..

Monday, November 05, 2007

Persoalan Atas Sana: Pembelian Kapsul Untuk MENGANGKASAKAN bangsa ?




Untuk membakar semangat anak2 muda untuk menjadi angkasawan Malaysia tidak menjadi hal. seribu orang? duaribu orang? empatribu orang? orang Melayu ke angkasa tidak jadi hal. Sesiapa pun sanggup. asalkan budget cukup.

Yang menjadi persoalannya untuk membakar semangat anak2 Melayu membuat 'kajian' di atas sana yg betul2 kajian dan hasil kajian dapat digunakan oleh Malaysia secara menyeluruh.

Itulah yang liat sebenarnya.

Membuat kajian bertaraf dunia dgn bajet terbesar negara tidak sama kajian taraf individu spt buat PhD mahupun master.

Ia perlukan satu-Team. Bukannya satu-orang seperti kera-sumbang. buat kajian sorang-sorang.

Satu team berulang-ulang ke angkasa bukannya bajet yang sikit kawan!!!................
Gunakan kaedah mendarab kawan..........!!!!

Tulisan2 teknik dan output2 ilmiah kajian angkasa hendak dibukukan sebagai bukti. Bukannya hanya 'diari' dgn pengalaman bermain yoyo sahaja. Kemudian ke sana-sini lagaknya mengalahkan superstar.

Kemudian hasil kajian hendak menguntungkan bangsa. Kalau boleh hendaklah 4 hingga 5 kali ganda lebih untung daripada modal semasa membuat kajian.

Kalau tidak, nanti orang lain akan silap faham, orang melayu hanya makan angin menaiki space-taxi. Kalau macam tu sesiapa pun boleh.

Kadang2 terfikir tentang anak2 Melayu yang keluar negara belajar dengan budget 'seciput' selama 4 tahun tapi masih gagal menghasilkan apa2 thesis. Wang juga habis dan dipertikaikan.
pot-pet pot pet mulut orang tak abis2 mengata.

Inikan pula angkasawan............................

Labels: , ,

..

Wednesday, October 31, 2007

Pertikaian Drpd Ayahpin: Ayahpin vs As-Sheikh Muszaphar El-Tajalla




sumber rujukan <--------sila klik

Baru saja aku menerima se-warkah email daripada Ayahpin yang menegur permainan jenakaku tentang pertanyaan angkasawan pertama Malaysia iaitu menjurus kepada beliau dan bukannya As-Syeikh dr. Muszaphar.

Ayahpin mensifatkan beliau berasa tidak seronok dengan leluconku itu dan menganggapnya sesuatu yang 'melampaui' dan merendah-rendahkan martabat beliau, seorang bakal ahli syurga. Gelaran angkasawan pertama untuk beliau terlalu rendah. Sedangkan beliau, (Ayahpin) adalah seorang ketua biro Kerajaan Langit yang merangkap sempadan

7 petala langit
7 petala bumi
berserta anak-anak kapal bahtera Noah. (bukan nabi nuh)

Tanpa membuang masa keratan isi warkah beliau adalah seperti berikut:

Ayahpin wrote:

Dear, elhakim,
Sila renungkan, perkara2 di bawah ini:

Kajian bachelor ............................ 6 bulan (RM 1 ribu)
Kajian master ............................... 1 tahun (RM 15 ribu)
Kajian PhD..................................... 3 tahun (RM 20 ribu)
Kajian angkasawan Malaysia taraf dunia(tanpa kelengkapan)........ 10 hari (RM berbillion-billion)

Kajian peringkat post-doctorate, bertaraf TERTINGGI-DUNIA dalam bidang perubatan oleh anak-watan Malaysia, diangkasa lepas (utk umat manusia sejagat) bertajuk "cancer, leukimia cells, Antidote and Procurement" cuma memakan masa 10 hari sahaja berserta seorang experimenter, tanpa subjek iaitu di mana tanpa sebarang alat kelengkapan yang lengkap dengan jumlah RM multi-Billion memang menakjubkan.


masya Allah!!! Hebatnya beliau siapa boleh buat seperti itu? Bagi Malaysia, Hanya seorang Ahli-Sains tempatan diperlukan untuk menjalankan kajian yang sangat hebat yang boleh merubah dunia jika berjaya di atas sana (angkasa-raya) dalam masa 10 hari.

Sesungguhnya itu amat Menakjubkan! yang peliknya pengkaji-pengkaji virus AIDS/cancer di negara2 maju memerlukan suatu pasukan khas yang terdiri daripada pakar-pakar berserta alat kelengkapan yang banyak dan rapi. Malaysia memang boleh. Hanya seorang saja diperlukan.

Oleh itu, saya, iaitu Ayahpin, sedang setia menunggu thesis kajian beliau bertaraf post-Phd peringkat dunia tulisan Dr. As-Sheykh Muszaphar bertajuk " Cancer, leukimia cells and antidote for the whole World " untuk dibaca. Mungkin beliau sedang sibuk mengarang.

Tak sabar saya menunggu. Buat masa ini, saya sedang cuba mencari blog Dr. Sheykh Muszaphar untuk melihat sendiri perkembangan thesis tersebut secara online. Tapi buat masa ni tak jumpa-jumpa lagi. Mungkin 6-BULAN dari sekarang. Saya sanggup tunggu.


Sebaliknya, dalam Website NASA, space-NORAD, dan Russia space program berserta hasilnya banyak pulak yang saya jumpa. Tak larat nak baca, terlampau banyak teori sains, dan hasil-hasil kajian yang hebat2 ditemui. Malangnya, semua dalam kaedah analisis bernombor iaitu termasuk dalam juzuk mathematics pulak tu.

Yang benar,
AyahPIn


======================================

elHakim replied:

Dear Ayahpin,

Sila bersabar, Sila fikir positif. Jika AIDS, cancer/tumor dll ditemui penawarnya di angkasa sana dalam masa 10-hari, maka senanglah kita semua untuk ke Thailand. Apa2 pun, Itu semua projek negara. Kalau boleh SILA SABAR!!!!

Kita mesti positif! kita mesti sokong apa yang kerajaan buat! demi kebaikan kita semua dan nama baik negara! Government is always right!

Pada tahun 2011 nanti, angkasawan ke-2 negara pula muncul. Di kala harga minyak dipasaran dunia bersama gas, kutipan tol melonjak naik 2kali ganda . Walaupun begitu, tidak mengapa kerana yang penting asas kita berfikiran positif.

Kita boleh galakkan perniagaan secara sambilan untuk staff-staff kerajaan dalam ofis kerajaan. Kita boleh abaikan semua rakyat yang inginkan perkhidmatan daripada jabatan2 kerajaan sebagai timbal-baliknya kerna kita akan khusyuk berniaga. Yang pentingnya staf2 kerajaan patut berniaga secara sampingan untuk menambahkan duit poket. Lagipun Berniaga itu sunnah nabi. Amanah dan tanggungjawab untuk masyarakat harus kita lupakan. Sunnah nabi iaitu berniaga itu lebih penting!!!

Insya Allah, Allah pasti tolong jika kita berfikiran positif dan tidak berkefahaman sempit, jumud dan jemu-jemu.

Mungkin untuk tahun2 berikutnya projek aeroangkasa, Mawi mungkin terlibat. Tak pun anak-Samy Vellu. mungkin thesis Mawi bakal bertajuk "Proses Rakaman, Nyanyian di angkasa-raya berserta anak-anak Cosmos" sibuk dirangkakan buat masa ini. Apa-apa pun proposal itu kita kena tungguuuuuuuuuuuuu...

sekian, +ve thinker.
Elhakim Ibn Abi-Elhakim

Labels: , , , ,

..

Tuesday, October 30, 2007

Persoalan Negara: Astronaut ? Astro-not? Astro-nut? Cosmonaut? Cosmo-nut? Cosmo-not? or Comot?


elhias gambar As-Syeikhul-Arqam:
"ekekeke.... susah nak cari astronout yang agak hensyem macam aku ni.
korang cari la kalo dapat... kat amerika ker... kat russia ker... for sure tak dak punya..... confirm!!! advantage gittewww...!! awek tengok caiirrrrrrr wa cakap sama luuuuu... kih! kih! kih!"


Yang dihormati, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakek-kakek, abang-abang yang dikasihi sekalian,

hurmm.......
beginilah (sambil kaca-mata diletakkan di atas meja)

Penghantaran ker angkasa pada kapasiti negara seperti Malaysia tercinta ini,
ada baik dan buruknya,
ada untung, dan ruginya.

baiknya,
adalah sumbangan terhadap ketamaddunan perilmuan pada peringkat tertinggi-duniawi kerana bukanlah suatu yang mudah untuk mencapai, menggapai cita-cita ke-awanan, sayup ke bintang.
sementelahan, lagi peluang ini kemungkinan tidak bisa diperoleh jika Amerika menjadi tunggangan dari segi kenderaan mereka.

Rusia adalah satu-satunya negara sahabat dalam konteks ini. Melepaskan peluang adalah tidak-sama-sekali.

keburukannya timbul apabila sesetengah cendekiawan dan bijakpandai negara selain dalam kelompok disisi kita mempertikaikan tentang pengkajian dari aspek ilmu yang boleh diambil kira dari segi impak, kesan, keefektifan, keefisienan yang wujud dan maujud bagi kebaikan masyarakat Malaysia.

Dalam masa 10 hari, pengkajian apa yang boleh dihasilkan sedangkan pengkajian dalam aspek dan bidang biologi, medisin, perubatan mahupun bidang bioteknologi membutuhkan dalam jarak jangka waktu yang maha-panjang berserta kelengkapan yang sungguh banyak. ditambah lagi dengan hanya orang-bersaorangan dengan kelengkapan kecil, amat terhad tanpa persediaan rapi sebelum itu kerna eksperimenter sedang giat berlatih bagi tujuan latihan fizikal sebelum ke angkasa-luas melepasi bintang-tujuh. Persoalannya, mampukah individu itu membuktikan segala-galanya?

begitu jua jika dinilai dari segi aspek perilmuan dalam bidang kejuruteraan mahupun teknologi yang masing-masing jua membutuhkan masa yang agak panjang. Segala-galanya memerlukan evolusi untuk menampakkan impak dan keberkesanan teori masing-masing.

Astronaut mahupun kosmonaut bagi negara penaja yang terlibat tidak pantas dipertikaikan oleh kita semua kerna mereka adalah sebahagian daripada evolusi pengkajian ilmu aeroangkasa dan kejuruteraan mereka. kemungkinan dalam masa 10 hari tersebut adalah sebagian daripada pecahan-pecahan, gugusan, soroton episod yang lepas-lepas yang berkemungkinan tidak lama lagi bakal menampakkan teori baru dan hasil.

lantaran, maka sebab itulah ada antara masyarakat di negara ini terus-terusan mempertikaikan tentang keterlibatan astronaut kita ke arah dimensa baru itu. dan mempersoalkan terma 'astronaut' kepada dia yang mengharunginya kerna realiti pahit disebabkan "hanya melancong makan angin, peluang mengunyah roti-canai lanjutan daripada gugusan siri cuti-cuti Malaysia" maka Astro-Not, nama diberikan.

Hasil pengkajian tentang virus Aids dan obat bagi penyakit itu selama 10 hari diangkasa terus dinantikan akan jawapannya yang masih belum tiba. Dikhuatiri maksud pengkajian itu hanya mengaburi kita semua bagi membolehkan mendapatkan passport, tiket dan restu.

Walauapa2 pun, elHakim, dalam konteks ini bersikap neutral kerna persoalan tema yang utamanya adalah tentang.......

1. SIAPAKAH ANGKASAWAN PERTAMA, UTAMA DAN TERULUNG DI MALAYSIA?
2. SIAPAKAH SULTAN YANG MELUCUTKAN GELARAN ANGKASAWAN PERTAMA SHEIKHul arqam As-Syeikh el-MUSZAPHAR El-Tajalla Adulyadej At-Thaqafi Askolani?

sehingga kini, nampaknya masih lagi belum terjawab.

Labels: , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker