..

Saturday, September 15, 2007

Persoalan Globalisasi: Mengapa Tiada Alternatif Selain daripada Minyak dan Petrol ?


Setelah aku berfikir panjang dan menyelami beberapa fakta, Maka aku dapat simpulkan bahawa terdapat kuasa2 besar yang didokong oleh kuasa-kuasa kecil di dalam dunia ini yang terus-menerus mendominasikan petrol sebagai bahanapi utama dunia terutama bahanapi untuk kenderaan bermotor.

Kalau hendak diikutkan logik, beberapa teknologi baru sebagai alternatif kepada petrol telah cuba di kembangbiakkan tetapi kejayaan teknologi baru tersebut disenyapkan dan ada di antara kajian-kajian tersebut yang dibatalkan kerana semata-mata untuk melindungi harga minyak daripada terus merudum dan jatuh.



Ini adalah kerna sesiapa yang mempunyai kuasa ke atas minyak/petrol, maka merekalah yang paling berkuasa sekali di dunia ini selain daripada kuasa dalam mengawal teknologi media-massa.


Sesungguhnya ini adalah suatu konspirasi yang paling jahat dan paling kotor sekali di abad ini dan amat berkemungkinan besar ia didokong oleh kapitalis-kapitalis Yahudi serta Nasrani dan pengamal kultus sesat pada kedudukan ke 33 darjah ~ ajaran secret-society yang dipanggil sebagai puak Freemason dan Illuminati.

"Novus ORDE Seclorum" -- Orde Dunia Baru




Sesungguhnya bagi aku, otak manusia dalam masa 50 tahun sejak kebelakangan ini, sudah pasti dapat mencipta dan memperbaiki alternatif baru selain daripada minyak. Contohnya adalah penciptaan kenderaan berkuasa elektrik mahupun bateri. Di mana kuasa bateri tersebut dapat bertahan lama untuk beberapa hari dalam seminggu sebelum ia dicas semula. Jika tidakpun, peningkatan penggunaan biodiesel pada tahap 30% daripada hanya 5% untuk unsur Bio sekarang ini.

Dan paling sengkekpun biarlah terdapat kenderaan yang mempunyai dwi-kuasa iaitu hibrid petrol dan bateri/kuasa-solar. Biar sebesar manapun kenderaan tersebut, jika ia jimat dalam penggunaan bahanapi maka sesungguhnya pastilah ia akan menjadi pilihan pengguna bijak. (lihat trend sekarng ini kebanyakan pengguna suka kepada kenderaan besar seperti SUV, MPV, van dan trooper).





Sesungguhnya bagi aku, amat mustahil pemikiran2 manusia yang maju masih gagal memperbaiki kelemahan terhadap kenderan yang bergantung pada bahanapi/tenaga selain daripada minyak. Sedangkan pada waktu yang sama, manusia2 maju itu telahpun berjaya mencipta innovatif2 baru terhadap sistem komputer di mana komputer yang besar-sebesar rumah yang menggunakan teknologi vaccum tube seperti mainframe, telah berubah menjadi komputer yang paling kecil sekali dalam masa yang amat singkat (contoh PDA , palmtop, mikcromputer, laptop dan PC).




Aku mengesyaki bahawa, sudah pasti terdapat kuasa-kuasa rahsia yang menegah-mencegah orangramai daripada me-minimumkan penggunaan minyak dan petrol. Dan segala innovatif-innovatif baru sebagai alternatif kepada petrol tersebut disorokkan daripada pengetahuan umum. sementelahan itu media-massa telahpun mereka kuasai hampir 100 peratus.




Apa-apapun segala-galanya adalah berkemungkinan kerana tangan-tangan jahanam tersebut telah berusaha sedaya-upaya untuk mendominasikan segala-segala apa yang ada di dalam dunia melalui sistem ciptaan mereka yang dipanggil sebagai GLOBALISASI.

Pembuktian ke atas jenayah terancang yang disebut sebagai globalisasi ini memang tidak dapat dilakukan kerana ini adalah suatu teori konspirasi yang memang tidak dapat dibuktikan di atas kertas putih walaupun beberapa bentuk fakta bertulis dikemukakan.

Kemungkinan besar kompeni seperti Exxon, Mobil, Fina, Shell, BP adalah teras dalam membiayai cita-cita globalisasi tersebut. Semua negara menggunakan petrol daripada sumber yang sama menerusi sistem globalisasi itu.




==========Kesimpulan==============
Jika skop globalisasi itu dikecilkan (hanya ke atas negara Malaysia ini), jika penggunaan petrol pada kenderaan dimansuhkan dan ditukarkan kepada bahanapi yang selain daripada petrol, bagaimana halnya pemegang-pemegang saham syarikat Petronas, Pak-Pak menteri kita, juga orang-persaorangan yang membolot hasil bumi tersebut ?...

Tak tergolek mereka?

fikir-fikirkanlah... Semoga Ramadhan ini berjaya meng-3D-kan pemikiran kita semua..

amin-amin ya rabbil alamin...


Labels: , , , , , ,

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Meng-3D-kan pemikiran? Insyallah...

11:29 PM  
Blogger Elhakim said...

el-barambang,
kdg2 aku tertanya2 kenapa aku masih belum mempunyai pemikiran 3D
...

he.he.

sudah nasib..

6:23 AM  
Blogger azeel said...

di atas kau katakan perkataan GLOKAL .. di bawah ini pula aku terjumpa perkataan "meng-3D-kan" .... adakah ini perkataan baru dalam kamus dewan, kim? seharusnya diejakan begini sahaja "mengtigadeekan" ...
hihihi...

aku agak celaru, apakah kau mahu bercerita tentang minyak, petrolium dan bahan bakar ATAU cerita tentang freemason? semua foto-foto itu ada kaitan dengan freemason, jika tidak silap ...

tuan sheikh, minyak adalah "emas hitam" seperti yang disebut dlm al quran. peperangan alaf baru sebenarnya ada hubungkait dengan soal ini. cuma diberikan alasan seperti "keganasan islam", "kedaulatan israel" atau "ketuanan arab" sebagai penyebab peperangan itu terjadi.
kenapa iraq diperangi? kerana simpanan minyak ke 2 besar di dunia ada di situ. siapa yg ada simpanan terbesar? arab saudi yang sebenarnya sudah terantai oleh 'polis dunia' yang menjaga kedaulatan arab saudi semasa perang teluk pertama dahulu. mengapa pula afghanistan diperangi? kerana amerika itu mahukan satu laluan selamat bagi paip yang membawa minyak dari laut siberia melintas bumi afghanistan. dan sekarang pula, amerika tercari2 alasan munasabah untuk menyerang iran, kerana iran satu-satunya negara yang masih kuat bertunjangkan pendapatan dari minyak.
aku kira, tidak lama lagi, malaysia juga akan mengalami nasib yang sama. kekayaan malaysia dek petrolium pasti membangkitkan rasa gelogoh orang2 yahudi yang menjadi dalang dalam kerjaan amerika. cuma tidak pasti, apa taktik yang akan digunakan. samada peperangan, atau paling mudah menghasilkan kekacauan dalam malaysia. samada kekacauan antara kaum di malaysia atau pertembungan antara 2 puak dlm kaum melayu.
aku yakin, tanpa disedari, hal sebegini sudah mula berlaku di sekeliling kita...

9:23 PM  
Blogger Elhakim said...

el-azeel,

Fasal meng3Dkan pemikiran tu aku mengaku aku silap.

Sebagai menjamin karakteristik seorang bangsa Melayu asli, aku juga terkena penyakit ikut-ikutan yang sering suka mencemari bahasa sepertimana yang telah terjadi ke atas orang-orang Melayu yang lain.

aku dan mereka tiada bezanya.

Diumpamakan suatu kawasan yang mulanya dulu subur dengan tanam-tanaman. Apabila didirikan kilang-kilang kimia yang penuh asap dan pencemaran, Adakah kawasan yang dulunya subur dgn tanam-tanaman itu bebas 100peratus daripada pencemaran ?

11:39 PM  
Blogger azeel said...

sebenarnya aku juga takut dalam menulis blog ini, aku takut mengajar melayu-melayu yang lain mencemar bahasa ibunda kita sendiri. aku bukan tidak boleh menulis dlm inggeris(dan kalau aku salah dalam suku katanya pun, apa aku peduli, sebab itu bukan bahasaku pun!) aku mahu memertabatkan bahasa melayu itu sendiri.
cuma bila menulis blog, kadangkala aku terikut juga dengan lenggok indonesia yg terlalu mudah meringkaskan perkataan (2 atau 3 perkataaan menjadi satu).
dan ada satu hal lagi. kepada penulis-penulis novel popular atau 'picisan' seperti apa yang digelar oleh orang-orang 'sasterawan', aku harap kamu semua jangan patah semangat. biarlah mereka mengatakan yang kamu semua hanya menggunakan bahasa melayu 'murahan' atau 'pasar' kerana padaku, kamu semua sudah menanam minat untuk orang melayu membaca dan menggunakan bahasa melayu selayaknya.

9:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks for any other wonderful article.
The place else could anyone get that kind of info in such
an ideal way of writing? I have a presentation subsequent week, and I am at the look for such information.
my page > Instalación geotermia en Toledo

12:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

When I originally commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now
each time a comment is added I get four e-mails with the same comment.
Is there any way you can remove people from that service?

Thank you!
Stop by my web-site - topografía

5:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

This site certainly has all of the info I needed about this
subject and didn't know who to ask.
My web page bacalaos

11:19 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker