..

Wednesday, October 31, 2007

Pertikaian Drpd Ayahpin: Ayahpin vs As-Sheikh Muszaphar El-Tajalla




sumber rujukan <--------sila klik

Baru saja aku menerima se-warkah email daripada Ayahpin yang menegur permainan jenakaku tentang pertanyaan angkasawan pertama Malaysia iaitu menjurus kepada beliau dan bukannya As-Syeikh dr. Muszaphar.

Ayahpin mensifatkan beliau berasa tidak seronok dengan leluconku itu dan menganggapnya sesuatu yang 'melampaui' dan merendah-rendahkan martabat beliau, seorang bakal ahli syurga. Gelaran angkasawan pertama untuk beliau terlalu rendah. Sedangkan beliau, (Ayahpin) adalah seorang ketua biro Kerajaan Langit yang merangkap sempadan

7 petala langit
7 petala bumi
berserta anak-anak kapal bahtera Noah. (bukan nabi nuh)

Tanpa membuang masa keratan isi warkah beliau adalah seperti berikut:

Ayahpin wrote:

Dear, elhakim,
Sila renungkan, perkara2 di bawah ini:

Kajian bachelor ............................ 6 bulan (RM 1 ribu)
Kajian master ............................... 1 tahun (RM 15 ribu)
Kajian PhD..................................... 3 tahun (RM 20 ribu)
Kajian angkasawan Malaysia taraf dunia(tanpa kelengkapan)........ 10 hari (RM berbillion-billion)

Kajian peringkat post-doctorate, bertaraf TERTINGGI-DUNIA dalam bidang perubatan oleh anak-watan Malaysia, diangkasa lepas (utk umat manusia sejagat) bertajuk "cancer, leukimia cells, Antidote and Procurement" cuma memakan masa 10 hari sahaja berserta seorang experimenter, tanpa subjek iaitu di mana tanpa sebarang alat kelengkapan yang lengkap dengan jumlah RM multi-Billion memang menakjubkan.


masya Allah!!! Hebatnya beliau siapa boleh buat seperti itu? Bagi Malaysia, Hanya seorang Ahli-Sains tempatan diperlukan untuk menjalankan kajian yang sangat hebat yang boleh merubah dunia jika berjaya di atas sana (angkasa-raya) dalam masa 10 hari.

Sesungguhnya itu amat Menakjubkan! yang peliknya pengkaji-pengkaji virus AIDS/cancer di negara2 maju memerlukan suatu pasukan khas yang terdiri daripada pakar-pakar berserta alat kelengkapan yang banyak dan rapi. Malaysia memang boleh. Hanya seorang saja diperlukan.

Oleh itu, saya, iaitu Ayahpin, sedang setia menunggu thesis kajian beliau bertaraf post-Phd peringkat dunia tulisan Dr. As-Sheykh Muszaphar bertajuk " Cancer, leukimia cells and antidote for the whole World " untuk dibaca. Mungkin beliau sedang sibuk mengarang.

Tak sabar saya menunggu. Buat masa ini, saya sedang cuba mencari blog Dr. Sheykh Muszaphar untuk melihat sendiri perkembangan thesis tersebut secara online. Tapi buat masa ni tak jumpa-jumpa lagi. Mungkin 6-BULAN dari sekarang. Saya sanggup tunggu.


Sebaliknya, dalam Website NASA, space-NORAD, dan Russia space program berserta hasilnya banyak pulak yang saya jumpa. Tak larat nak baca, terlampau banyak teori sains, dan hasil-hasil kajian yang hebat2 ditemui. Malangnya, semua dalam kaedah analisis bernombor iaitu termasuk dalam juzuk mathematics pulak tu.

Yang benar,
AyahPIn


======================================

elHakim replied:

Dear Ayahpin,

Sila bersabar, Sila fikir positif. Jika AIDS, cancer/tumor dll ditemui penawarnya di angkasa sana dalam masa 10-hari, maka senanglah kita semua untuk ke Thailand. Apa2 pun, Itu semua projek negara. Kalau boleh SILA SABAR!!!!

Kita mesti positif! kita mesti sokong apa yang kerajaan buat! demi kebaikan kita semua dan nama baik negara! Government is always right!

Pada tahun 2011 nanti, angkasawan ke-2 negara pula muncul. Di kala harga minyak dipasaran dunia bersama gas, kutipan tol melonjak naik 2kali ganda . Walaupun begitu, tidak mengapa kerana yang penting asas kita berfikiran positif.

Kita boleh galakkan perniagaan secara sambilan untuk staff-staff kerajaan dalam ofis kerajaan. Kita boleh abaikan semua rakyat yang inginkan perkhidmatan daripada jabatan2 kerajaan sebagai timbal-baliknya kerna kita akan khusyuk berniaga. Yang pentingnya staf2 kerajaan patut berniaga secara sampingan untuk menambahkan duit poket. Lagipun Berniaga itu sunnah nabi. Amanah dan tanggungjawab untuk masyarakat harus kita lupakan. Sunnah nabi iaitu berniaga itu lebih penting!!!

Insya Allah, Allah pasti tolong jika kita berfikiran positif dan tidak berkefahaman sempit, jumud dan jemu-jemu.

Mungkin untuk tahun2 berikutnya projek aeroangkasa, Mawi mungkin terlibat. Tak pun anak-Samy Vellu. mungkin thesis Mawi bakal bertajuk "Proses Rakaman, Nyanyian di angkasa-raya berserta anak-anak Cosmos" sibuk dirangkakan buat masa ini. Apa-apa pun proposal itu kita kena tungguuuuuuuuuuuuu...

sekian, +ve thinker.
Elhakim Ibn Abi-Elhakim

Labels: , , , ,

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

'..... Yang pentingnya staf2 kerajaan patut berniaga secara sampingan untuk menambahkan duit poket. Lagipun Berniaga itu sunnah nabi. Amanah dan tanggungjawab untuk masyarakat harus kita lupakan. Sunnah nabi iaitu berniaga itu lebih penting!!!'

Apa nak buat, kjan bagi gaji 'ciput' jek kpd staffnya sedangkan harga barang dan minyak dah mula melambung. Bak kata yang tak berpatah, ...desakan hidup.

Dalam sesetengah hal, ya pihak kjan perlulah menjadi seperti 'amil', mengagihkan kkayaan drp org kaya kepada org miskin ( seperti yg dikehendaki dlm pemerintahan bteraskn Islam ). Tapi dlm hal ini, nampaknya ada banyak kelemahan, sebab byk agihan harta negara berlegar2 utk kemudahan kpd golongn kelas atasan. Duit utk penerima bantuan masih lagi tak mencukupi, tak silap tak sampai dua ratus sebulan utk ibu tunggal/ fakir miskin.

Dina- ada sesetengah hal saja yg positif.

4:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

laaaaaaaaaaa...
macam mana nak duit lebih kat korang...
dah duit tu belanja kasik muszaphar tu naik roket.

pelik orang melayu ni.
mengeluh tak banyak duit dari kerajaan.

tapi biarkan projek yg menelan
belanja berbillion ringgit yang kita sudahpun tahu hasilnya tidakpun ke mana.

think straight!!!

soal berniaga sampingan sebenarnya tidak boleh timbul kerana Kualiti pekerjaan akan terjejas.

sudah terang-terangan melanggari etika.

Kan elok setiap pegawai/staff kerajaan diberi gaji yang besar dan cukup.

Tidak perlu berfikir utk meniaga. sebaliknya fikirkan tentang bagaimana untuk membangunkan bangsa dan meningkatkan kualiti pekerjaan.

Konsentrasi tu penting.

6:55 PM  
Blogger Elhakim said...

eldina (opps sorry tertambah 'el')
hehe....

betul tu.. ada baik, ada buruk.

tp x salah kalau ada yg melihat dari sudut negatif.

masing-masing punya critta..

he.he.he.....

wsalam

9:41 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker