..

Tuesday, September 25, 2007

Pertikaian Soal-Maruah PDRM: Integriti PDRM masih Kebal atau bermuka-Tebal?





he...he...he...

Pihak media arus perdana nampaknya terus-terusan melaporkan kes salahguna kuasa dan rasuah di kalangan anggota polis PDRM sejak kebelakangan ini. Kali ini barulah seorang supritendan polis di dakwa dengan wajahnya turut terpampang di muka2 akhbar "Penyebar Fikiran Rakyat" yang sekaligus menidakkan persepsi aku terhadap berat-sebelah pihak media dalam melaporkan penyelewangan dan kepincangan salah-laku pihak polis dan pihak yang berkuasa.

Tajuk: Polis Malaysia adalah Korup <-----sumber Utusan Malaysia sila klik


Maka secara tidak langsung, pendedahan ini juga membenarkan spekulasi orang ramai dan juga rakyat jelata bahawa tahap korupsi dan penyelewangan pihak polis dan pihak berkuasa, sebenarnya adalah pada tahap kritikal dan maha-tinggi duniawi.


he..he...he...

Jika pegawai kanan polis dengan sewenang-wenangnya melakukan korupsi, penyelewangan dan rasuah, maka sudah tentu pegawai2 atasan malah pegawai tahap tertinggi pihak polis juga mengamalkan rasuah dan penyelewangan yang melibatkan jutaan dan puluhan juta. Cuma pihak media tidak berani melaporkannya dan juga pihak BPR pun agak sengal-sengal untuk melakukan siasatan kerna masih ditegah oleh pihak yang berkuasa. wallahualam.

Walau apapun aku masih sangsi lagi dengan ketelusan akhbar dan media arus perdana yang menjadi agen dan suara-suara parti yang memerintah ini. Aku tidak tahu rentak permainan apakah yang dimainkan oleh mereka.

Apa yang dikhuatir, adalah hukuman yang tidak setimpal di kenakan ke atas mereka (polis yg korup) sebagai "alat" untuk menunjukkan sistem kerajaan berfungsi dengan adil-saksama, telus dan cekap.

Sepertimana yang terjadi pada DYMM Eric-Chia dalam kes perwaja steel tempohari. Tidak mempunyai bukti yang jelas maka...... Eric Chia pun boleh terlepas...

Bagi pegawai2 polis kanan yang korup pula paling kurangpun setakat 2 - 3 tahun dalam penjara. Itupun sudah baik.

Begitulah nampaknya sistem mahkamah dan badan kehakiman Malaya.

Persoalannya adalah: Jika pegawai2 Polis telahpun terbukti rata-rata korup, adakah sistem mahkamah kita bebas daripada korupsi berserta dengan pegawai-pegawai BPRnya sekali.

==============
Kata orang2 tua, tidak elok main tuduh2. Itu memang betul. Tapi apa gunanya justifikasi fikiran anugerah tuhan untuk menimbang hal-hal sedemikian ?



gambar hiasan:
hik...hik..hik.. pegawai bawahan aku nampaknya banyak yang kena cekup dek BPR. he..he.he. aku masih selamat lagi, masih terlepas. Integriti pihak polis masih lagi tidak terusik di bawah aku. Mungkin hikmat analisis tilam-anwar ke mahkaham dulu tu kot. Hidup PDRM, cepat-dan-Betul!!!

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker