Permasalahan Kes Besar Negara: Kes-Kes Belum Selesai, Bila nak Selesai ?
Aku masih tertunggu-tunggu follow-up berita yang paling menggemparkan iaitu kes VK Lingam dengan Tun Fairuz yang sehingga kini masih belum mempunyai apa-apa perkembangan signifikan. yang ada hanyalah ura-ura untuk penubuhan Panel Khas. Itu pun aku tidak pasti keberkesanannya dalam meniliti kes ini. Dan siapa yang menjadi penyiasatnya, aku pun tidak tahu. (Tan Sri Haidar Mohd Noor& gangs) . Yang ada dalam kepala hotak aku adalah Tan-Sri Musa Hassan yang mungkin dilantik sebagai pegawai penyiasat khas kes VK Lingam tersebut. (aku rasa tak la kot..)
sumber Rujukan Panel Khas Siasatan Kes VK Lingam <------ klik sini fasal panel khas siasatan
Bila nama Tan Sri Musa Hassan disebut, aku teringat kisah tilam Anwar yang diusung turun-naik mahkamah lebih kurang 7 - 8 tahun dahulu. Siapa punya idea 'bijak' yang menyarankan supaya tilam yang dipenuhi air mani-anynomous itu dijaja di dalam mahkamah semasa perbicaraan? Aku pun tidak tahu. Tapi firasat aku orang yang teramat 'bijak' itu adalah Tan Sri Musa Hassan tu lah agaknya.
Tidak pernah dibuat dek orang mengusung tilam turun-naik mahkamah pada setiap kali perbicaraan diadakan. Hanya Malaysia saja yang buat seperti itu atas idea SAC II Musa Hassan tu la kot. Sudahlah menyusahkan orang untuk angkat -turun tilam tu, tapi pembuktian hapah pun tarak. Negatif.
Seratus kali aku menonton CSI, yang aku dapati, hanya cebisan kecil kain tilam sahaja yang dihantar ke makmal untuk penganalisaan lanjut, dan bukannya sekeping tilam yang berat untuk dihantar berulang-alik ke mahkamah. Itulah perbezaan antara mentaliti orang yang bijak dengan orang yang bodoh. Ketara sungguh.
Jika di negara2 maju, orang yang gagal membuktikan kebernasan ideanya selalunya diturunkan pangkat, contohnya dari SAC II turun kepada corporal (atau terus dipecat). Tapi di Malaysia ni terbalik. Lagi bodoh dan rendah kualiti keputusan itu dibuat, lagi tinggi kenaikan pangkat yang dikenakan ke atasnya. Sehingga menjadi ketua. Tidak hairanlah jika orang2 Melayu ini mempunyai pemikiran yang xxxxxxx sebab ketuanya pun xxxxxxx he.he.he. (malas aku nak sebut)
Yang paling tak syoknya satu dunia dahpun tahu pasal kes tilam mahupun kes VK Lingam ni. Cuma media massa di Malaysia saja yang masih sengal-sengal dan segan untuk memfokuskannya walaupun ia termasuk dalam kategori suatu kes yang amat BESAAARRRRRRRR!!!!!
Dalam pengiraan aku,.. seperti biasa.. kes VK Lingam ini sudah tentu mempunyai jalan penyelesaian yang buntu atau paling kurangpun mengambil masa banyak tahun jugak untuk diselesaikan. Al-maklumlah orang yang menyiasatnya pun adalah orang yang teramat bijaakkk...
kah..kah..kah..
Labels: anwar ibrahim, Musa Hassan, permasalahan, permasalahan kes besar negara, tun fairuz, vk lingam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home