..

Wednesday, September 12, 2007

Persoalan Peranan Polis dan SB/UTK: Pendokong undang2, Si-Barua atau Penyangak?



maksud gambar: Polis/UTK berjaya menumpaskan suatu sindiket samun di KL baru2 ini. Sila fokus kepada anggota preman yang memakai topi dan berpistol di tangan. (manusia paling kiri)

sumber arkib gambar klik sini

Wise-man selalu berkata

1. Don't judge book by its cover.
2. Jangan menilai seseorang itu melalui rupa-parasnya.
3. Selekeh tidak semestinya bodoh dan tidak berwibawa.

he.he.he

Kata2 itu memang ada betulnya.

Sebab itulah aku menggalakkan supaya wanita-wanita Melayu jangan terlalu memilih pasangan. Kalau boleh, pilih sajalah mat-mat kelabu, mat-mat serabai, kutu brahak mahupun si-pengemis yang serabai dan selekeh di jalanan kerna kemungkinan pengemis itu lebih mulia daripada seseorang pegawai tinggi kerajaan yang sentiasa kelihatan kemas, berkemeja bergosok dan bergaya. Tetapi pada masa yang sama, mengamalkan korupsi. (dont' judge the book by its cover kan?)

he..he.he..

Samalah jua halnya seperti gambar seorang anggota polis/ Unit Tindakan Khas PDRM di dalam gambar dalam entri ini.

Kalau nak ikutkan hati, rupa polis tersebut yang berpakaian preman/tanpa uniform kelihatan tidak ubah seperti mat-fit, kutu-jibaok mahupun pelanggan pelacur-murahan seperti dalam segmen 360-darjah TV3. Paling kurangpun seperti Mat-rempit yang ketagihan payu-dara bohsia.

Walaubagaimanapun terdapat pro-polis yang mengatakan bahawa itu adalah Unit Tindakan Khas yang bekerja sebagai undercover atau menyamar. dan sememangnya anggota polis tersebut berhak untuk berpakaian seperti itu kerana sememangnya ia termaktub di dalam bidang tugasnya.

he..he.he..

Walau apa-apapun alasannya,

Bagiku pula, rupa dan sahsiah anggota polis tersebut tidak ubah seperti pencetus keganasan yang cuba menimbulkan huru-hara seperti membakar bendera-Malaysia di khalayak ramai, dalam insiden dan peristiwa berdarah di Pantai Batu Buruk Terengganu baru-baru ini. (SEGALA-GALANYA BERKEMUNGKINAN. sesetengah orang politik itu kotor kan ?)

Pada aku, mungkin itu juga termasuk dalam bidang tugas UTK yang sering menimbulkan provokasi untuk memburukkan parti pembangkang di atas arahan ketuanya yang aku sendiri tidak tahu siapa. (atau aku buat-buat tak tau..he.he..he.)




Samalah juga dengan bidang tugas CIA mahupun FBI di Amerika Syarikat yang melindungi kerja-kerja kotor kerajaan kesayangan mereka demi so-called "kepentingan Rakyat Amerika"
sehingga kadang-kadang mengorbankan nyawa orang-awam yang tidak berdosa.

Walau apapun jua, aku berhak mengesyaki dan mengabadikan apa2 yang terlintas di fikiran aku melalui blog kerana.... jika tidak... aku akan terlupa...

al-maklumlah.. Melayukan mudah lupa... sebab itulah wajib dicatitkan...

Tidak salah mengesyaki sesuatu kerna.. kerja polis pun begitu iaitu melakukan siasatan yang dimulai dengan syak-dan-wasangka...

dan betullah ada sesetengah yang berpendapat,
hanya si-penyangak sahaja yang cekap menumpaskan si-penyangak yang lain.

Agaknya beginilah kata-kata Ketua Polis Negara kepada anak2 buahnya

1. Nak tumpaskan sindiket pelacuran, kita mesti jadi seperti pelacur dan pelanggan pelacur
2. Nak tumpaskan sindiket pengedaran dadah, kita mesti jadi pengedar dadah dan penghisap dadah
3. Nak tumpaskan sindiket penjualan babi, kita mesti jadi seperti b*** (yg ni tak la kot)
4. Nak tumpaskan pembangkang, kita mesti jadi seperti pembangkang.

no. 4 itu polis memang silap kerna tiada mana-mana parti pembangkang yang sanggup membakar bendera negara sendiri di khalayak ramai tambah2 lagi sudah tentu perbuatan itu akan membahayakan reputasi parti sendiri. Baik di Malaysia mahupun di Amerika Syarikat Tak pernahpun mana2 parti pembangkang membakar bendera sendiri semasa perhimpuanan partinya. Tok2 guru tak pernah ajarpun.


Hanya polis Malaysia sahaja yang membuat spekulasi seperti itu yang mengatakan para pembangkang yang mencetuskan huru hara dengan membakar bendera Malaysia tanpa mempunyai bukti2 kukuh dan sahih. (tanpa tangkapan dibuat serta penghadapan di Mahkamah)

(nota: Tugas pembangkang adalah membangkang kerajaan. Bukannya membakar bendera. Pembangkang sudah pasti menggunakan bendera yang sama jika mereka berkuasa kelak. Sayugia diingatkan bahawa bendera dan parti-yang-memerintah adalah dua entiti yang berlainan)

Sebab itulah polis kita memertabatkan diri sendiri sebagai badan polis yang terulung di dunia kerana mempunyai intel-intel yang bijak dalam menangani sesuatu kes. Segala kes-kes di Malaysia ini dapat mereka selesaikan dengan mudah tanpa perikasa.

eh ya tak ya jugak, kalau polis tak puji diri sendiri, sapa lagi nak puji ek? Nak harapkan pakcik Elhakim tu, 100 kali khinzir bertanduk pun belum tentu dia nak puji. Bangsa sendiri pun dia kritik inikan pulak polis.



Yang bangsatnya, takkan pemuda-lembik yang membakar bendera itu pun polis gagal untuk menangkapnya sedangkan pemuda yang membakar bendera itu seolah-olah hanya individu (loner) tanpa ada sesiapapun di sisi pemuda itu sebagai petualang atau back-up.

Kan polis mempunyai motto: Cepat dan Betul ? Takkan itupun payah nak tangkap ?

Semasa perhimpunan Reformasi 1998 dulu ramai pulak yang kena tangkap dan kena belasah. Dengar2 di Batu Buruk kelmarin terdapat ramai polis yang berpakaian preman. Apa susah sangat ker nak kejar pemuda yang membakar bendera tu ?

Sedangkan perompak bank polis boleh tumpaskan inikan pula seorang pemuda yang sedang asyik-masyuk untuk menyalakan api membakar bendera. (Tak salah aku takes time jugak nak tunggu api tu menyala nak sambar bendera)


he..he.he.. ntahlah..

wallahuam

aku tak tau.. fikir-fikirkan lerr...

nota kaki: Kerja2 membakar bendera itu sudah terang-terang kelihatan seperti perusuh. Mana cekapnya polis dalam menangani isu ini. Mustahil polis tidak nampak. Yang peliknya orang lain pula yang ditangkap dan ditembak dengan peluru hidup. Takkan nak tunggu sampai sejam pembakar bendera tu lepak di situ baru polis dapat tangkap??? aneh...aneh..

Sebab itulah towkey babi pun boleh terlepas.
===========
Kepada mat-mat parti pembangkang, Ada polistu susah. Tak ada polis lagiilaaa susah..
abihtu camner ? Tak dapek la den nak nolongnya..nasib ekau la...

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker