..

Monday, September 17, 2007

Permasalahan Dewan Bahasa: Bahasa dan Usaha Peristilahan dan Memertabatkan Semula




Kerna aku ni terlalu bengap sangat sehingga susah hendak faham segala sesuatu mengenai bahasa dan perkataan, aku pergi meniliti sebuah kitab yang tebal yang dinamakan sebagai Kamus Dewan Bahasa Melayu - Bahasa Melayu di salah sebuah perpustakaan bergerak di sini.

Aku membelek-belek lembaran kamus yang bercetak perkataan2 Melayu di situ sambil menyumpah-nyumpah.

Aku mendapati bahawa terlalu banyak perkataan-perkataan Melayu yang sangat-sangat jarang dan kemungkinan besar tidak pernah ku temui.

dan Sesungguhnya tersangatlah berat dan tebal kamus itu.

Yang menjadi persoalan bagiku, sebenarnya perkataan Bahasa Melayu ini agak banyak dan kaya, tetapi masih lagi meminjam perkataan-perkataan dan peristilahan asing untuk menampung dan mengemaskini penggunaannya.

atau dalam ertikata lain yakni bahasa Melayu itu seakan-akan tiada pernah mati dan sering diperkembangkan dengan meminjam perkataan-serta istilah2 Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Arab, Pakistan, India dan banyak lagi...

sehingga "roti" pun bukan daripada perkataan asli bahasa Melayu. Apatah lagi perkataan2 dan bahasa2 bombastik---jargon seperti

kognitif, relatif, tentatif, superlatif, deskriptif, dll...

Jika dilihat dari sudut lain, Bahasa Melayu ini sudah sangat pudar serinya dek terlalu banyak pinjam-pinjaman...

Takut juga bukan saja tanah melayu tergadai, Bahasa Melayu pun tergadai juga.. he..he.he.

Timbul juga suatu persoalan yang tak seberapa dalam hati aku ini iaitu.. mengapa tiada sebarang usaha dewasa ini untuk menjadikan perkataan-perkataan yang tidak digunakan di dalam kamus tersebut dibuat peristilahan-semula di mana sesetengahnya dulu berjaya diperkenalkan oleh sesetengah bekas pemimpin yang agak nyata dan praktikal juga dalam mengejar impian dan cita-citanya...

Anugerah memperkenalkan semula perkataan separa-pupus di bibir Melayu seperti
1. ceria,
2. anggun
3. dan canggih
pada tahun 1990 membuatkan daya merealisasikan memertabatkan bahasa Melayu ke tahap yang sebenar-benarnya Bahasa Kebangsaan hampir terlaksana....
dengan menjadikan bibir-bibir Melayu itu sangat akrab menyebut perkataan2 tersebut.

(bukannya perkataan GLOKAL (global+lokal). yang agak aneh dan sumbang kerana asalnya adalah gabungan dua perkataan asing. Siapa yang tergamak mengaku memperkenalkan/mencipta perkataan itu ? Sebagai bakal pemimpin, sudah habis dicarikah maksud seerti dalam Kamus Dewan tersebut bagi menghadkan kebanjiran perkataan asing untuk dipinjamkan kepada Bahasa Melayu ?)


===================
Timbul juga persoalan dalam hati terkadang, merangka ayat dalam BM ini mengambil masa yang agak lama semasa di zaman persekolah dahulu.

Ayat seperti di bawah ini kalau boleh mesti dielakkan kerna ditakuti menjadi cemuhan guru yang fanatik dalam penggunaan Bahasa Melayu walaupun dari segi konteks ayat seperti subjek dan predikatnya tidak menyalahi nahu serta tatabahasa itu sendiri.

1. Mereka mereka alat menenun tersebut (salah)

sehingga aku sanggup tukar kepada

1. Mereka mencipta alat menenun tersebut (betul. lega)

Adakah Bahasa Melayu ini miskin, atau kaya? bagiku itu adalah subjektif. Realitinya kena tanya pakar bahasa untuk mereka tentukan.

Bukan saja takdir, kadang-kadang ketololan dan kebangangan aku mengejar erti segala-galanya.

he...he..

Labels: , , , , , ,

7 Comments:

Blogger Nur Hafiza Hasan said...

Selamat Pagi, Chegu!!
Hehehehehehe..

Rasanya dulu ada terbaca kat artikel mana tah..pasal origin perkataan dalam BM..
Sebanyak² perkataan, rasanya ada 2 sahaja yang purely Malay.
Salah satu nya "batu".. the other one tak ingat..

Erkkkk..jelik ekk baca comment yang berbahasa rojak ni..
"GLOKAL" lah katakan..
Muahahahahahahahahha.

5:22 PM  
Blogger Bulan Heedaya said...

This comment has been removed by the author.

7:45 PM  
Blogger azeel said...

terus terang, aku tidak suka dengan apa yang berlaku dengan bahasa melayu.
aku tahu, kita mengejar kemajuan, tetapi ada istilah-istilah yang tak harus digunakan dlm bahasa melayu. lebih-lebih lagi jika perkataan inggeris yang ada dialihbahasakan bulat-bulat ke bahasa melayu dgn diberi pengubahsuaian 'y' ditukar kepada 'i' atau 'a'.
pada aku, DBP perlu lebih 'rajin' membuat pemantauan. dan pencemaran bahasa ini selalunya bermula dari penggunaan bahasa yg digunakan di tv dan radio. dan perlu ditekankan dengan pemilihan penyampai dan pengacara radio dan tv agar kedaulatan bahasa melayu dipertahankan dan dikuatkan.
p/s: aku hairan, stesen radio dan tv sewenang-wenangnya memilih orang-orang yang 'tidak berkelayakan' untuk mengurusi program-program mereka. jangan terlalu memikirkan tentang 'kelancangan' atau 'kekeletahan' pengacara radio, atau 'kejelitaan' dan 'kekacakan' sahaja, tetapi bahasa melayu yang digunakan terlalu lemah dan tidak bagus! aku selalu membayangkan pengacara kacukan inggeris melayu yang bahasa perbualannya di rumah menggunakan bahasa 'rojak' atau total inggeris, diberi peranan untuk mengacara rancangan dengan menggunakan bahasa perbualan mereka yg lemah. MENJENGKELKAN!!!

9:35 PM  
Blogger Mak Su said...

mungkin kerana kita tak yakin pada diri sendiri

11:17 PM  
Blogger zf_zamir said...

siapa yang mahu belajar dari sejarah?

bukankah melaka 500 tahun dahulu dilanggar portugis dek kerana sultannya yang suka berhibur-libur sahaja?

apa bezanya dengan kita? sibuk dengan prgram hedonis serata negeri, siapa peduli bahasa sendiri lagi?

salah pemimpin @ salah sendiri?

seorang pemimpin yang boleh dikenalpasti mempunyai kecintaan terhadap bahasa sendiri adalah seperti saudara anwar ibrahim, sebagaimana pak usman awang dibayar rm3000 semalam untuk membaca sebuah puisi sahaja..itupun kerana latar belakangnya sewaktu mahasiswa dulu iaitu persatuan bahasa melayu di UM..

yang lain, lansung tidak menunjukkan minat terhadap bahasa sendiri..

pemimpin DBP sendiri banyak main politik..mau di apakan bahasa kita ini, kim?

7:52 PM  
Blogger rastom said...

Bahasa kita sudah maju, setaraf dengan bahasa bahasa dunia. Tidak lama lagi para angkasawan kita akan menggugurkan Kamus Dewan di angkasa lepas (mungkin tidak gugur ke bawah). Oleh itu marilah kita raikan cinta kita terhadap bahasa kita, yak yak yey, yak yak yey!

10:19 PM  
Blogger Elhakim said...

mistree,

aku che-gu?

he..he.. aku bertaraf murid saja. cuma suka ketuk-ketak didepan komputer. memblog. he..he.

el-azeel,
memg la kau tak suka, tapi diaorang suka...


maksu,
betul... memang betul. aku pun mempunyai penyakit tidak yakin pada diri..he..he.
aku Melayu....

El-zamir,
El-Rastom,

laku sangatker Kamus dewan BM-BM tu..?


in term of pertanyaan siapa yang mempunyai kamus tersebut,

50 orang yang ditanya, 60 yg jawab tidak memilikinya.

Itu yang aku heran.

11:11 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker