..

Friday, November 02, 2007

Persoalan Minda: Susu Dapat Membenteras Korupsi ? (Teori 1)


elhias: Berbekalkan teknologi yang canggih dan daya keintelektualan yg tinggi, barat telah dapat menghasilkan mutasi gen ke atas seorang lelaki yang dapat menghasilkan susu-tetek (via genetic engineering). Dengan ini kebergantungan hidup dengan lembu dan masalah kekurangan bekalan dapat dikurangkan jika peperangan besar-besaran berlaku.



Ramai juga yang tertanya2 denganku apakah pertalian antara susu dan korupsi? Secara direct, memang ia tiada mempunyai pertalian apa-apa. (he.he.he..) yang sebenarnya korupsi mempunyai perkaitan secara direct dengan mentaliti dan daya pemikiran seseorang itu atau sesuatu bangsa. Bangsa yang mempunyai daya mentaliti dan keintelektualan yang tinggi selalunya jauh sekali untuk terlibat dengan korupsi. Kerana korupsi ini, secara logiknya adalah suatu perbuatan yang difikirkan amat bangsat dan terhina, juga melanggar norma-norma kehidupan manusia di samping boleh dilabelkan sebagai pengkhianat pada level tertinggi duniawi.

Manusia-manusia yang mempunyai keintelektualan yang tinggi, sesungguhnya mempunyai kapasiti pemikiran yang bernas lagi unik berpadu memupuk keanjalan pemikiran mencorak kreatif. Individu yang kreatif adalah tergolong dalam golongan yang cemerlang. Terdapat sesetengah golongan yang cemerlang, ada antara mereka yang berfikiran genius. Mereka yang genius ini selalunya lebih cenderung menumpu dan memikirkan sesuatu yang dapat membantu memudahkan kehidupan manusia-manusia yang lain dengan ciptaan terbaru mereka di samping
memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada bangsa mereka sendiri.




Sesungguhnya kajian saintifik telah membuktikan bahawa susu amat baik bagi pertumbuhan kecerdasan minda dan otak. Justeru itu, secara tidak langsung ia dapat memupuk daya kreativiti yang cemerlang terhadap pertumbuhan minda individu itu. Dan pembangunan masyarakat yg menyeluruh bagi skalar yang lebih besar. Masyarakat yang kreatif adalah amat cemerlang dalam kehidupannya dan secara tidak langsung ia dapat menghindarkan
diri daripada gejala2 yang tidak sihat, contohnya perbuatan menyeleweng dan korupsi. Ini adalah kerana masyarakat yg kreatif tersebut dapat melahirkan idea2 kreatif yang bernas untuk menjamin kecemerlangan hidup mereka. Jika mereka bekerja di sektor2 awam/mahupun swasta, biasanya mereka tidak berfikir untuk kaya atau untung cepat dengan melakukan korupsi. Sebaliknya mereka lebih gemar memikirkan bagaimana untuk melipatgandakan produktiviti.

Terdapat sesetengah dari kita ada mengatakan bahawa, bangsa Melayu pada umur dewasa terutama yang duduk di kawasan luar-bandar terlalu kurang konsum susu berbanding dengan mereka yang duduk di bandar. Ada sesetengah daripada mereka (Melayu) berasa jijik dan malu meminum susu dikhalayak ramai kerana perbuatan itu boleh disamakan dengan perbuatan budak kecil dan tidak matang.

Kalau nak fikir, betul la kot... he..he.he.

masih teringat semasa bersekolah dahulu, remaja2 Melayu sudah tidak minum susu dan jijik dengan perbuatan minum susu. Di asrama, sesiapa yang mempunyai susu dalam almari masing2 akan dilabelkan sebagai budak manja dan berhingus dan seterusnya akan disisihkan daripada komuniti. Dan ada antara mereka (jumlah yang kecil) diejek dan dihina kerana menyimpan dan meminum susu tersebut. Minda remaja2 Melayu tersebut lebih cenderung kepada meminum teh/kopi dan menghisap rokok pada kadar yang banyak supaya kelihatan lebih brutal. Bukannya apa, ini mungkin disebabkan pengaruh Hollywood seperti RAMBO lakonan Sylvester Stallone. (Padahal Rambo mendapatkan susu dan telur dalam kadar yang banyak sehari-harian untuk membentuk muscle dan ototnya)

Untuk membuktikan teori aku itu, mari kita lihat perbandingan negara-negara yang penduduknya mengamalkan tabiat meminum susu dengan negara2 yang kurang mengamalkan tabiat meminum susu dari segi INDEKS KORUPSI Antarabangsa (world CPI index)

sumber 1 Transparency world<---------- sila klik
sumber 2 wikipedia <---------- sila klik



List top 14 negara2 yg kurang mengamalkan korupsi ======================================


1. Finland (industri Tenusu)
2. Denmark (industri Tenusu)
3. New Zealand (industri Tenusu)
4. Sweden
5. Belanda/Switzerland (industri Tenusu)
6. Norway
7. Canada
8. Australia (industri tenusu)
9. United Kingdom
10. Austria
11. German
12. Japan
13. Ireland
14. France

KESIMPULAN
---------------

Daripada list tersebut, dapat dibuat kesimpulan secara tidak langsung bahawa, dengan mengamalkan tabiat meminum susu, ia dapat minimumkan pemikiran ke-arah KORUPSI, dalam masyarakat.

Sudah menjadi suatu fakta bahawa MAJORITI bangsa2 kulit putih hidup mengamalkan meminum susu, tidak kira sama ada pagi, petang dan malam. Yang paling lahanatnya tidak kira yang dewasa mahupun si-tua bangka pun tidak terlepas daripada meminum susu ini pada kadar yang melampau. Itulah yang aku peliknya.

Akibatnya orang kulitputih secara intelektual, kurang berfikir untuk dengki-mendengki sesama sendiri dalam sesuatu negara. Sebaliknya kedengkian dan perbuatan lahanat mereka lebih ditujukan kepada bangsa dan agama yang lain daripada mereka.




Yang menjadi persoalannya, terlalu ramai sebenarnya orang-orang Melayu di kampung2 yang bergantung hidup mereka dengan tembakau berbanding susu. Ini termasuk jua bergantung hidup dengan meminum teh dan kopi-o di mana kesemuanya MUNGKIN meninggalkan impak yang negatif bagi si-peminumnya.

Rasulullah SAW berserta nabi2 yang lain, dengar khabarnya pun menggalakkan ummatnya meminum susu-dan-madu. Walaubagaimanapun aku tidak berjaya untuk provide hadithnya. Sendiri cari laaa.


sekian, terima kasih.




elhias 2: Inilah akibatnya jika kurang meminum susu. sering bercakaran dan dengki mendengki antara satu sama lain. Korupsi dan pertelagahan sesama bangsa menjadi-jadi. Otak tengah gagal berfungsi untuk mengeluarkan hormon daya-berfikir tentang bahayanya penyelewengan dan rasuah serta impak kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu.
lihat: mata bundar kekuningan, berurat-urat memikirkan bagaimana untuk untung cepat tanpa usaha halal. Yang seorang lagi tu sedang bermimpi bagaimana untuk mengampu supaya jawatan dikekalkan sehingga ke hari kiamat. Imej paling kanan adalah idola sembahan bagi mereka yang mengamalkan korupsi dan pengkhianat bangsa.


Nota: 1. Susu dan Elhakim tiada sebarang kena-mengena. Elhakim provide theory. Jika terlihat Elhakim mengamalkan korupsi, itu adalah perkara biasa. Jangan salahkan dia.

2. Sori la Mat, hujjah mengenai Ketua-siasatan jenayah komersial yg difitnah oleh IGP/KPN (akibat police-civil-war) , tidak dapat aku terima kerana kedua-duanya memang towkey korup. (walaupun belum dibuktikan secara scientific). Bagi Ketua Polis Negara, Mungkin boleh rujuk pada bapanya. Keh..keh.keh.

Labels: , , , ,

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

iyo lah tuuuuuuuuuu...

7:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

1. Tuan Hakim ada ladang tenusu ka? hehe..

2. Kawan kepada kawan saya pernah belajar di Florida, USA. Isterinya yang terberanak di sana telah diketahui oleh kerajaan negeri Florida. Maka dalam setiap tempoh tertentu, wakil kerajaan negeri Florida akan datang melawat ibu dan anak tersebut untuk memastikan si anak senantiasa dibekalkan susu.

9:21 PM  
Blogger Elhakim said...

Tuan El-Barambang,

he.he. pasal tu kot "logik" depa lebih kuat daripada kita.

6:46 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker