatu perkara jika perkara tersebut adalah perkara baik (common-trait, Malaysian-Malays-characteristics). Cuma apabila terdapat cacat-cela barulah seseorang itu berdolak-dalik dan "malu-malu-khindzir" untuk menghebahkannya.

Apabila kita tahu, tapi tak mahu memberitahu samalah dengan:

1. tahu. tapi tak tahu.
2. tak tahu. tapi buat-buat tahu
3. tahu. tapi bersyarat.

yang no. 1 dan 2. tu boleh tolak ketepi sebab kedengarannya agak terlalu bodoh dan keanak-anakan.

Aku suka membuat kenyataan untuk no. 3 bagi serkap-jarang aku.

Aku andaikan bahawa sebenarnya pilihanraya tersebut telahpun ditetapkan pada 5 tarikh-berasingan yang mana kelima-lima tarikh tersebut mempunyai beberapa advantage kepada pihak-pencadang dan bukannya pihak pembangkang.

advantage2 tersebut adalah:

1. semasa kebanyakan ummat Islam yang berbangsa Melayuwiyuun yg mungkin lesap. tak tahu ke mana. kemungkinan besar pergi menunaikan fardhu haji. Kerajaan mentafsirkan bahawa kebanyakan yang pergi haji ini adalah ahli2 parti pihak pembangkang. Dalam konteks ini, ahli2 DAP di bawah pengaruh, Lim Kit Siang.

2. tarikh bersiap-sedianya bagi toyol-toyol upahan luar-negara yang menjanjikan kuasa pendamping dan kuasa tambahan untuk sesetengah pemimpin parti pemerintah yang mempunyai pengaruh yang agak kuat di beberapa lokasi strategik, jika terdapat sebarang kemungkinan berlaku, khidmat toyol2 luar ini akan segera dilancarkan.

3. menggunakan khidmat gegelung/iteration spt "while-loops, do-while atau repeat-until" seolah2 spt dalam bahasa Pengaturcaraan C atau C++

dengan pseudo-kodnya adalah seperti berikut:

While {
gula-gula kerajaan kurang-manis di hati rakyat

repeat-campaign until kerajaan berpuas-hati
}


repeat {

maniskan gula2 yang pahit
}
until rakyat berpuas-hati

4. Cuba mencari helah bagi mengelakkan tuntutan2 pihak pembangkang seperti mencadangkan penggunaan dakwat-india semasa sesi memangkah calon atau perkara2 yang seumpamanya.


5. Jika beberapa lokasi strategik di seluruh negara masih lagi tidak memberi laluan untuk ahli2 pihak-pencadang yang berlabel "hot-shot" bagi kemenangan yang memberangsangkan melalui pungutan suara berahsia dengan menggunakan kaedah sampel berstatistik.


6. Memberi masa dan bantuan teknikal untuk memperkasakan dan meng-angkasa-kan UNDI-POS. Satu-satunya senjata paling ampuh yang terlalu banyak berjasa untuk kemenangan pihak PENCADANG (bukan pembangkang)


7. miscellaneous-1. Contohnya construction plan2 kontigency apa yang perlu dibuat jika pihak pembangkang menang secara mutlak dalam pilihanraya ini. Adakah perlu dilakukan seperti mana 13 Mei 1969? Junta tentera ? huru-hara ? atau mahkamah mengumumkan sesuatu ?


8. miscellaneous-2. Mencari kelemahan dan taktik untuk memperburukkan partai2 pembangkang dalam saluran-saluran informasi perdana. Semakin lama pilihanraya ditangguh, kot-kot ada masa, di mana ketikanya pihak pembangkang melakukan suatu kesilapan yang besar. Maka ia akan segera diheboh-heboh. Ini juga dikenali sebagai mencari salah dan silap pihak-lawan.


9. Miscellaneous-3 Apa-apa jer la..suatu taktik yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar pegawai2 kerajaan yang tidak berkenaan.



Dengan ini, selagi kesembilan2 perkara tersebut tidak sempurna, maka tarikh pilihanraya akan dianjak dari suatu tarikh ke suatu tarikh yang lain sehingga parti-pencadang dan kerajaan berpuashati 100-peratus.


Maka...... tidak pelik jika pihak pencadang menang-besar dgn majoriti lebih daripada 2/3 kerusi parlimen untuk PU kali ini. Tapi kalau kalah. Malu besar!!!

Malu besar bukannya apa, ibarat tiang gol acapkali dialihkan, tapi pemain masih gagal menjaringkan sebarang gol.

he.he.he.

apa-apapun, cuma catitan peribadi-syok-sendiri aku jer...
saja jer... ntah2 ada yang betul. Mana tau? Syok tau, kalau main teka-teki sorang-sorang ni. Rasa thrilllllll

Labels: , ,

Online Users
eXTReMe Tracker