..

Thursday, December 20, 2007

Permasalahan Bangsa: Pengkhianatan 'Mereka' dan Melayu sebagai Mangsa


elhias : Potret Abdullah Munsyi/ Munshi (Gu Ru/ Che' Gu) Abdullah ( The Son of Abdul Kadeer/Kadir)

yennadeii ? chitt!!! Pengiktirafan British ke atas sasaorang Muslim sudah semestinya mempunyai seseuatu di sebaliknya. Samalah dengan konsep pengiktirafan Presiden George W. Bush ke atas Malaysia sebagai sa-buah negara Islam yang sebenar (he..he.he.) Sepatutnya hanya ulamak yang memberi pengiktirafan apa pulak Bush ???? sesat..!

Pengkhianatan Bangsa Hindu-totok, mamak mandaliar dan malbari ke atas orang Melayu bukanlah suatu yang baru. Konsep treachery dan betrayal mereka sebenarnya telahpun lama wujud. Mungkin semasa tanah Melayu ini dalam cengkaman kerajaan Srivijaya lagi atau semasa Palembang ibu negara tanah Melayu ini diserang oleh Raja Rajendra Chola 1. Sama ada bangsa Melayu itu sedar atau tidak, itulah yang menjadi masalahnya.

Agak tergamam juga apabila terdengar bahawa Bapa persuratan Melayu moden iaitu Munshi Abdullah juga dituduh sebagai agen British dan salah sa-orang pengkhianat bangsa turun-temurun setelah kali terakhir bangsa melayu ditikam dari belakang oleh mamak-mandaliar semasa kejatuhan kerajaan Melaka dahulu.

Apabila terbaca biografi ringkasnya iaitu kisahnya, latar belakang keturunannya, siapa dianya, Maka kemungkinan besar memang ada benarnya dan agak payah tuduhan itu disangkal.

Secara ringkasnya beliau memang berketurunan mamak bercampur Arab (non-Malay origin/hanya Jawi Peranakan) dan segala penulisannya telahpun disahkan oleh RO Windstedt. Pengiktirafan Bapa persuratan ke atas beliau juga disahkan oleh pihak British. Padahal, beliau hanya penterjemah atau interpreter sahaja. (putar alam betul)

Agak payah sa-benarnya orang Inggeris di waktu itu untuk memuji orang Islam mahupun bangsa Melayu sendiri dalam hal pekerjaan yang berlandaskan intelektual. Memang bangsa Melayu dan orang2 Islam di bawah jajahan British tidak pernah diasuh untuk menjadi pandai. Jika seseorang islam itu diakui kehebatan dan diiktiraf oleh British/Syarikat Hindia Timur, maka sahihlah bahawa mesti ada sesuatu di sebaliknya yang harus difikirkan.

Berikut adalah karya2 Abdullah the Munshi (guru) yang tersimpan rapi di Perpustakaan Awam British di London yang sa-hingga sekarang menjadi persoalan dan tandatanya oleh kita semua.

sumber: British Public Library: http://blpc.bl.uk

atau terus klik di bawah

KLIK SAYA

atau rujuk saja di bawah (jika malas)

Record 18 of 21 item(s)
Uniform title: Bible. N.T.. Malay
Title: Kitab injil al-kudus dari pada Tuhan Isa al-Masih
Joint author/editor: Abdullah bin Abdul Kadir. Munsyi
Joint author/editor: Keasberry. Benjamin Peach
Publication details: [Singapore]. [B.F.B.S.]. [1856]
Description: [No pagination, ca.600p]. ill. 21cm
Shelfmark: ORB.30/453. OIOC
Notes: Lithograph
Notes: Uncoloured double decorated frontispiece

Notes: Translation revised by B. P. Keasberry and Munsyi Abdullah
Notes: Darlow & Moule (1911) no.6509
Notes: Jawi script

Bagi yang ingin surf/search sendiri ke website

British Public Library: http://blpc.bl.uk - click SEARCH option - select All Material (radio button),

dalam field Author/Editor masukkan Munsyi - click

Submit Search - Result akan menyatakan Your Search has found 21 items - scroll ke item [18].


============================

Untuk mengetahui serba sa-dikit siapa diri beliau sila klik di bawah ini

Latar Belakang Munshi Abdullah <--- sila klik

Sa-benarnya tiadalah perlu untuk dibaca habis. Cukuplah dibaca perenggan pertama dan kedua. Apabila bertemu dengan perkara di bawah ini, maka cukup berhenti!!!! ..


of Arab and Tamil descent contemporary british government surveyor JT Thomson described Abdullah as having ....



keyword penting di sini adalah 'TAMIL ' (he..he.he..)

================

Bagi pendapat peribadi aku, senang saja. Sesiapa yang bekerja untuk pihak British. Sama ada secara langsung atau tidak langsung bersekongkol dengan mereka (British) SEHINGGA merugikan bangsa Melayu dan tanah Melayu, maka dia adalah termasuk dalam golongan talibarut penjajah. Dari talibarut itulah maka timbulnya istilah pengkhianat. (Jika tak merugikan bangsa dan tanahair, tak mengapa la yer...he.he.he..)

