..

Sunday, January 06, 2008

Pertikaian Permasalahan Negara: Oh Petrol! Oh Minyak Sawit!


elhias: nak muntah dengar pasal masalah minyak masak. macam masalah petrol pulak.

he..he.

Pelikkan? sekarang adalah tahun baru 2008. Harga minyak se-tong di pasaran global adalah 100 US Dollar. meningkat mendadak.

Tapi harga petrol di Malaysia terus kekal. Tidak naik.

Jangan perasan. Sebenarnya Pilihanraya Belum lagi. he..he.e.

sorry aku tiada berminat untuk bercerita pasal petroleum sebab ia bukan makanan aku.
Nak cerita sikit pasal minyak masak. Sebab pagi tadi ternampak satu-tong minyak masak kat gerai-simpang.

=============

entahler...

sifat negatif aku kadangkala menyangkal dan agak kurang percaya dengan kewujudan permasalahan kekurangan bekalan minyak masak berjenis sawit. Rasa-rasa masalah ini diwujudkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab2 politik bangkali, fikirku.

Ada sesetengah pihak dalam hal ini, cuba menjadi hero. Dalang pun dia. Aku mengesyaki sahaja.

Ada persamaan juga dengan kes kenaikan TOL di Subang Jaya tidak lama dahulu. Kenaikan itu menjadikan bayaran tol naik daripada RM 1/= kepada RM 1.50/=. Ramai protest. Tiba2 ada jagoan bergelar mamak menurunkan kembali bayaran tersebut. Ia kekal kepada RM 1/=.

Mamak tadi tiba2 menjadi pendekar dan disanjung tinggi. Padahal kemungkinan sykt dia yang mengusulkan kenaikan sebelum itu.

Dia yang menaikkan dan dia juga menurunkan. Demi untuk menjadi hero.

Dalam kes minyak masak pun begitu juga. Sudah pasti badan dan organisasi yang berjaya menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak ini akan bergelar hero dan disanjung tinggi. Sudah semestinya organisasi tersebut adalah pihak berkuasa dan berwajib.

Lagi kredit untuk pihak yang berwajib yang sudah pasti di-war-warkan di media massa jika masalah itu dapat diselesaikan. pilihanraya makin hampir.

he.he.he.

Bukannya apa, pada malam ini, tiba2 aku terfikir bahawa minyak masak berlandaskan sawit bukannya suatu kegunaan global untuk seantero dunia. he..he.

Tidak layak.

Tidak layak ia disamakan dengan petroleum.

ada juga pihak menangguk di air yang keruh menggunakan ke-populariti permasalahan petroleum untuk disabitkan dengan masalah kekurangan minyak masak semata2 utk mencipta nama dan menaikkan populariti golongan mereka yang agak menurun (agaknya)

syabas!! ramai tertipu.

kalau betul. sorry la yer.. minta maaf. aku pun x tahu.
makan saja aku tahu.

he..he.he.

Labels: , , ,

8 Comments:

Blogger the indie story said...

Assalamualaikum Profesor Emeritius Ustaz el Hakim al faruQi.

Konspirasi kehilangan berplastik -plastik Minyak Masak cap Kepala Sawit betul-betul buat darah aku menyirap-nyirap.

2 malam lepas aku cuba cari kat Giant, pun sudah Yeeleeekkk! Dengan perasaan macam nak lakukan 'Amuk' terpaksalah juga aku membuat pilihan samada nak beli minyak masak carnola, bungamatahari atau aku akan goreng telur mata kerbau pakai Minyak Cap Kapak. (akan tetapi isteri akau cakap lebih baik guna Minyak Gamat, murah sikit....hehehee). Tapi mengenangkan yang aku ni manusia yang lebih waras daripada itu Chua Soi Lek maka akal aku terpaksa memilih minyak masak bersumberkan Bunga Matahari.

Tapi mata aku aku terus terbelalak bila melihat dia punya harga. RM 15 untuk 2 kG....aku rasa nak masak telur kat atas jalan tar depan rumah guna kuasa Solar Matahari dengan bantuan teknikal Gaban sepantas 0.005 saat.

Tuen Profesor emeritius Tuen el Hakim, apapun aku ingin ucapakan tahniah kerana berani membawa masalah rakyat marhain. Abu Rastom al Mazhab musti bangga dengan anak didiknya...heheeeh.

12:49 AM  
Blogger rastom said...

el sahibus samaahah el moderator dan juga Dato Seri Panglima Harimau Berantai emas zhulian el hakim!

ana mau latih para sahabat sekalian amal makanan rebus-rebus dan bakar-bakar. Lama lama kita boleh lupakan itu kepalawasit. Ama ba'du, jika perlu juga, kita simpan satu silinder minyak el zaitun yang diimportlah, kasi jana income sama negara negara Timur tengah dan juga Itali hehehehe, minyak zaitun boleh bikin kulit kita licin dan awet muda macam bintang filem dan bolasepak Itali..hahahah!

12:59 AM  
Blogger Mak Su said...

kuang kuang kuang... kita gaks yg tertangguk

2:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam
Tn Elrastom D'moyo and Tn Elmoderator,

ntahlerr...

Malaysia ni semuanya shortage.
dulu masa sukan komanwel, air pun shortage. kena catu.

Jadi peng-eksport minyak sawit pun shortage.

he..he..

8:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam
El-Maksu
he..he.. apa yang tertangguk tu ?

8:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

minyak masak kurang di pasaran? ..semalam saya cakap kat suami, sekarang ni kena kurangkan pgunaan minyak. masak yang rebus2 je. banyak penyakit kalau makan makanan berminyak.

dia- ambil yang positif jek...he..he

12:48 AM  
Blogger the indie story said...

Assalamualaikum Shaykh el hakim,

Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga berbahagia disamping keluarga.

Jom kita lihat citer terbaru tentang Abu FurQaan...dan foto GEMPAAARRR anak kandungnya yang telah dikenal pasti melalui proses ujian DNA TEST...Abu Mazhab. 100% tulen!

check it out bro'...http://theindiestory.blogspot.com

10:20 AM  
Blogger azeel said...

el hakim,

kamu cerita lagi tentang minyak ...

adakah :

kamu mahu membuka stesen petrol yg baru di lebuhraya baru klia?

atau

kamu sudah mendapat tanah seluas 300 hektar untuk perladangan kelapa sawit?

atau

kamu sudah mula menjadi petrol sebagai minuman ragi?

hihihihi ...sekadar bercanda, sahabatku ...

3:56 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker