Permasalahan Polis PDRM : Antara Melepaskan dan Menangkap Penjenayah
Gambar hiasan:
"Bapak aku dulu tu orang alim-alim. orang berigama, Ulamak!!...ajar ngaji satu negara. Aku pulak ketua polis negara. hik..hik..hik"
Begitulah luahan perasaan KPN: Tan Sri el-Musa el-Hassan bersungguh2 dihadapan press. (gamaknya lerr)
Setelah terbaca akhbar arus perdana pagi tadi, aku terus banyak berfikir. Maklumlah, akhbar perdana tersebut tertulis motto yang berbunyi "Penyebar Fikiran Rakyat". Setelah aku membaca akhbar tersebut, aku (sebagai rakyat) terus berfikir dan aku nak sebarkan apa yang aku fikir. rumusan fikiran yang boleh aku buat setakat ini adalah
1. 70% tenaga dan kekuatan pasukan Polis-Di-Raja Malaysia(PDRM) dijadikan alat suruhan bagi kepentingan partai yang memerintah
2. kurang daripada 30% tenaga kekuatan PDRM menjurus kepada aspek2 keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
3. Yang bakinya aku pun tidak tahu ke mana pergi.
Mana aku dapat figura statistik tersebut, itu tidak penting kerana masing-masing boleh mengadili dengan kebijaksanaan masing-masing. Memang terdapat bias, pro dan kontranya di sini.
Tajuk Berita seperti di bawah menjadi perhatian aku
BPR tahan pegawai polis milik harta RM9 juta <----sumber sila klik
Terkadang aku hairan mengapa akhbar tidak sesekali atau tersangat liat untuk menayangkan gambar muka pesalah dari kalangan pegawai atasan ( pihak polis) mahupun pihak berkuasa yang lain. Sedangkan kesalahan pihak tersebut terlalu besar, mempunyai bukti2 yang kukuh dan mendatangkan kesan yang amat negatif kepada masyarakat seterusnya keselamatan rakyat waiima negara.
Rakyat naklah tau jugak, macam mana rupa orang yang makan rasuah ni. Orang makan nasik, tapi diaorang makan rasuah. Paras rupa mungkin berbeza. sapa tahu ?
Kesalahan pihak tertinggi-berkuasa seperti di bawah amat merbahaya dan tidak boleh dipandang remeh seperti
1. Melepaskan ahli2 tertinggi gansterisme/kongsi-gelap/pengganas-pengganas-domestik
2. Memakan rasuah secara direct memberi impak negatif kepada bangsa dan masyarakat. (bukan rasuah kecil-kecilan)
Dan yang peliknya kesalahan2 besar seperti itu tidak pernah mendapat liputan meluas pihak media. Kalau adapun, jarang-jarang dan sekejap2 (nak sorok malu la tu..jaga imej konon). Pendedahan pihak berkuasa atasan yang disyaki ke muka pengadilan dibuat adalah setelah kes tersebut telahpun menjadi sangat popular dan rahsia bukannya rahsia lagi.
Berbanding dengan kes provokatif di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini, Kalau boleh kesemua gambar2 yang disyaki sebagai perusuh dipampang dalam media massa. Padahal, yang tertuduh tersebut belum lagi dibuktikan dan kemungkinan besar gambar tersebut adalah diambil secara melulu dan trigger-happy oleh jurufoto polis untuk tangkap-muat bagi bukti yang mahu diadakan sebagai kes. Yang aku nampak adalah gambar2 muka manusia yang tercegat kemungkinan besar mereka sedang mendengar ceramah dan bukannya sedang melakukan rusuhan. Entah2 gambar pak-aji sedang meneran sembelit dalam jamban pun mungkin diambil oleh pihak polis sebagai bukti riak-muka yang ganas.
=============================
Sebab itulah (agaknya) terlalu banyak kes-kes jenayah yang gagal ditangani oleh pihak polis kerna pihak polis bukan menangkap penjenayah yang sebenar tetapi secara tidak langsung melepaskan dan melindungi mereka pula. Oleh sebab itu, jangan hairanlah jika terlalu banyak kes-kes pembunuhan dan perogolan yang berleluasa di Malaysia, ini adalah kerana bapak-bapak penjenayah yang melahirkan penjenayah kecil-kecilan sedang membiak dengan banyaknya...
he.he.he.
Tak tahulah kemungkinan besar allahyarhamah Nurin Jazlin tersenyum kerna kebodohan dan ketololan pihak berkuasa dalam menangani kesnya.
" aiii sex-manic cam tu pun tak leh carik? sampai aku mati cam ni? cakap bagus dan cekap..td.. dahlah orang yang nyumbat terung masih terlepas la ni. mak bapak aku pulak jadik mangsa... bodo... betulla pakcik kat atas tuh"
Betullah kata falsampah makcik sayur secara illegal kat belakang rumah...
Ada polis menyusahkan. Tak ada polis lagi susah.
Labels: Musa Hassan, Nurin Jazlin, PDRM, permasalahan, Permasalahan Polis PDRM
4 Comments:
salam ziarah.
kdg2 pelik, orang tua2 kebanyakkannya meluat sgt dengan polis, rasanya semua maklum kot sebab apa. kalau boleh janganlah dapat menantu polis...yg dipesan pada saya la
hehe..
kim, kalau tak ada polis,macam mana?
eh...aku dah cakap kan...
ADA POLIS SUSAH. TAK ADA POLIS LAGI LA SUSAH...
jujue,
salam..kembali.
Post a Comment
<< Home