Permasalahan Negara: Berleluasanya Konflik Antara Kaum
elhias: Konflik. TAR. antara Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pengkhianat Bangsa. Azab yang pedih bagi sesiapa yang mengkhianati agama dan bangsa. Rakyat yang memilih pemimpin yang bodoh pun turut sama terheret dengan azab ini.
~wallahualam
Duduk tak duduk, hak kedaulatan bangsa Melayu masih terus tergugat. melalui tuntutan Hindraf.
klik saya untuk maklumat.
Walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat, sehingga ada yang menyatakan bahawa hal tersebut adalah suatu konspirasi antara pihak kerajaan dan kesatuan-India. Bagiku pula, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang sepi dan ringan.
Konflik perkauman sebenarnya adalah sesuatu yang sangat sukar ditangani. Untuk mencapai tahap kepuasanhati bagi semua pihak juga bukanlah suatu yang mudah. (Malah mustahil). Di mana-mana dalam dunia ini pun konflik perkauman masih lagi berleluasa. Cuma antara formal dengan tidak formal sahaja.
Dulu Apharteid dijalankan secara formal di Afrika Selatan. Kini tidak lagi. Namun begitu aku masih berasa sangsi lagi dengan ketelusan dan keikhlasan hati bangsa kulit putih di situ. Paling tidakpun ada antara bangsa kulit putih yang merasa meloya bila melihat orang berkulithitam sedang lena dalam gerabak keretapi berkelas-1
Di Malaysia ini lain pula halnya. Krisis warna kulit hampir-hampir tidak berlaku. Cuma pertelagahan ethnik mengenai hak masing-masing. Yang paling penting sekali di sini adalah untuk mendapatkan hak sama rata antara semua kaum. Terutama sekali adalah dalam bidang politik dan ekonomi.
Dalam hal ini, apa yang dilihat adalah, hak ketuanan bangsa Melayu telah lama terhakis dan diinjak-injak. Kadang-kadang bukanlah hendak diperkatakan bahawa bangsa lain yang menumpang di Malaysia ini terlalu bijak, tetapi sebenarnya lebih kepada kebodohan bangsa kita sendiri terutama pada barisan pemimpin. (yang selalu kelihatan seolah-olah terlalu pandai)
Perkara yang telah berlalu tiada gunanya untuk diungkitkan kembali. Beginilah, aku hanya beri pendapat resolusi tentang perkara itu.
Sebagai bangsa yang telah lama mempertahankan Tanah Melayu ini, sepatutnya Bangsa Melayu harus dan wajib menitikberatkan satu perkara saja, untuk menjamin hak ketuanan bangsa Melayu untuk selama-lamanya.
Satu-satunya perkara itu adalah:
Mempertahankan 70% keluasan tanah yang atas nama Hak bangsa Melayu. Baik dibayar dengan darah sekalipun.
Aku tidak nampak, apa-apa advantage pun dari segi ekonomi jika bangsa lain menguasai segala-gala bidang tetapi se-inchi tanah orang Melayupun mereka tidak boleh usik. I
Itu hak orang Melayu. Paling tidakpun, agama pun dapat dipertahankan dengan mempertahankan hak ini.
Tinggallah bangsa-bangsa itu di pangsapuri-pangsapuri mewah, terawang-awangan, mahupun di angkasa, dan jangan sekali-kali menjejaki kaki ke tanah.
Dan itulah tugas yang paling perit sekali untuk barisan pemimpin selagi itulah yang dinamakan sebagai bangsa yang masih mempunyai kuasa.
Labels: permasalahan, permasalahan bangsa, permasalahan negara, Persoalah Pemimpin
2 Comments:
Melayu oh Melayu.
Betulkah ada pertikaian kaum? Buka mata tutup telinga. Ini masanya melihat dan berfikir, bukan lagi masa mendengar dan beremosi.
Benarkah masa depan Melayu diperjuangkan Umno? Benarkah hak istimewa Melayu bawa kebaikan kepada bangsa Melayu. Benarkah kedudukan Melayu terancam, siapa mengancam, bagaimana mengancam, bila mengancam, di mana terancam?
Tiada masalah kaum. Tiada orang mengancam Melayu. Hanya Melayu mengancam diri sendiri. Hanya Melayu hisap darah bangsa sendiri. Hanya Melayu nak rampas hak bangsa sendiri. Menipu bangsa sendiri.
Hak istimewa hanya untuk Melayu elit bergelar pemimpin. Istimewa untuk keturunan pemimpin lama yang terus menduduki Umno. Istimewa buat menantu pemimpin, kaki tangan dan mata pemimpin. Tidak ada yang istimewa untuk Melayu biasa atau Melayu kampung yang terus hidup kedaifan.
Anak Melayu banyak peluang, banyak keistimewaan tapi mensia-siakannya. Sepatutnya belajar di sekolah, tapi menghisap dadah, merempit dan ada pula yang tayang badan tanpa pakaian di internet. Ada juga yang alim ulama, tapi putar belit agama.
Bangsa lain memang ditindas, dalam pelbagai bentuk dan rupa. Nak kata apa, usah berpura-pura. Ada juga kategori bumiputera, tapi takde hak istimewa, sebab bukan bangsa Melayu ataupun beragama Islam.
Bukan Melayu tak boleh bersuara, sebab takde hak istimewa. Pedih di hati kian terasa...marah rasa membara-bara. Miskin papa tidak terkata, kerajaan tak hulurpun apa-apa, sukahati nak buat apa sebab Melayu pegang kuasa...tapi Melayu elitlah..bukan Melayu biasa. Kau nak kata apa?
hi anonymous
yaaa betulllll...
siapa yer?
nak kata Tukaunama, bunyi macam lain jer.
he.he.he
Post a Comment
<< Home