Persoalan Bangsa Melayu: Tentang Jumlahnya
Maksud Gambar Hiasan: Wajah seorang Arwah. Gaya tulen seorang lelaki berbangsa Melayuwiyuun.
Ramai yang bertanyakan soalan padaku tentang berapakah jumlah bangsa Melayu dalam dunia ini? he...he...he..
Walaubagaimanapun,
Ada yang mengatakan lebih daripada 100 juta.
Ada yang mengatakan keseluruhan bangsa Nusantara (termasuk dalam kepulauan Indonesia dan Filipina) ini adalah bangsa Melayu. Oleh itu jumlahnya adalah melebihi 200 juta.
Apa-apapun, setahu aku, aku belum lagi menjustifikasikan bilangan anggaran bangsa Melayu ini yang sebenarnya. Yang aku tahu, bilangan Bangsa Melayu ini adalah tergolong dalam golongan kelas yang agak sa-dikit.
Walaubagaimanapun aku sangat tertarik dengan suatu artikel keluaran Wikipedia yang menyatakan jumlah anggaran yang sebenarnya tentang jumlah bangsa Melayu ini.
Source Reference : Wikipedia: Malays (Ethnic Group) <---sila klik
Bila difikir-fikir, aku dapat simpulkan bahawa jumlah bangsa kita ini rupa-rupanya lebih sa-dikit daripada jumlah bangsa Yahudi yang bertaburan di muka bumi ini.
Jumlah bangsa Yahudi adalah 18 juta orang
Jumlah bangsa Melayu adalah 24 juta orang
Di sini aku perlu mengakui bahawa sebenarnya bangsa Melayu ini memang mempunyai jumlah seramai 24 juta orang sahaja. (Mengikut bias aku dan telahan aku selama ini) Maka dengan ini, sudah jelas bagiku bahawa sa-benarnya orang Melayu ini bukanlah suatu bangsa yang ramai tetapi sebenarnya adalah tergolong dalam golongan bangsa-bangsa minoriti yang sa-dikit dalam dunia ini. Justeru itu, ia secara tidak langsung telahpun mensahihkan apa jua fakta aku tentang tanggapan aku terhadap bangsa Melayu ini dalam posting dan entri-entri aku yang lepas. he....he.he.. Siapa sebenarnya Melayu ini, Aku mentafsirkan bangsa Melayu adalah seperti berikut:
Sesiapa yang kelihatan seperti datangnya daripada rumpun mongoloid dan polynesia, yang melarikan diri daripada tempat asal mereka khususnya dari kepulauan Nusantara, dan bermastautin tetap di tanah Melayu, berketurunan Melayu, berbahasa Melayu, dan mengamalkan adat-resam bangsa Melayu itu berserta pantang-larangnya juga kepercayaan dan keigamaannya--(el-Islam) maka orang itu adalah dinamakan sebagai bangsa Melayu. Dan ini termaktub dengan pembuktian jelas yang tertera pada kad-kad pengenalan bagi mereka yang mengakui bahawa mereka adalah bangsa Melayu dan telahpun disahkan memperoleh status bumiputra oleh kerajaan yang memerintah Tanah Melayu ini.
Maknanya di sini, jika seseorang itu mempunyai separuh daripada kualitas di atas maka orang itu boleh disahkan sebagai bangsa Melayu dengan bersyarat
1. wajahnya seseorang itu seperti rumpun mongoloid/polynesia/austronesia
Dan syarat seperti di atas adalah suatu kemestian.
Mengikut seorang pengkaji German, maksud berwajah seperti rumpun mongoloid yang diertikan sebagai Melayu adalah seperti berikut:
Blumenbach writes:
"Malay variety. Tawny-coloured; hair black, soft, curly, thick and plentiful; head moderately narrowed; forehead slightly swelling; nose full, rather wide, as it were diffuse, end thick; mouth large. upper jaw somewhat prominent with the parts of the face when seen in profile, sufficiently prominent and distinct from each other. This last variety includes the islanders of the Pacific Ocean, together with the inhabitants of the Marianne, the Philippine, the Molucca and the Sunda Islands, and of the Malayan peninsula.
bersambung...
Labels: Bahasa Melayu, Bangsa Melayu, jumlah, jumlah bangsa Melayu, persoalan, persoalan bangsa
8 Comments:
Mana sambungannya, selepas raya ke?.
saya adalah satu orang dari 24 juta iteew...yahooo, besh besh.. gua masuk statistik beb
Tak sangka ada juga penganut Ghaffarisme di sini..hehehe
hmmm...klu dari segi rupa , nampaknyer sueda kurang mealyu lah....
melayu, tak melayu, melayu, tak melayu...
SELAMAT HARI RAYA
maaf zahir batin ElHakim...
Salam Eid Mubarak..Ampun+maaf andai ada salah&silap atau terkasar bahasa..Semoga Eid ini dipenuhi kegembiraan & penuh berkat. Amin.
sahabatku, ustaz el-hakim ...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.
ya, sahabat dan ustazku el hakim,
selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin..
sebulan berpuasa, melatih diri mengurangkan rokok, tahniah, hehe..
alo encik elhakim,
silerlah hapdet hencek..
heniwei, helamat hari hayer kata aku dengan sengaunyer
Post a Comment
<< Home