..

Thursday, November 08, 2007

Permasalahan Dairy-Produk : Suatu Teori Konspirasi (boleh jadi)


elhias: suatu lambang kesyaitanan-Freemason


Masih teringat aku pada kisah Isra' Mikraj semasa Rasulullah SAW diangkat ke langit. dan semasa Rasulullah sedang dahaga, si-Jibril AS menawarkan pilihan antara arak(khamar) dan susu (pada masa itu Arak masih lagi belum diharamkan oleh syariat). Dengan segera Rasulullah memilih susu.

Jika dikaji dengan dalam di sini, pemilihan 'susu' tersebut seolah2 suatu simbolik yang seharusnya dikaji betapa khasiat susu ke atas ummat manusia. Walaubagaimanapun pendapat imam muktabar hanya meriwayatkan bahawa dengan pemilihan susu tersebut, ummat baginda akan memperoleh kesejahteraan. Di sini pendapat tersebut agak 'umum' dan masih terbuka untuk kajian. (pada masa itu)

Yang menjadi persoalan sekarang, mengapakah pada masa itu, si-Jibrail AS (atas perintah) Allah SWT TIDAK mempelawa Rasulullah untuk menikmati 3 pilihan iaitu:

1. Air (water)
2. susu
3. arak



sebaliknya hanya dua pilihan sahaja dikemukakan (sedangkan pada masa itu Rasulullah dalam keadaan yang amat dahaga) iaitu:

1. susu
2. arak

Di sini seolah-olah air (air-kosong) tiada mempunyai nilai untuk ditawarkan pada Rasulullah jika terdapat kehadiran susu. Susu is the MOST-PRIORITY.

persepsi aku adalah seperti berikut:

1. Penggunaan susu seharusnya pada tahap maksimum bagi ummat manusia (ummat Islam khususnya). Penggunaan air biasa untuk diminum bagi menghilangkan dahaga boleh ditukarkan kepada susu. (lihat bayi)

2. Masyarakat barat dan Yahudi mengamalkan pemakanan berlandaskan susu pada setiap aspek baik dari minuman sehinggalah kepada pemakanan seperti keju pada setiap masa.

3. Susu dpt mengenyangkan. seterusnya menghindarkan pemakanan yang lain yg boleh menggemukkan.

===================================================


Teori Konspirasi Yahudi dan Barat (Freemason)

1. Nampak di sini, bahawa banga Yahudi dan Nasrani telahpun mula menangkap maksud betapa besar-khasiat susu kepada manusia dan menganggap bahawa susu adalah suatu anugerah tuhan untuk mereka.

2. Untuk menangkis agar bangsa lain tidak dapat menguasai dunia dan menandingi bangsa mereka (dari segi mentaliti), maka bangsa Nasrani/Yahudi berDAKYAH dengan mempopularkan Air-Tulin (RO) dan air-mineral biasa sebagai minuman kepada bangsa Timur yang sedang maju ke-hadapan (Jepun dan Korea).

3. Dunia menaikkan tariff/kadar-harga susu/dairy-produk agar makanan tersebut mahal untuk negara2 dunia-ke-tiga

4. Barat dan Yahudi tidak sesekali mengesyorkan dan memperkenalkan baka-lembu-tenusu yang sesuai untuk diternak di negara2 yg beriklim panas-lembab. (kes penyorokan maklumat)

Padahal bangsa-Yahudi dan Israel adalah bangsa yang memegang teknologi genetic-engineering (kejuruteraan genetik) yang utama lagi maju di dunia. Sebaliknya bangsa Yahudi hanya memperkenalkan ayam-botak serta pemakanan ayam berlandaskan neorufuran untuk ternakan ayam daging bagi cepat membesar (tapi membahayakan kesihatan) di negara2 terlibat.

5. Maka dengan ini negara2 dunia-ke-3 akan terus bergantung produk-susu/dairy daripada negara barat terbabit dengan harga yang agak mahal.

6. Impak, kesan keburukan yang lain adalah, hasil-tenusu daripada negara2 terbabit telahpun dikelaskan dan diproses dengan sa-dikit bahan kimia. Maka terjadilah susu yang dinamakan sebagai
-skimmed milk
-low fat milk
-UHT milk
-pasteured milk
-dan seribu macam milk-milk lagi

6. Zat/khasiat utama susu yg telah diproses akan terhakis/terjejas dan ini tidak sama dengan kebaikan zat-asli daripada SUSU-segar-terus-dari-ladang (downgrade-impact)

lihat kes bayi yang baru dilahirkan di negara Eropah dan Amerika Syarikat. Penggunaan susu ke atas mereka bukannya susu tepung. Sebaliknya susu-segar yang dihangatkan sa-dikit. Istilah susu tepung sangat jarang digunakan di barat melainkan di negara2 Asia.

monolog
======

Terfikir oleh aku bahawa semasa British/Belanda menduduki Malaya, hanya bahasa dan agama mereka sahaja yang dikembangkan namun pemakanan yang berzat tidak sesekali.

Ini termasuk muzik, serta percakapan rentak barat yg menyeleweh, yes, no-alright.

500 tahun bangsa kita dijajah namun, kita ternyata telah gagal untuk meniru cara pemakanan mereka. (bukan khinzir maksud aku) Tetapi pemanfaat susu, suatu rutin pemakanan abadi bangsa-bangsa pilihan tuhan.

itulah suatu kehairanan al-binti -ajaib.

dan yang paling khianat lagi lahanat sekali adalah, harga susu bertambah naik sekarang. dan amat mustahil bagi orang2 kampung menjadikannya sebagai minuman-teladan sehari-harian.

sayang semuanya.........TELAH TERLAMBAT...

sekian, terima kasih.

Labels: , ,

..

Friday, November 02, 2007

Persoalan Minda: Susu Dapat Membenteras Korupsi ? (Teori 1)


elhias: Berbekalkan teknologi yang canggih dan daya keintelektualan yg tinggi, barat telah dapat menghasilkan mutasi gen ke atas seorang lelaki yang dapat menghasilkan susu-tetek (via genetic engineering). Dengan ini kebergantungan hidup dengan lembu dan masalah kekurangan bekalan dapat dikurangkan jika peperangan besar-besaran berlaku.



Ramai juga yang tertanya2 denganku apakah pertalian antara susu dan korupsi? Secara direct, memang ia tiada mempunyai pertalian apa-apa. (he.he.he..) yang sebenarnya korupsi mempunyai perkaitan secara direct dengan mentaliti dan daya pemikiran seseorang itu atau sesuatu bangsa. Bangsa yang mempunyai daya mentaliti dan keintelektualan yang tinggi selalunya jauh sekali untuk terlibat dengan korupsi. Kerana korupsi ini, secara logiknya adalah suatu perbuatan yang difikirkan amat bangsat dan terhina, juga melanggar norma-norma kehidupan manusia di samping boleh dilabelkan sebagai pengkhianat pada level tertinggi duniawi.

Manusia-manusia yang mempunyai keintelektualan yang tinggi, sesungguhnya mempunyai kapasiti pemikiran yang bernas lagi unik berpadu memupuk keanjalan pemikiran mencorak kreatif. Individu yang kreatif adalah tergolong dalam golongan yang cemerlang. Terdapat sesetengah golongan yang cemerlang, ada antara mereka yang berfikiran genius. Mereka yang genius ini selalunya lebih cenderung menumpu dan memikirkan sesuatu yang dapat membantu memudahkan kehidupan manusia-manusia yang lain dengan ciptaan terbaru mereka di samping
memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada bangsa mereka sendiri.




Sesungguhnya kajian saintifik telah membuktikan bahawa susu amat baik bagi pertumbuhan kecerdasan minda dan otak. Justeru itu, secara tidak langsung ia dapat memupuk daya kreativiti yang cemerlang terhadap pertumbuhan minda individu itu. Dan pembangunan masyarakat yg menyeluruh bagi skalar yang lebih besar. Masyarakat yang kreatif adalah amat cemerlang dalam kehidupannya dan secara tidak langsung ia dapat menghindarkan
diri daripada gejala2 yang tidak sihat, contohnya perbuatan menyeleweng dan korupsi. Ini adalah kerana masyarakat yg kreatif tersebut dapat melahirkan idea2 kreatif yang bernas untuk menjamin kecemerlangan hidup mereka. Jika mereka bekerja di sektor2 awam/mahupun swasta, biasanya mereka tidak berfikir untuk kaya atau untung cepat dengan melakukan korupsi. Sebaliknya mereka lebih gemar memikirkan bagaimana untuk melipatgandakan produktiviti.

Terdapat sesetengah dari kita ada mengatakan bahawa, bangsa Melayu pada umur dewasa terutama yang duduk di kawasan luar-bandar terlalu kurang konsum susu berbanding dengan mereka yang duduk di bandar. Ada sesetengah daripada mereka (Melayu) berasa jijik dan malu meminum susu dikhalayak ramai kerana perbuatan itu boleh disamakan dengan perbuatan budak kecil dan tidak matang.

Kalau nak fikir, betul la kot... he..he.he.

masih teringat semasa bersekolah dahulu, remaja2 Melayu sudah tidak minum susu dan jijik dengan perbuatan minum susu. Di asrama, sesiapa yang mempunyai susu dalam almari masing2 akan dilabelkan sebagai budak manja dan berhingus dan seterusnya akan disisihkan daripada komuniti. Dan ada antara mereka (jumlah yang kecil) diejek dan dihina kerana menyimpan dan meminum susu tersebut. Minda remaja2 Melayu tersebut lebih cenderung kepada meminum teh/kopi dan menghisap rokok pada kadar yang banyak supaya kelihatan lebih brutal. Bukannya apa, ini mungkin disebabkan pengaruh Hollywood seperti RAMBO lakonan Sylvester Stallone. (Padahal Rambo mendapatkan susu dan telur dalam kadar yang banyak sehari-harian untuk membentuk muscle dan ototnya)

Untuk membuktikan teori aku itu, mari kita lihat perbandingan negara-negara yang penduduknya mengamalkan tabiat meminum susu dengan negara2 yang kurang mengamalkan tabiat meminum susu dari segi INDEKS KORUPSI Antarabangsa (world CPI index)

sumber 1 Transparency world<---------- sila klik
sumber 2 wikipedia <---------- sila klik



List top 14 negara2 yg kurang mengamalkan korupsi ======================================


1. Finland (industri Tenusu)
2. Denmark (industri Tenusu)
3. New Zealand (industri Tenusu)
4. Sweden
5. Belanda/Switzerland (industri Tenusu)
6. Norway
7. Canada
8. Australia (industri tenusu)
9. United Kingdom
10. Austria
11. German
12. Japan
13. Ireland
14. France

KESIMPULAN
---------------

Daripada list tersebut, dapat dibuat kesimpulan secara tidak langsung bahawa, dengan mengamalkan tabiat meminum susu, ia dapat minimumkan pemikiran ke-arah KORUPSI, dalam masyarakat.

Sudah menjadi suatu fakta bahawa MAJORITI bangsa2 kulit putih hidup mengamalkan meminum susu, tidak kira sama ada pagi, petang dan malam. Yang paling lahanatnya tidak kira yang dewasa mahupun si-tua bangka pun tidak terlepas daripada meminum susu ini pada kadar yang melampau. Itulah yang aku peliknya.

Akibatnya orang kulitputih secara intelektual, kurang berfikir untuk dengki-mendengki sesama sendiri dalam sesuatu negara. Sebaliknya kedengkian dan perbuatan lahanat mereka lebih ditujukan kepada bangsa dan agama yang lain daripada mereka.




Yang menjadi persoalannya, terlalu ramai sebenarnya orang-orang Melayu di kampung2 yang bergantung hidup mereka dengan tembakau berbanding susu. Ini termasuk jua bergantung hidup dengan meminum teh dan kopi-o di mana kesemuanya MUNGKIN meninggalkan impak yang negatif bagi si-peminumnya.

Rasulullah SAW berserta nabi2 yang lain, dengar khabarnya pun menggalakkan ummatnya meminum susu-dan-madu. Walaubagaimanapun aku tidak berjaya untuk provide hadithnya. Sendiri cari laaa.


sekian, terima kasih.




elhias 2: Inilah akibatnya jika kurang meminum susu. sering bercakaran dan dengki mendengki antara satu sama lain. Korupsi dan pertelagahan sesama bangsa menjadi-jadi. Otak tengah gagal berfungsi untuk mengeluarkan hormon daya-berfikir tentang bahayanya penyelewengan dan rasuah serta impak kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu.
lihat: mata bundar kekuningan, berurat-urat memikirkan bagaimana untuk untung cepat tanpa usaha halal. Yang seorang lagi tu sedang bermimpi bagaimana untuk mengampu supaya jawatan dikekalkan sehingga ke hari kiamat. Imej paling kanan adalah idola sembahan bagi mereka yang mengamalkan korupsi dan pengkhianat bangsa.


Nota: 1. Susu dan Elhakim tiada sebarang kena-mengena. Elhakim provide theory. Jika terlihat Elhakim mengamalkan korupsi, itu adalah perkara biasa. Jangan salahkan dia.

2. Sori la Mat, hujjah mengenai Ketua-siasatan jenayah komersial yg difitnah oleh IGP/KPN (akibat police-civil-war) , tidak dapat aku terima kerana kedua-duanya memang towkey korup. (walaupun belum dibuktikan secara scientific). Bagi Ketua Polis Negara, Mungkin boleh rujuk pada bapanya. Keh..keh.keh.

Labels: , , , ,

..

Thursday, November 01, 2007

Permasalahan Bangsa: Bangsaku Perlukan Susu itu...oh!...


elhias: bandingkan gambar ini dengan gambar aku (pada ABOUT-ME).
cara dan teknik penghisapan ternyata amat berlainan sekali.
Itulah kesilapan aku yang paling nyata. Pada skalar yang lebih besar,
Rata2 lelaki Melayu lebih mirip kepada gaya-aku merokok.

analisis Non-Numerical tahap Non-Deterministic searching theory thdp bangsa Melayu aku berbunyi:
===========================

teori 1. perasaan normal manusia cenderung kepada naluri membuat perbandingan dan berlumba-lumba antara satu sama lain.

teori 2. perasaan normal manusia cenderung kepada bersosial dan bermasyarakat dengan manusia yang lebih tinggi taraf-hidup daripadanya. contoh persahabatan antara pegawai kerajaan biasa dengan politikus dan jutawan-berniaga.

teori 3. perasaan normal manusia cenderung gembira jika lawan mereka jatuh semasa sesi-kejar-mengejar itu.

Kajian Kes adalah terhadap Negara yg mengamalkan sistem separa demokrasi bercorak mesra-pemodal. (capitalist-friendly) spt malaysia.


pemerhatian fakta:
===============

1. politician yang berkuasa (spt pak2 menteri) nampaknya diberi ruang dan peluang untuk memegang jawatan yang banyak berserta elaun-khas serta saham-khas baik yang terbuka mahupun tertutup.

2. Sebaliknya, Penjawat-Tinggi-Awam masih tertakhluk kepada suatu kanun yang TIDAK membolehkan memegang mana2 jawatan-Luar serta punca kewangan-luar selain daripada jawatan kerajaan tersebut (contoh jawatan-luar eksekutif mahupun pengarah untuk syarikat luar/swasta)

3. Oleh kerana Penjawat-Tinggi-Awam mempunyai kecenderungan seperti (teori-1, 2 dan 3) iaitu bersosial dengan menteri2 dan mereka yang berpangkat besar, maka penyelewangan, korupsi, rasuah berlaku secara terbuka mahupun senyap2 KERNA INGIN CEPAT KAYA DAN HIDUP MEWAH. Memegang sesuatu jawatan dalam perniagaan secara senyap2 turut timbul.

4. Yang paling buruknya, jika keseluruhan jabatan kerajaan terpaksa menerima keadaan korupsi kerana suatu tradisi yang telah diamalkan turun-temurun dari suatu generasi kepada generasi yang berikutnya.
seperti jabatan polis dan kastam. termasuk imigresen, pelajaran dan lain2.




Natijah dan Akibat
==============

a. Oleh kerana Penjawat Awam adalah majoritinya, Melayu, dalam pemerhatian fakta-3, maka tumpuan fokus terhadap pekerjaan serta membangunkan ummah dan bangsa akan terjejas.

b. Dengan wujudnya teori (1-3) di atas, (bergandingan pemerhatian fakta 1 & 2) maka penyakit berprasangka-buruk, dengki, khianat akan terus berleluasa dalam masyarakat-Melayu. dan sebab itulah bangsa Melayu ini sangat lemah. dan Tradisi-resmi-ketam dalam masyarakat Melayu akan terus tercetus, bercambah dan terus subur. dan inilah yang memberikan impak yang maha-negatif terhadap pembangunan bangsa Melayu itu sendiri.

c. dan begitulah seterusnya. sehingga bila-bila.



Siapa yang patut dipersalahkan?
====================
1. sistem
2. politician yang memerintah
3. maksud keseimbangan dan pengagihan kekayaan tidak sama rata di atas fakta 1 & 2


Langkah2 Mengatasi
===============
Rekomen, suatu jenis susu untuk bangsa Melayu. Susu ini adalah untuk
1. Aku dan orang2 aku,
2. untuk kau
3. untuk mereka dan dia

Guna susu tersebut telahpun diadaptasi daripada suatu iklan-komersial susu-bayi dalam TV sejak akhir2 ini. Quotation susu itu berbunyi:

Otak kita terdiri daripada berbillion-billion sel-otak. Pada asalnya, sel-sel otak itu tidak bersambung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Setelah meminum susu ini, maka sel-sel otak itu akan berkomuniksi dan berhubung antara satu sama lain dan menyebabkan pemahaman tentang kehidupan akan lebih menyeluruh dan ini menyebabkan otak kita akan jadi lebih pintar dan pandai.

manusia yang mempunyai kualiti dalam corak pemikirannnya, selalunya tidak akan melibatkan dirinya dalam apa-apa jua kesalahan yang boleh mencemarkan reputasi baiknya. dan justeru itu, individu yang berkeadaan seumpama itu akan membentuk suatu masyarakat yang anti pada korupsi yang membolehkan mereka memberi sumbangan pada pembangunan bangsanya sendiri. Keintelektualan yang tinggi pada bangsa Melayu sudah pasti memberi keuntungan kepadanya sendiri.

Yang masalahnya Keintelektualan dan daya pemikiran yang tinggi selalunya hampir tiada dikaitkan dengan Melayu.

================

Mari bayangkan, apa orang-lain jawab, jika perihal keintelektualan Melayu di-tanya secara umum?


segala2nya disebabkan korupsi. Maka itulah puncanya........

just my two-cent

Labels: , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker