Permasalahan Kegagalan demi Kegagalan PDRM: Sehingga FBI dipanggil untuk Membantu Penyiasatan Kes Kematian Nurin
Gambar penghias: "Kami polis tidak suka orangramai ambik tahu semasa kami melakukan siasatan. sebab orangramai terlalu ambik beratlah maka kami gagal melakukan siasatan yang betul. Kami berasa sangat kekok dan sengal, sebab itulah sehingga kini tiada sebarang tangkapan yang dibuat. Betullah kata si-elhakim tu... si-jason dan freddy krueger punya angkaralah tu..."
KEGAGALAN atau ketidakberjayaan (PDRM-failure) pihak polis PDRM dalam menangkap penjenayah sebenar (major-criminal) di Malaysia ini bukanlah satu cerita baru. Malah cerita begini telahpun popular sejak zaman bakal-bakal ahli-kubur seperti el-haniff-Omar, Rahim-elnoor dan Norian-Mai lagi.
Dan kisah itu terus berulang dengan KEGAGALAN PIHAK POLIS-PDRM dalam mencari suspek sebenar dalam pembunuhan elNurin ElJazlin sehingga terpaksa menggunakan hikmat Biro penyiasatan Persekutuan- Syaitan-Freemason atau nama ringkasnya FBI dari Amerika Syarikat.
Sememangnya telahpun aku duga dari awal lagi bahawa memang polis PDRM masih belum bersedia , tidak cekap dan tidak larat serta sangat dangkal lagi teramat bebal dalam menangani kes-kes yang melibatkan keselamatan rakyat seperti ini. dan sememangnya PDRM tidak akan berjaya menghuraikan kes seperti ini kerana kegagalan otak anggota PDRM tersebut disebabkan terlalu banyak penyelewengan dan korupsi.
Dan yang lahanatnya polis PDRM sedang sibuk menangani isu kes provokasi di batu buruk terengganu sambil mendabik dada dengan penyerahan diri beramai2 suspek yang dituduh sebagai perusuh tersebut (walaupun masih belum terbukti)
Sehingga mereka (PDRM) tidak tahu yang mana satukah kes patut disegerakan terlebih dahulu.
Kadang2 aku rasakan bahawa PDRM ini yang mencetuskan keganasan itu kemudian dengan bangganya mereka dapat menumpaskan keganasan itu (dengan mudah) Apa taknya dah mereka yang mulakan dulu. (lepas tu syok sendiri)
Oleh sebab itu, sehingga kini kredibiliti dan kewibawaan pihak polis PDRM terus-terusan menjadi persoalan dan pertikaian. Walaubagaimanapun, hakikatnya Polis dalam sesebuah negara itu masih perlu kewujudannya.
Jika kes pembunuhan seorang budak mentah pun negara kita tidak boleh selesaikan, apatah lagi jika kes-kes yang besar seperti pecah amanah oleh bakal-arwah Eric Chia mahupun kes Altantuya dan baaanyaaaaaaaaaaaaakk lagi... Sila fikir logik. Sebab itulah mereka terlepas (termasuk kes babi)
Pada perkiraan aku, tiada apa yang perlu dibanggakan oleh pihak PDRM setakat ini. Penyerahan beramai-ramai yang dilakukan oleh tertuduh/perusuh dalam insiden berdarah Batu-Burok, Terengganu baru-baru ini sudah jelas bahawa si-tertuduh bukanlah perusuh mahupun penjenayah yang sebenarnya. Kalau mereka benar2 penjenayah, mereka tidak sewenang-wenangnya menyerah diri kepada pihak polis beramai2. Itulah logiknya. Yang aku tahu mereka hanya menghadirkan diri untuk mendengar ceramah. Itu sahaja. (Nampak gambar pun aku dah tahu..kebanyakannnya muka innocent)
Begitu juga ketololan, kebahlolan, kebongokan dan kebodohan pihak polis cawangan trafik dengan:
1. Mengenakan tembakan mengesan meter hadlaju 90 KM/j / 60km/j pada kenderaan di jalan-jalan yang besar, lengang dan lurus atau di sesetengah jalan kampung yang lengang.
Secara logiknya siapa yang boleh adaptasi dengan kelajuan yang dihadkan hanya pada 60KM/sejam di jalan-jalan lengang dan lurus pada waktu tengahari terik tanpa rasa mengantuk ? Dan kereta yang dipandu adalah mempunyai CC 2.2 ke atas ? Terlalu perit lagi Azab menahan kaki pada pedal minyak.. sedangkan tiada kereta di hadapan mahupun belakang.
Aku berani berkata bahawa sesetengah cawangan Polis dengan sengaja mencari kesalahan kecil pemandu untuk memperlihatkan bahawa mereka buat-kerja dengan menahan dan mengenakan saman ke atas mereka. Semakin banyak saman yang dikenakan kepada pemandu yang lemah, maka semakin besar pingat-jasa bakti-bukti-buat-kerja yang mereka (anggota polis) terima.
Dan yang bangsatnya, dalam masa yang sama, mengapa sebelum ini tiada sebarang tindakan dan tangkapan yang dibuat ke atas syarkat bas yang mempunyai pemandu-pemandu bas-separa-mabuk yang merbahayakan nyawa orangramai walaupun saman/amaran telahpun dikeluarkan lebih daripada 20 kali. Aku syak di sini bahawa rasuah dan penyelewangan memainkan peranan yang besar di sini antara pihak berkuasa dan towkey bas. wallahualam. Jika benarpun kes ini tidak mungkin disiasat.
Sesungguhnya bagi aku, PDRM hanya separa-berjaya menyelesaikan masalah-masalah kecil-kecilan yang dilakukan oleh pesalah-pesalah kecil yang tidak mungkin menjadi isu atau menggugat negara,
Tetapi sebaliknya, sesungguhnya PDRM akan gagal jika mereka menyelesaikan isu yang besar-besar dan hangat2 yang mana isu tersebut boleh menggugat keselamatan orang ramai serta harta benda negara tambah-tambah lagi kes tersebut mempunyai kaitan dengan permasalahan politik dalaman negara.
Maka dengan ini, jadilah PDRM sebagai suatu badan yang separa/hampir gagal.
Berbalik tentang al-kisah FBI tadi, aku memberi cadangan kepada pihak kerajaan supaya membatalkan sahaja perlantikan panel khas bebas dalam menangani isu VK-Lingam. kerana,
panel-panel khas lantikan kerajaan tersebut sudah semestinya dianggotai oleh mereka-mereka yang bebal-bebal sahaja.
1. Sebaliknya elok kes itu ditangani oleh FBI (sementara mereka berada di sini) mengenai kesahihan pita rakaman perbualan antara VK Lingam dan Hakim-Besar Se-Malaya tersebut .
dan pertimbangkan kes2 berikut untuk dianalisis oleh pihak Freemason-FBI. Iaitu:
a. Kes kesahihan gambar pembakaran bendera di Batu-Burok Terengganu baru-baru ini
b. Kes pembunuhan Norita yang masih menjadi tanda-tanya siapa pembunuh yang sebenar?
c. Kes pembunuhan Mustakizah
d. Kes pembunuhan Altantuya Al-Imam Ashaari Elshaaribu. Siapa dalang sebenar?
e. dan banyak lagi kes-kes yang tertunggak termasuk isu kesahihan tilam yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Air mani siapa pada tilam itu ? jika wujud ?
ADA BERANI ???
he..he.he..
Buat apa nak susah2 sedangkan segala pakar dari luar telahpun ada di negara kita? dan kita sudahpun tahu bahawa yang dikatakan pakar dalaman negara kita sebenarnya adalah terdiri daripada mereka yang bebal-bebal, korup-korup, kuali-kuali dan dungu-dungu sahaja.
Tahap keberkesanan siasatan kes/isu berat negara kita sebenarnya terbahagi kepada 3 pilihan saja iaitu: (sila pilih satu)
1. Jika kerajaan bijak tetapi panel-penyiasat-khas bebal dan tidak bijak, maka hasil penyiasatan tidak menjadi
2. Jika kerajaan bebal/tidak bijak tetapi panel-penyiasat-khas bijak, maka hasil penyiasatan juga tidak menjadi
3. Jika kerajaan bebal/tidak bijak dan panel-penyiasat-khas pun turut bebal/tidak bijak, maka hasil penyiasatan tetap juga tidak menjadi.
Dan aku masih bingung dengan rhetorik yang mengatakan bahawa biro penyiasatan di Malaysia ini adalah yang terbaik di dunia...
Terbaik ?????? he..he..he... siapa yang tabalkan tu??? Arwah Ghafar Baba ker ? he..he.he.
Berpadanan dengan pepatah Melayu yang berbunyi yang contoh ayatnya berbunyi:
1.Kesemua anggota Polis di raja Malaysia itu memasukkan badan mereka di dalam bakul kemudian angkat-sendiri.
Beginilah, cadangan aku, oleh kerana IQ dan tahap mentaliti pihak PDRM yang berada pada julat 70 - 90 (below average) maka haruslah pihak kerajaan menarik balik kenaikan gaji mereka. Sebaliknya gaji tersebut hendaklah diberi dan diagih-agihkan pada penjawat awam yang lain (kakitangan awam).
Jika anggota PDRM termasuk FRU itu membantah dan melancarkan mogok serta demonstrasi, kerajaan boleh gunakan khidmat tentera darat supaya samada menembak mereka dengan water-cannon atau lenyek sahaja dengan kereta kebal (itupun kalau pihak tentera tidak bebal).
kah..kah.kah.
Berikut (sila klik) adalah Tahap/indeks Rasuah CPI yang dikeluarkan sendiri oleh Badan-Pencegah-Rasuah MALAYSIA dalam laman rasmi webnya
Kerajaan Malaysia: Tahap Rasuah dalam Malaysia <----sila klik
Sekian, terima kasih.
nota: Pendapat yang ditulis ini tidak wajib dipercayai dan boleh diragui kesahihannya. Tetapi suka untuk ditulis bagi melepaskan syarat dan batuk di tangga sahaja. he..he...he..
Labels: Musa Hassan, PDRM, permasalahan, permasalahan kegagalan PDRM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home