..

Thursday, December 13, 2007

Permasalahan Jin dan Syaitan: Suatu Penilaian Semula



elhias: Jin dan Iblis: Jangan bermain api. Kelak terbakar nanti.


Aku berasa terpanggil untuk mengulas secara ringkas klip video rasukan jin/iblis ke atas seorang pelatih politeknik di Hutan Simpanan Ulu-Bendul, K.Pilah baru2 ini sehingga kelihatan suatu kelibat 'ghaib' yang boleh nampak dek mata kasar.

Tidak spt tetuan Elrastumi-Adulyadej fil Kedahi, yang agak terlalu 'ghairah' menggunakan kehebatan ICTnya dalam menilai sesuatu perkara yang diskrit lagi digital seperti mengesahkan ketulenan sesuatu produk melalui kehebatan sofwer pihak-ketiga yg dicadangkan. (3rd party)

Oleh kerana aku berada dalam posisi yang negatif, maka aku lebih suka menilai sesuatu perkara itu dalam bentuk psikologi iaitu mengikut perkiraan aku sahaja. (he..he.he.)

Walaubagaimanapun kehebatan tetuan elrastumi dlm kebolehan memanupulasi teknologi ICTnya tiadalah boleh dipandang ringan. kerna tiada ramai bangsa Melayu spt kita yang mempunyai gerak-hati secara natural dan semulajadi dalam hal tersebut. Lagipun tugas itu memerlukan daya kepakaran teknikal ICT yang tinggi dan penelitian yang rapi yang mungkin 'time-consuming.'

Berbalik kita pada persoalan klip-video rasukan jin dan iblis tersebut,

Mengikut persepsi aku, diakui bahawa klip tersebut tidak lagi sesuatu yang original. Kerana klip tersebut telahpun di-edit secara terang-terangan dengan kemasukan beberapa imej seperti pointer dan teks.

Walaubagaimanapun dari segi logik, kesahihan klip tersebut boleh dilihat dari segi ia bukan suatu gimik dan lakonan.

Kerna koordinasi mereka yang terlibat tidak menampakkan bahawa ianya suatu lakonan. Ia agak deras dan spontan. Lagipun bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelakon amateur itu menjadi serious dalam penggambaran tanpa diiringi dengan hilaian gelak ketawa.

Yang menjadi persoalannya, sesuatu makhluk halus boleh terjelma dan boleh ternampk dek mata kasar. (kemungkinan ia suatu kemalangan atau sesuatu yg tidak sengaja oleh makhluk itu) Kemungkinan ia juga suatu kerja editor.

Walaubagaiamanpun aku serahkan perkara ini kepada kalian semua untuk menilaikannya dan aku inginkan komen-komen itu bagi sesiapa yang sudi. (walaubagaimanapun memang aku dalam kapasiti yang berharap)


elhias: Suatu keadaan yang boleh menjadikan seseorang itu syirik apabila seseorang itu menuruti apa jua kata2 iblis dan jin baik dari segi perbuatan amali mahupun dari segi niat.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Alahai, antiklimaks betul, ingatkan video klip VK Lingam dirasuk hantu..hehehehe....

8:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

aku tak ada filem hantu.. kau layan yg ini kasi komen ganas kau

http://www.kamalariffin.blogspot.com/

6:07 PM  
Blogger Elhakim said...

tn elrastom

he.he.
jika Lingam, sudah tentu original. takpayah aku nge-check.
he.he.



-----------------


tn el-anynomous,

he..he.

aku belum lagi tengok ini filem. URLnya tiada.
lagipun puas aku mencari dalam
IMDB.com (International Movie database). Tiada data2 mengenai tajuk dan sa-umpamanya itu.

maka tiadalah adil jika aku ngomen.

he.he.he.

-wsalam

1:07 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker