Permasalahan Bangsa: Bangsaku Perlukan Susu itu...oh!...
elhias: bandingkan gambar ini dengan gambar aku (pada ABOUT-ME).
cara dan teknik penghisapan ternyata amat berlainan sekali.
Itulah kesilapan aku yang paling nyata. Pada skalar yang lebih besar,
Rata2 lelaki Melayu lebih mirip kepada gaya-aku merokok.
analisis Non-Numerical tahap Non-Deterministic searching theory thdp bangsa Melayu aku berbunyi:
===========================
teori 1. perasaan normal manusia cenderung kepada naluri membuat perbandingan dan berlumba-lumba antara satu sama lain.
teori 2. perasaan normal manusia cenderung kepada bersosial dan bermasyarakat dengan manusia yang lebih tinggi taraf-hidup daripadanya. contoh persahabatan antara pegawai kerajaan biasa dengan politikus dan jutawan-berniaga.
teori 3. perasaan normal manusia cenderung gembira jika lawan mereka jatuh semasa sesi-kejar-mengejar itu.
Kajian Kes adalah terhadap Negara yg mengamalkan sistem separa demokrasi bercorak mesra-pemodal. (capitalist-friendly) spt malaysia.
pemerhatian fakta:
===============
1. politician yang berkuasa (spt pak2 menteri) nampaknya diberi ruang dan peluang untuk memegang jawatan yang banyak berserta elaun-khas serta saham-khas baik yang terbuka mahupun tertutup.
2. Sebaliknya, Penjawat-Tinggi-Awam masih tertakhluk kepada suatu kanun yang TIDAK membolehkan memegang mana2 jawatan-Luar serta punca kewangan-luar selain daripada jawatan kerajaan tersebut (contoh jawatan-luar eksekutif mahupun pengarah untuk syarikat luar/swasta)
3. Oleh kerana Penjawat-Tinggi-Awam mempunyai kecenderungan seperti (teori-1, 2 dan 3) iaitu bersosial dengan menteri2 dan mereka yang berpangkat besar, maka penyelewangan, korupsi, rasuah berlaku secara terbuka mahupun senyap2 KERNA INGIN CEPAT KAYA DAN HIDUP MEWAH. Memegang sesuatu jawatan dalam perniagaan secara senyap2 turut timbul.
4. Yang paling buruknya, jika keseluruhan jabatan kerajaan terpaksa menerima keadaan korupsi kerana suatu tradisi yang telah diamalkan turun-temurun dari suatu generasi kepada generasi yang berikutnya.
seperti jabatan polis dan kastam. termasuk imigresen, pelajaran dan lain2.
Natijah dan Akibat
==============
a. Oleh kerana Penjawat Awam adalah majoritinya, Melayu, dalam pemerhatian fakta-3, maka tumpuan fokus terhadap pekerjaan serta membangunkan ummah dan bangsa akan terjejas.
b. Dengan wujudnya teori (1-3) di atas, (bergandingan pemerhatian fakta 1 & 2) maka penyakit berprasangka-buruk, dengki, khianat akan terus berleluasa dalam masyarakat-Melayu. dan sebab itulah bangsa Melayu ini sangat lemah. dan Tradisi-resmi-ketam dalam masyarakat Melayu akan terus tercetus, bercambah dan terus subur. dan inilah yang memberikan impak yang maha-negatif terhadap pembangunan bangsa Melayu itu sendiri.
c. dan begitulah seterusnya. sehingga bila-bila.
Siapa yang patut dipersalahkan?
====================
1. sistem
2. politician yang memerintah
3. maksud keseimbangan dan pengagihan kekayaan tidak sama rata di atas fakta 1 & 2
Langkah2 Mengatasi
===============
Rekomen, suatu jenis susu untuk bangsa Melayu. Susu ini adalah untuk
1. Aku dan orang2 aku,
2. untuk kau
3. untuk mereka dan dia
Guna susu tersebut telahpun diadaptasi daripada suatu iklan-komersial susu-bayi dalam TV sejak akhir2 ini. Quotation susu itu berbunyi:
Otak kita terdiri daripada berbillion-billion sel-otak. Pada asalnya, sel-sel otak itu tidak bersambung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Setelah meminum susu ini, maka sel-sel otak itu akan berkomuniksi dan berhubung antara satu sama lain dan menyebabkan pemahaman tentang kehidupan akan lebih menyeluruh dan ini menyebabkan otak kita akan jadi lebih pintar dan pandai.
manusia yang mempunyai kualiti dalam corak pemikirannnya, selalunya tidak akan melibatkan dirinya dalam apa-apa jua kesalahan yang boleh mencemarkan reputasi baiknya. dan justeru itu, individu yang berkeadaan seumpama itu akan membentuk suatu masyarakat yang anti pada korupsi yang membolehkan mereka memberi sumbangan pada pembangunan bangsanya sendiri. Keintelektualan yang tinggi pada bangsa Melayu sudah pasti memberi keuntungan kepadanya sendiri.
Yang masalahnya Keintelektualan dan daya pemikiran yang tinggi selalunya hampir tiada dikaitkan dengan Melayu.
================
Mari bayangkan, apa orang-lain jawab, jika perihal keintelektualan Melayu di-tanya secara umum?
segala2nya disebabkan korupsi. Maka itulah puncanya........
just my two-cent
Labels: IQ, korupsi, permasalahan, permasalahan bangsa, permasalahan Rasuah, susu
3 Comments:
aiyak... gambar??
matlamat tak menghalalka cara. n3 yang dibawa tak sedondon dgn gambar.
hish!
tiada apa2 kelucahan pada gambar.
Post a Comment
<< Home