Apatah lagi Munshi Abdullah ini sebagai interpreter/penterjemah bagi tentera British dan juga sahabat kepada Stamford Raffles yang beriya-iya menjagohkan diri sebagai pembuka 'pulau singapura'. Sudah terang lagikan bersuluh. Munshi sebenarnya adalah talibarut penjajah~British.


Kemungkinan ada yang mengatakan bahawa Haruslah digugur ke atas beliau sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden. Elok ditukar saja kepada
"bapa Pengkhianatan ke atas Melayu Moden."

Untuk apa diterjemahkan kitab injil itu kepada bahasa Melayu dalam persuratan Jawi-lama, tiada siapa pun yang tahu. Mengikut sesetengah sumber, beliau melakukan tugas tersebut yang ada perkaitan dengan tugas-tugas missionary yang didokong oleh penjajahan British. Untuk mengatakan bahawa penterjemahan itu dilakukan adalah untuk sebagai hobi dan sebagai koleksi peribadi adalah agak sukar diterima kerna Injil tersebut sudah pasti diperolehi daripada pihak missionary atas maksud tertentu. Dalam hal ini, Benjamin Keasberrylah(sila klik) seorang paderi protestant yang juga seorang missionary, mungkin bertanggungjawab dalam usul penterjemahan itu. Dan yang paling gampangnya, dalam artikel tersebut, terang-terangan mengatakan bahawa Munshi Abdullah adalah sebagai pembantu beliau secara tidak langsung dalam tugas-tugas missionary (pengembangan agama kristian bermazhab protestant)

Untuk menuduh beliau (Munshi) sebagai seorang murtad atau kafir, adalah agak melampau dan aku tidak tertakhluk dalam kuasa untuk mengkafirkan seseorang tanpa pembuktian yang nyata.

Tetapi apa-apapun mujurlah, sudah menjadi suatu sifat semulajadi bangsa Melayu yang agak terlalu sukar untuk bertukar dari suatu pegangan kepada pegangan yang lain. Apatah lagi jika ia melibatkan persoalan agama Islam itu sendiri. Jika Islam maka Islamlah selama-lamanya. Rupa-rupanya kesetian bangsa Melayu di situ. Sudah menjadi pantang larang bangsa Melayu jika agama Islam diperkotak-katikkan.


dan he..he...he. agaknya disebabkan ini jugalah maka bangsa Melayu amat terlalu payah untuk bertukar dari satu kerajaan kepada suatu kerajaan yang lain melalui pertukaran partai yang memerintah.... (hipotesis aku jer he.hehe.)


Segala-galanya aku serahkan kepada takdir.
wallahu'alam. Hanya tuhan saja yang layak menghukum dan mengampun atas belas ehsanNya.

=P


elhias: RO Winstedt dan wajah kesyaitanannya. Sa-orang puak orientalis dan pakar pemutarbelit sejarah di Tanah Melayu yg menyebabkan kekeliruan fakta dalam buku sejarah tulisan M.Thambirajah. Dipercayai kemungkinan beliau adalah anggota 33rd degree zionist-Freemason yang diperkasakan oleh Adam Weishupt --sila klik--- yg merupakan pengasas kepada Illuminati moden pada tahun 1776

Labels: , ,

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pengkhianatan terhadap sesuatu kaum dan 'bangsa' sebagai faktor.?!

satu situasi:

dari lima orang pkerja melayu yang saya temui atas urusan out-station ( gov. staff), dua akan minta saya meletakkan jumlah yang lebih tinggi di atas resit.tanpa memikirkan dosa dan halal haram. kalau sepuluh orang maka empat akan meminta resit lebih harga. utk ikut ckp mereka, tidak mungkin.

mereka juga melayu. Tapi sikap mrk itu akan merobohkan bangsa.masalah mereka, iman dan taqwa.

jika benar apa yang elhakim kata tentang abdullah munsyi, imannya diragui. Wallahualam. saya setuju british hanya akan member gelaran atau pengiktirafan dengan orang yang sealiran gagasan dengan mereka atau membantu mencapai gagasan mereka. kalau tidak, jangan haraplah.

11:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

tanbahan:
* resit itu adalah utk claim semula.

11:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

eldina,
he.he.
pasal orang melayu yang berperangai sa-demikian telahpun kita ketahui.

bangsa melayu sememangnya mempunyai masalah mentaliti sa-demikian. (lihat entry aku yang lepas-lepas)

kali ini aku cuba fokus kepada pengkhiantan bangsa lain pula thdp bangsa melayu.

kompilasi itu perlu.

4:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

ramai bangsa yang tahu kelemahan orang Melayu.

kalau anak orang Melayu kena pukul pun, asal si pemukul datang minta maaf pada keluarga mangsa, tunjuk muka menyesal, bersalaman maka terampunlah semua kesalahannya.

tapi kalau anak orang c--- kita pukul, nak datang salam boleh, nak tunjuk muka menyesal pun boleh tapi gantirugi mesti ada. kalau tak muka kita kena sebijik, tak pun bagi duit setimpal; baru selesai. Tegasnya mereka.

kelemahan orang kita, asal orang luar sudah berbudi bahasa, kita pun berlapang dada menerima mereka dengan tanpa prasangka.
.....biarpun prasangka itu bertujuan utk mjaga 'survival' kita.

mereka khianat itu cara mereka, yang kita leka dan lemah siapa yang suruh?

7:50 AM  
Blogger Brother Lans said...

Aslkum Bro Hakim,Salam Aidil Adha dulu *balik mana?*
Bagus post anta ni! byk link kepada Wikipedia utk merungkai fakta2 sejarah tentang orang tu orang ni.Byk dah ana dengar pasai Abdullah Munshi or Munshi Abdullah ni *tapi tak sempat cari article/journal mengenai beliau.Thanks again for the links.*
Sejarah mengatakan bahawa pihak barat/orientalis barat mempunyai agenda sekeian-sekian utk tujuan sekian-sekian. *Kerana itu-lah org Melayu dulu ada sebab & keraguan utk menghantar anak2 mereka kesekolah Inggeris takut anak jadi ...???.... Prof.Khoo & my history teacher said something like this "history never lie but man lied about history" *kalau saya silap maaf Prof.Khoo*
History is important,sejarah itu penting & kita perlu ambil iktibar dari nya tetapi "Melayu mudah lupa" seperti yg dikhabaq oleh Che Det. Wsalam Bro Kim

6:31 PM  
Blogger Elhakim said...

elbrotherlans,

wsalam.. and tima kasih....

aku tiada ke mana2.. cuma menyelesaiakan segala-gala yang patut di sini.

he.he.

1:42 AM  
Blogger rastom said...

Bro Elhakim Karamchand el mahatma!
Dolah Munsyi menterjemahkan Injil di zaman BM belum lagi diwartakan sebagai bahasa kebangsaan memang sesuatu yang menimbulkan banyak syak. Memanglah dizaman itu belum lagi ada Perlembagaan Persekutuan dan DBP dsb dsb, tetapi.....................


Di zaman cemerliang, gemiliang, dan terbiliang Empayar British, fakta yang tidak dapat dipertikaikan ialah KESEMUA usaha atau kerja terjemahan adalah dipelopori oleh satu badan yang di panggil Missionary, - keanggotaannya adalah para padri, pengembang agama dan sebagainya.

Jika niat kerja kerja terjemahan Dolah Munsyi itu untuk memandaikan bangsa, kenapa tidak diterjemahkan kitab kitab sains, teknologi dan falsafah berfikir secara kritikal atau matematik atau sekurang kurangnya teknik menternak dan pertanian?

Dan lagi dalam banyak kenyataannya beliau lebih banyak membidas, mengkritik dan memperlekehkan bangsa!

Adakah apa apa bukti menunjukkan orang melayu menjadi maju dengan sumbangan sumbangan terjemahan Dolah itu? Saya kira terjemahan Injil Dolah itu adalah atas arahan Tuan Besar British sebagai satu eksperimentasi untuk mendakwahkan isi kandungan Injil kepada bangsa Melayu.

Setelah era Dolah Munsyi berlalu, gelombang kedua pula timbul al Tun Muthahir al kutty dengan buku yang sealiran dengannya menggodam Melayu dan ternyata ada sekelompok spesis Melayu Hindraf yang mengakui kesahihan pengamatan al Muthahir Al Kutty bahawa Melayu Mudah Lupa dan sebagainya. Jelas kepada kita setelah 50 tahun dengan kemerdekaan palsu ini menunjukkan bahawa kemajuan Melayu terhalang kerana masih wujud spesis melayu Hindraf yang termakan dengan pujuk rayu pemimpin intelektual palsu yang di atas pentas berkobar kobar Meneruskan Agenda Melayukan bangsa!

Awatla ni payah sangat nak komen kat blogger ah? Masalah hindraf ke? hahahaha!

4:07 AM  
Blogger Elhakim said...

tn elrastom D'Moyo al-Gujerati Mujahiiden el-khaq fil Iraqi,

akupun berfikiran spt itu jua..

he...he...he...

tapi aku merasakan bahawa blogger/blogspot ni, agak tersusun dan lebih 'kekotak' daripada wordpress. sbb tu ramai orang suka kot..

11:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Coba anda baca article nie & beri komen terutamanya muka surat 8....

http://www.stp.nie.edu.sg/images/Trainers' Work/ML/PSN12(Singapore)2003.pdf

1:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

I am reading this article second time today, you have to be more careful with content leakers. If I will fount it again I will send you a link

3:15 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker