..

Tuesday, November 06, 2007

Permasalahan Rasuah: Bila Sandiwara BPR Goyah Tak Menjadi


elhias: nork siasak ambo wat gapo...ambo dah kayo. toksir duek hare.. hok oghe susoh tu loo patuk gi siasak. buduh betul demo. ambo teraje tubik daroh selallu...

Sejak akhir2 ini BPR seolah2 tidak cukup tangan untuk menyelesaikan banyak kes. Mungkin kes tertunggak. atau kes yang sengaja diadakan2 demi pilihanraya semoga kelihatan peranan berwibawa partai yang memerintah iaitu BN dan komponen2nya.

Yang maha peliknya, mengapa pula BRP sibuk-sibuk nak mencungkil kes 16 tahun dulu, kes rasuah antara towkey2 balak dan MB-Kelantan. Kes tu dah 16 tahun lampau. Kemudian, MB-Kelantan pula tiada mengambil apa-apa rasuah daripada towkey itu. Cuma BRP hendakkan nama siapa towkey balak yang cuba merasuah tersebut. Jika tidak, MB-Kelantan akan didakwa.

Banyak lagi kes yang patut disiasat. Iaitu kes terkini, Kes yang hangat diperkatakan dan boleh meruntuhkan imej, reputasi orang Melayu itu sendiri. Dengar-dengar beberapa orang menteri dalam kabinet terlibat dalam kes-rasuah ini. Apatah lagi kes rasuah KPN langsung tidak disiasat.

Tapi alih-alih, senang2 shj kes rasuah menteri dan pegawai kanan terbabit digugurkan. BPR kata ia tiada-kes. Sebab tu digugurkan dengan tidak perlu disiasat. Tapi yang peliknya kes-16 tahun lalu pula nak disiasat walaupun rasuah tu tak menjadi.

Kes berat terkini tak nak siasat.
Kes lapok yg tak menjadi nak siasat.

heran-heran. sandiwara dengan sutradara tak menjadi.

orang Melayu memang tak pandai berlakon. bosan.
Nampak sangat. patutlah filem pun bosan. Botak jer lebih.

Labels: , , ,

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kawe sebok risywah, buke rasuah..hehehe

3:39 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker