..

Tuesday, August 28, 2007

Permasalahan SPR: Umumkanlah dan declarelah cepat-cepat!


Hehehe…

Mungkin Banyak sangat di dalam Malaysia ini yang menjadi teka-teki bagiku. Terutama tentang pilihanraya yang bakal diadakan mungkin tidak lama lagi. (siapa yang boleh teka).

Bila soalan bilakah tarikh pilihanraya diadakan? Semuanya geleng kepala. Tandanya hanya kepala kerajaan tertinggi di Malaysia saja yang berhak mengetahuinya dan mendifinasikannya.


Inilah yang menjadi misteri bagiku.


Entah apa faedahnya melewatkan pengumuman dan perkhabaran tentang tarikh sebenar pilihanraya ? aku pun tak tahu (walaupun aku tahu. He.he.he..)


Kalau boleh, biar hari ini pilihanraya, maka ini jam juga pengumuman dibuat kepada orang ramai. Supaya semua orang terkanjat dan terperanjat beruk.


Kalau boleh biar semua orang tidak payah mengundi. Biar hantu jer yang mengundi.


Bagi aku, kerajaan memerintah tidak berapa kisah jika tiada orang hendak mengundi kerna bagi mereka pengundi-pengundi hantu pun sudah mencukupi.



Tak kisahlah sama ada dakwat India, dakwat Cina ker… apa apa pun esok nak pilihanraya, hari ni baru diumumkan.


He..he.he.


Lain pula halnya tentang pembukaan tender berbaur ali-baba yang bernilai berjuta-juta dolar mahupun berbilion-billion ringgit Se-Malaysia.


Belum sempat hendak buka mulut, awal-awal lagi pihak authority dah declare bahawa pada tarikh sekian-sekian tender tersebut telahpun dimiliki. Siap dengan pembuktian sekali .


Di situ kelihatan betapa telus dan adilnya serta cekapnya pihak authority mahupun pihak yang berwajib menjalankan tugasnya. Syabas!! ! Begitulah yang rakyat hendak. Iaitu kerajaan yang telus, adil, cekap serta penjadualan kerja yang tidak bertangguh-tangguh.


Seperti biasa lagu tema yang sama juga berkumandang daripada Iklim


….Ku semai budi ku siram Kasih Sejati…

Harapkan subur murni… Rupanyaa…..

….TAK MENJADIII…..


Sebut saja rangkap terakhir….


“TAK MENJADIIII…..”

Harus gigi penyanyi tersebut digertap rapat-rapat tanda geram.


Bait dan rangkap tersebut menjadi panjang menjadi…


“tak menjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..”


Begitulah adanya…


Sekian, terima kasih.

Labels: , , , ,

1 Comments:

Blogger Sarah said...

salam.. tumpang lalu, saya letak link ke blog saudara dalam blog saya, senang nak klik.
walaupun telah cukup umur utk mengundi, tp x terasa nak mengundi langsung. terukkah saya?

11:43 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker