Persoalan Ummah: Apa Kelebihan kita sebagai ummat Muhammad (SAW)?
setelah meneliti usia yang meningkat dari sehari ke sehari, pernah terfikir jua apakah yang dimaksudkan sebagai "kelebihan sebagai ummat Muhammad SAW berbanding dengan ummat yang lain ?"
Jawapan yang aku mahukan sebenarnya bukannya jawapan biasa-biasa yang boleh didapati daripada ustaz-mustaz mahupun AJK-Surau, tetapi jawapan yang datangnya daripada jiwa manusia yang mempunyai percantuman antara tunjang kemalaikatan dan sebatian kesyaitanan yang menaqdirkan bahawa tempatnya manusia itu sama ada di syurga mahupun di neraka kelak.
Terdapat hanya 2 kelebihan sebenarnya menjadi ummat Muhammad SAW iaitu
1. dianugerahi rezki yang sa-dikit
2. dianugerahi umur yang pendek
Bila difikirkan secara logik, kedua-dua kelebihan tersebut sebenarnya adalah compliment dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain
Kelebihan yang pertama tersebut adalah merujuk daripada Nas el-hadith yang mafhumnya
"sengaja dijadikan oleh ALLAH SWT akan kebanyakan ummat Muhammad itu rezeki yang sangat sa-dikit. Namun begitu, mereka sangat bersyukur pada tuhannya"
Memang terdapat protest bagi ayat el-hadith yang berbunyi demikian bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang agak lumayan.
Hujjah aku untuk menangani protest yang sa-demikian adalah seperti yang berikut:
Gaji bulanan yang berpuluh-puluh ribu sa-benarnya tidak melambangkan apa-apa nilai pada waktu ini karena ia adalah nilai yang dicetak pada kertas kosong yang bukan berupa barangan kehidupan.
Berbanding dengan kebanyakan ummah zaman dahulu yang mempunyai beratus-ratur relung tanah-perkebunan, berserta ternakan2 juga hamba-sahaya yang amat menghiburkan lagi melalaikan di samping emas-emas kati yang tidak terperi banyaknya.
Wang ringgit bagiku sebenarnya hanyalah suatu 'token' yang boleh ditukar-ganti dengan barangan keperluan. Apa yang hendak dimaksudkan di sini adalah, selagi ia (wang-ringgit) tidak digunakan untuk tukaran-ganti tersebut, dan masih tersimpan di dalam bank2 mahupun di dalam poket si-empunya maka ia tiada boleh dikatakan sebagai rezki si-pemunya. Sebaliknya ia adalah sebagai syarat pembelian yang masih belum menjamin sebarang nikmat mahupun kesenangan, juga kemewahan bagi si-pemunya tersebut. Dan sesungguhnya apa yang dimaksudkan sebagai rezeki di sini adalah
1. apa yang kita makan
2. apa yang kita pakai
3. apa yang kita miliki yang boleh * membahagiakan kita
* Konsep apa yang miliki yang boleh membahagiakan kita adalah seperti memiliki rumah-dan dewan yang besar, perhiasan2 yang mahal dan cantik, anak-anak yang ramai, isteri-isteri cantik, gundik-gundik lawa, hamba sahaya yang ramai dan ternakan-ternakan juga kenderaan-kenderaan yang amat membahagiakan. (di mana kebanyakan ummat Muhammad pada masa ini tiada memiliki langsung apa yang dimaksudkan seperti itu)
... dan untuk menutupi segala kelemahan ummah Muhammad tersebut maka Allah memendekkan usia kita semua. Dan sudah jelas bahawa takdir yang memendekkan umur kita itu, secara tidak langsung membataskan dan menghadkan segala rezeki kurniaan Allah ke atas kita semua. (berbanding dengan umur ummat2 terdahulu yang rata-ratanya agak panjang berbanding degan kita semua)
Sekaligus dengan kependekan umur itu, maka ia dapat melindungi ummat Muhammad itu daripada terus-terusan melakukan kemungkaran dan keburukan di dunia ini.
Elhamdulillah...
wallahualam,
sekian, terima kasih.
Labels: kematian, persoalan, persoalan ummah, rezeki
4 Comments:
dina,
salam elhakim.lama jenguk blog saudara tapi baru pertama kali mencatatkan sesuatu..
menjadi umat muhammad adalah satu kelebihan...mulanya tidak berapa arif bagi saya utk memanafaatkan istilah 'umat muhammad' dalam kehidupan.
sekiranya boleh berkongsi, sikap nabi, cara nabi, bagaimana nabi menangani masalah seperti fitnah, cabaran, sakit dan ujian ( kerana itu kita perlu baca sejarah hidup nabi sebenarnya..)merupakan suatu warisan yang terlalu beharga utk diaplikasikan dalam hidup.
memang sukar utk mengikutinya ( apatah dunia sekarang byk kepura2an ) namun keberkesanan mengamalkannya dalam melalui kehidupan sehari-harian terbukti akan menjadi lebih tenang dan berkat.Kelebihannya- ada panduan, ada idola.
itulah nikmatnya menjadi umat nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W.
el-Dina El Najat
salam kembali. el-dina..
ya betul............
askm,
antara sikap Nabi Muhammad S.A.W yang patut kita contohi ialah, baginda suka memanggil nama seseorang itu dengan panggilan yang seseorang itu suka.
dina- tolong jangan tambah el...el kat nama saya ya. Mungkin kat nama encik hakim sesuai..
tk. wslm.
ehehehe..
saya tak tahu awak tak suka ada tambahan el.... ada sesetengah tue sukaaaaaaaaaa sangat...
ehehehe...
caya syukaa...
Post a Comment
<< Home