..

Monday, October 29, 2007

Persoalan Bajet : RM150j tambah kelengkapan polis ?




Sumber Rujukan-- Berita Harian (sila klik bawah)
RM150j tambah kelengkapan polis

he..he..he..

RM150 Juta itu sebenarnya adalah nombor atau figura sahaja.

Bak kata komander tentera Amerika di Iraq bahawa angka korban tentera Amerika melampaui 3700 itu adalah cuma statistik. Apa maknanya ini ?

Mengikut mimpi aku malam tadi, RM150 Juta itu sebenarnya bakal menjadi RM 70 Juta sahaja
baki RM 80 juta itu sebenarnya adalah utk lesap, hangus bagi bayaran hanky-panky untuk terbang atas angin.

he..he.he..

Walau apapun theater dan pementasan yang dimainkan oleh kerajaan untuk menangkap kakitangan awam yang salahlaku terutama dalam penyelewengan, hasilnya tetap sifar.

Percayolah cakap pakcik.

kita sebenarnya sudah patut dapat beza antara:

Yang mana satu Penyakit
Yang Mana satu Barah

Yang mana satu Kudis
Yang Mana satu Pekung

Menasihati pegawai2 tinggi kerajaan, mahupun orang-orang politik yang berkuasa supaya jangan makan rasuah dan melakukan penyelewengan samalah dengan menasihati secara baik-baik seorang budak kecil berumur 2 tahun 1/2 supaya jangan terkencing dan terberak dalam seluar.

Teringat aku muka DYMM Seri Paduka Sheikh Tan Sri Dato Noh Omar Al-Hafeez Al-Gujerati Al-Jamullail Adulyadej mulutnya terkumat-kamit semasa ditanya soalan2 mengenai bidang tugasnya dalam beberapa hal perkara.

"Yoyo-an jer...
atau dalam bahasa kanak-kanak ribena sekarang dipanggil PoYooooooooooo jer...."




kah..kah.kah..

rosak..rosak..

Labels: , , , ,

..

Tuesday, September 25, 2007

Pertikaian Soal-Maruah PDRM: Integriti PDRM masih Kebal atau bermuka-Tebal?





he...he...he...

Pihak media arus perdana nampaknya terus-terusan melaporkan kes salahguna kuasa dan rasuah di kalangan anggota polis PDRM sejak kebelakangan ini. Kali ini barulah seorang supritendan polis di dakwa dengan wajahnya turut terpampang di muka2 akhbar "Penyebar Fikiran Rakyat" yang sekaligus menidakkan persepsi aku terhadap berat-sebelah pihak media dalam melaporkan penyelewangan dan kepincangan salah-laku pihak polis dan pihak yang berkuasa.

Tajuk: Polis Malaysia adalah Korup <-----sumber Utusan Malaysia sila klik


Maka secara tidak langsung, pendedahan ini juga membenarkan spekulasi orang ramai dan juga rakyat jelata bahawa tahap korupsi dan penyelewangan pihak polis dan pihak berkuasa, sebenarnya adalah pada tahap kritikal dan maha-tinggi duniawi.


he..he...he...

Jika pegawai kanan polis dengan sewenang-wenangnya melakukan korupsi, penyelewangan dan rasuah, maka sudah tentu pegawai2 atasan malah pegawai tahap tertinggi pihak polis juga mengamalkan rasuah dan penyelewangan yang melibatkan jutaan dan puluhan juta. Cuma pihak media tidak berani melaporkannya dan juga pihak BPR pun agak sengal-sengal untuk melakukan siasatan kerna masih ditegah oleh pihak yang berkuasa. wallahualam.

Walau apapun aku masih sangsi lagi dengan ketelusan akhbar dan media arus perdana yang menjadi agen dan suara-suara parti yang memerintah ini. Aku tidak tahu rentak permainan apakah yang dimainkan oleh mereka.

Apa yang dikhuatir, adalah hukuman yang tidak setimpal di kenakan ke atas mereka (polis yg korup) sebagai "alat" untuk menunjukkan sistem kerajaan berfungsi dengan adil-saksama, telus dan cekap.

Sepertimana yang terjadi pada DYMM Eric-Chia dalam kes perwaja steel tempohari. Tidak mempunyai bukti yang jelas maka...... Eric Chia pun boleh terlepas...

Bagi pegawai2 polis kanan yang korup pula paling kurangpun setakat 2 - 3 tahun dalam penjara. Itupun sudah baik.

Begitulah nampaknya sistem mahkamah dan badan kehakiman Malaya.

Persoalannya adalah: Jika pegawai2 Polis telahpun terbukti rata-rata korup, adakah sistem mahkamah kita bebas daripada korupsi berserta dengan pegawai-pegawai BPRnya sekali.

==============
Kata orang2 tua, tidak elok main tuduh2. Itu memang betul. Tapi apa gunanya justifikasi fikiran anugerah tuhan untuk menimbang hal-hal sedemikian ?



gambar hiasan:
hik...hik..hik.. pegawai bawahan aku nampaknya banyak yang kena cekup dek BPR. he..he.he. aku masih selamat lagi, masih terlepas. Integriti pihak polis masih lagi tidak terusik di bawah aku. Mungkin hikmat analisis tilam-anwar ke mahkaham dulu tu kot. Hidup PDRM, cepat-dan-Betul!!!

Labels: , , ,

..

Wednesday, September 12, 2007

Persoalan Peranan Polis dan SB/UTK: Pendokong undang2, Si-Barua atau Penyangak?



maksud gambar: Polis/UTK berjaya menumpaskan suatu sindiket samun di KL baru2 ini. Sila fokus kepada anggota preman yang memakai topi dan berpistol di tangan. (manusia paling kiri)

sumber arkib gambar klik sini

Wise-man selalu berkata

1. Don't judge book by its cover.
2. Jangan menilai seseorang itu melalui rupa-parasnya.
3. Selekeh tidak semestinya bodoh dan tidak berwibawa.

he.he.he

Kata2 itu memang ada betulnya.

Sebab itulah aku menggalakkan supaya wanita-wanita Melayu jangan terlalu memilih pasangan. Kalau boleh, pilih sajalah mat-mat kelabu, mat-mat serabai, kutu brahak mahupun si-pengemis yang serabai dan selekeh di jalanan kerna kemungkinan pengemis itu lebih mulia daripada seseorang pegawai tinggi kerajaan yang sentiasa kelihatan kemas, berkemeja bergosok dan bergaya. Tetapi pada masa yang sama, mengamalkan korupsi. (dont' judge the book by its cover kan?)

he..he.he..

Samalah jua halnya seperti gambar seorang anggota polis/ Unit Tindakan Khas PDRM di dalam gambar dalam entri ini.

Kalau nak ikutkan hati, rupa polis tersebut yang berpakaian preman/tanpa uniform kelihatan tidak ubah seperti mat-fit, kutu-jibaok mahupun pelanggan pelacur-murahan seperti dalam segmen 360-darjah TV3. Paling kurangpun seperti Mat-rempit yang ketagihan payu-dara bohsia.

Walaubagaimanapun terdapat pro-polis yang mengatakan bahawa itu adalah Unit Tindakan Khas yang bekerja sebagai undercover atau menyamar. dan sememangnya anggota polis tersebut berhak untuk berpakaian seperti itu kerana sememangnya ia termaktub di dalam bidang tugasnya.

he..he.he..

Walau apa-apapun alasannya,

Bagiku pula, rupa dan sahsiah anggota polis tersebut tidak ubah seperti pencetus keganasan yang cuba menimbulkan huru-hara seperti membakar bendera-Malaysia di khalayak ramai, dalam insiden dan peristiwa berdarah di Pantai Batu Buruk Terengganu baru-baru ini. (SEGALA-GALANYA BERKEMUNGKINAN. sesetengah orang politik itu kotor kan ?)

Pada aku, mungkin itu juga termasuk dalam bidang tugas UTK yang sering menimbulkan provokasi untuk memburukkan parti pembangkang di atas arahan ketuanya yang aku sendiri tidak tahu siapa. (atau aku buat-buat tak tau..he.he..he.)




Samalah juga dengan bidang tugas CIA mahupun FBI di Amerika Syarikat yang melindungi kerja-kerja kotor kerajaan kesayangan mereka demi so-called "kepentingan Rakyat Amerika"
sehingga kadang-kadang mengorbankan nyawa orang-awam yang tidak berdosa.

Walau apapun jua, aku berhak mengesyaki dan mengabadikan apa2 yang terlintas di fikiran aku melalui blog kerana.... jika tidak... aku akan terlupa...

al-maklumlah.. Melayukan mudah lupa... sebab itulah wajib dicatitkan...

Tidak salah mengesyaki sesuatu kerna.. kerja polis pun begitu iaitu melakukan siasatan yang dimulai dengan syak-dan-wasangka...

dan betullah ada sesetengah yang berpendapat,
hanya si-penyangak sahaja yang cekap menumpaskan si-penyangak yang lain.

Agaknya beginilah kata-kata Ketua Polis Negara kepada anak2 buahnya

1. Nak tumpaskan sindiket pelacuran, kita mesti jadi seperti pelacur dan pelanggan pelacur
2. Nak tumpaskan sindiket pengedaran dadah, kita mesti jadi pengedar dadah dan penghisap dadah
3. Nak tumpaskan sindiket penjualan babi, kita mesti jadi seperti b*** (yg ni tak la kot)
4. Nak tumpaskan pembangkang, kita mesti jadi seperti pembangkang.

no. 4 itu polis memang silap kerna tiada mana-mana parti pembangkang yang sanggup membakar bendera negara sendiri di khalayak ramai tambah2 lagi sudah tentu perbuatan itu akan membahayakan reputasi parti sendiri. Baik di Malaysia mahupun di Amerika Syarikat Tak pernahpun mana2 parti pembangkang membakar bendera sendiri semasa perhimpuanan partinya. Tok2 guru tak pernah ajarpun.


Hanya polis Malaysia sahaja yang membuat spekulasi seperti itu yang mengatakan para pembangkang yang mencetuskan huru hara dengan membakar bendera Malaysia tanpa mempunyai bukti2 kukuh dan sahih. (tanpa tangkapan dibuat serta penghadapan di Mahkamah)

(nota: Tugas pembangkang adalah membangkang kerajaan. Bukannya membakar bendera. Pembangkang sudah pasti menggunakan bendera yang sama jika mereka berkuasa kelak. Sayugia diingatkan bahawa bendera dan parti-yang-memerintah adalah dua entiti yang berlainan)

Sebab itulah polis kita memertabatkan diri sendiri sebagai badan polis yang terulung di dunia kerana mempunyai intel-intel yang bijak dalam menangani sesuatu kes. Segala kes-kes di Malaysia ini dapat mereka selesaikan dengan mudah tanpa perikasa.

eh ya tak ya jugak, kalau polis tak puji diri sendiri, sapa lagi nak puji ek? Nak harapkan pakcik Elhakim tu, 100 kali khinzir bertanduk pun belum tentu dia nak puji. Bangsa sendiri pun dia kritik inikan pulak polis.



Yang bangsatnya, takkan pemuda-lembik yang membakar bendera itu pun polis gagal untuk menangkapnya sedangkan pemuda yang membakar bendera itu seolah-olah hanya individu (loner) tanpa ada sesiapapun di sisi pemuda itu sebagai petualang atau back-up.

Kan polis mempunyai motto: Cepat dan Betul ? Takkan itupun payah nak tangkap ?

Semasa perhimpunan Reformasi 1998 dulu ramai pulak yang kena tangkap dan kena belasah. Dengar2 di Batu Buruk kelmarin terdapat ramai polis yang berpakaian preman. Apa susah sangat ker nak kejar pemuda yang membakar bendera tu ?

Sedangkan perompak bank polis boleh tumpaskan inikan pula seorang pemuda yang sedang asyik-masyuk untuk menyalakan api membakar bendera. (Tak salah aku takes time jugak nak tunggu api tu menyala nak sambar bendera)


he..he.he.. ntahlah..

wallahuam

aku tak tau.. fikir-fikirkan lerr...

nota kaki: Kerja2 membakar bendera itu sudah terang-terang kelihatan seperti perusuh. Mana cekapnya polis dalam menangani isu ini. Mustahil polis tidak nampak. Yang peliknya orang lain pula yang ditangkap dan ditembak dengan peluru hidup. Takkan nak tunggu sampai sejam pembakar bendera tu lepak di situ baru polis dapat tangkap??? aneh...aneh..

Sebab itulah towkey babi pun boleh terlepas.
===========
Kepada mat-mat parti pembangkang, Ada polistu susah. Tak ada polis lagiilaaa susah..
abihtu camner ? Tak dapek la den nak nolongnya..nasib ekau la...

Labels: , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker