Persoalan Mentaliti: Rancangan Televisyen Mencerminkan Tahap Pemikiran Rakyat Pada Keseluruhannya ?
Akal yang tajam, terhasil apabila seseorang individu itu mempunyai daya-pemikiran logik yang tinggi. Apabila individu tersebut memiliki daya pemikiran-logik yang tinggi, maka beliau dapat menganalisis sesuatu di dalam dunia ini, kemudian dikembangkan menjadi idea-idea yang bernas untuk diumpukkan ke dalam kitab yang disebut sebagai 'buku-ilmu'. Seterusnya buku ilmu tersebut akan disebarkan kepada umat manusia yang lain bagi memanfaatkan pengetahuan tersebut.
Ahli-ahli fikir Islam pada era kebangkitan Islam yang pertama, telah banyak menyumbangkan ketamaddunan ilmu tidak kira baik dari segi filusuf, tassauf mahupun sains. Begitu juga dengan tamaddun barat, yang juga banyak melahirkan cendekiawan2 yang mempunyai daya fikiran logik yang tajam sehingga kajian ilmiah mereka dalam bidang sains moden masih dijadikan bahan rujukan sehingga ke hari ini.
Tidak kiralah, tamaddun tersebut berasal dari mana, yang pentingnya adalah, segala formula, theorem, analisa dan rumusan yang dibuat adalah datangnya dari individu2 yang mempunyai daya pemikiran logik yang tinggi.
Di negara kita, pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memantapkan pemikiran bangsa Melayu ke arah daya pemikiran logik yang tinggi. Di mana ia bisa melenturkan bangsa Melayu ke arah suatu bangsa yang berilmu pengetahuan. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan saluran media informasi perdana.
Sebab itulah di kaca2 TV kita, stesen2 penyiaran berlumba-lumba memaparkan telenovela-telenovela tidak kira baik dari Filipina, Thailand, Venezuela, Amerika Latin mahupun Indonesia. (juga telenovela2 dari Malaysia---apa kurangnya ?) Termasuklah impian-impian Bollywood juga kisah2 realiti spt Akademia berfantasi. Semuanya adalah usaha kerajaan untuk memantapkan pemikiran anak-anak muda Melayu ke arah daya-pemikiran logik yang tinggi.
SYABAS KERAJAAN............ TERIMA KASIH KERAJAAN!!!!
Hasil dan impak adalah seperti yang kita lihat sekarang. Agak ramai di kalangan kita yang berpuas hati nampaknya.
Lihat lah ketuanya siapa ?
nota: aku masih teringat lagi suatu lagu untuk BN apabila setiap kali menang dalam pilihanraya. lagu itu seperti ini.
Barisan....
Barisan....
Barisan Telah Berjaya...
Bagi sesiapa yang mempunyai alahan pada telinga sudah pasti akan merasai kesakitan apabila mendengar lagu ini. Bingit. he..he.he.
Labels: mentaliti, pemikiran, persoalan, persoalan Melayu
3 Comments:
tak minat nak tengok, tak dak hasil
bagus...
tak yah tengok pun tak aper.
kita akan menghasilkan generasi distopia, lawan kepada utopia.
5 tahun akan datang, yang akan kita hasilkan;
detektif ala bang-ang macam kaber 0 hotak 0
anak sial ala lucah macam jela-tang
pelajar kolej ala seng-al macam dunia baru
remaja cintan ala 9sept yang tak tahu batas dan hala tuju
dan
macam-macam kebodohan lagi yang sengaja didoktrinkan oleh tuut agar senantiasa bebal semasa mengundi
minum milo pon tak sebodoh menonton karya bang-ang tersebut
Post a Comment
<< Home