..

Sunday, September 23, 2007

Persoalan Kematian: Sesiapapun jua adalah Bakal el-Arwah kan?



Apabila seseorang itu, hidupnya dihormati dimertabatkan pada kedudukan tertinggi duniawi, maka kematian seolah-olah amat payah untuk hinggap ke atasnya. Sehingga beberapa klausa dan perbuatan yang agak sukar untuk dipercayai seperti

  1. Menikmati roti-canai sebaik-sahaja selepas pembedahan yang dilaporkan oleh pihak media-suruhan
  2. Memanggil keseluruhan ketua-ketua agama sebagai upacara mendoakan dirinya selamat oleh keluarga beliau

Namun begitu, bagi diriku dan sahabatku Tukaunama, infeksi selepas pembedahan adalah bukan alang-kepalang yang menjurus kepada koma, tidak bercakap, dan seterusnya ….(wallahualam)

==================

Pada amnya, bagi seseorang yang sentiasa dianugerahi dilimpahi nikmat dunia secara infiniti KEMATIAN dan MAUT bukanlah suatu pilihan. Jika boleh, mereka cuba menjadikan dialog di bawah ini sebagai suatu kenyataan

Penjual: Nyawa! Nyawa! Nyawa! sila pilih..sila pilih..sila pilih

Bakal-si-Mati: Halo towkey..saya nak renew kepanjangan nyawa saya boleh?

Penjual: Sila pilih! sila pilih. Abang nak pakej yang mana satu bang ? 2 tahun? 5 tahun? atau 7 tahun?

Bakal si-Mati: Pakej lebih daripada 7-tahun tak ada ker ? Rasa pendek jer 7 tahun tu.. Kasik panjang lagi la..

Penjual: Ada tu ada bang ~pakej 30 tahun. Saya adjust baikk untuk abang....yang ni untuk orang elite punya bang.. kaw..kaw..punya. Memang sesuai untuk abang... gerenti baikkk punya..

Bakal-si-Mati: mmmmh pikir sat.... 30 tahun tu pendek sangat la.. pejam celik..pejam celik dah mati. Pakej 100 - 200 tahun untuk hidup tak ada jual kaa ???? sengal la syarikat kau ni...

Penjual: mmmm... ada tu ada bang... tapi dari segi etika, saya dah salah bang. Sebab syarikat kitaorang dah kasik limit cuma 30 tahun jer paling maksima. Itupun pakej khas bang. Untuk orang elit.

Bakal-si-Mati: pssstt.. kita buat deal dua orang saja tau.... aku dan kau. Aku bayar lebih. RM7-billion nak ?

Penjual: RM7-billion tu sikit bang... kasik RM 9-billion worait tak? sebab risiko kat saya bang..

Bakal-si-Mati: Oklah setuju.. no problem... sikit jer tu RM9-Billion... Deal ????!!!

Penjual: DEAL..!!!! he..he.he... cayala..bang...

=====================

Kadang-kadang tak tahulah. Bagaimana bakal-arwah dapat berkomunikasi dengan pihak media sehingga apa yang digambarkan oleh pihak media senantiasa positif. Mungkin melalui telepati bentuk-gelombang yang dijanakan oleh saraf otak yang saki-baki masih berfungsi semasa bakal-arwah itu sedang koma. Apa-apapun itu tidak penting kerna pihak-pihak media-mainstream dan arus-perdana telahpun diajar bagaimana untuk melaporkan segala yang positif sahaja semasa bakal-arwah sihat-sihat dulu.

Sebenarnya, jika boleh, pada mereka, segala bentuk kematian hendaklah ditolak kerna kematian adalah suatu entiti yang amat gelap, bersaorangan dan yang paling menakutkan adalah pembalasan-pembalasan tuhan hasil-mausul daripada kehidupan di dunia ini. Jika di dunia, kita masih berupaya untuk membohong dan melakukan segala bentuk kedajjalan dan kemungkaran sehingga setiap kesalahan dan kesilapan kita dikaburi, ditutupi dan di”masking”. Sehingga apa yang kita buat semua betullll saja di mata masyarakat. Kali ini sudah nyata kita pasti tidak akan terlepas lagi kerna yang dihadapinya adalah sang Pencipta Allah Rabbul Jalil.

"elemekkk.. Habislah aku.......Tak syoknya mati.. tak ada tukang kebun, tak ada amah, tak ada cucu, tak ada bini, tak ada kuli-batak, tak ada The Mines Shopping Fair, tak ada istana hinggap Putrajaya, tak ada mainstream-press, tak ada hiburan dan liburan, tak ada hindustan, tak ada tongkat ali-cafe, tak ada Shangri-La, tak ada penyokong dan pengikut aku.. dan yang paling penting tak boleh nak menipu orang Melayu lagi... aduh.... tak syoknya mati.....Yang ada hanyalah ulat dan belintung..paling kurang pun cacing....eeeeeee... boh-sannya.. ho.ho..ho.."

eeeee.. Ber-tahu-buatlah sebelum terlambat. he.hehe..

Nota: Bakal-arwah atau bakal-si-Mati di sini bermaksud…err…semua orang adalah bakal arwah. Elhakim pun bakal arwah juga kalau tidak silap saya. He.he.he…

Al-Fatihah ke atas keseluruhan muslimin dan muslimat, mukmin wal mukminat, yang telahpun pergi sebelum kita. Semoga roh-roh mereka di rahmati tuhan.

Labels: ,

2 Comments:

Blogger zf_zamir said...

semalam, pagi, aku betul2 fikirkan maut; sebab manusia yang baru seminggu aku tengok sihat depan rumah; dah meninggal..

dan masa itu, pagi, dengan keheningannya, membangkitkan aura kematian; sungguh2 menakutkan..

dan pagi ini, aku lihat kau tulis tentang mati juga, sesuatu yang degil barangkali, hehe..

8:21 PM  
Blogger Elhakim said...

Memang degil. apa-apapun memang degil.

die-hard.

tableh mati punya.

semua orang mati.

dia sorang saja idup.

he..he..he.

11:41 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker