..

Wednesday, October 03, 2007

Pertikaian Kelewatan Penyelesaian Isu Babi yang tertunggak 50-Tahun: Sudah benar-benar Selesaikah ?



Gambar hiasan: Babi tersenyum lambang terbaru parti memerintah kerajaan negeri Melaka yang menjadi kesayangan el-ali-el-rustami (agaknyalah...tak baik main tuduh-tuduh...dosa..!!!)

UTUSAN SE-MALAYSIA : Isu babi selesai <-----sumber sila klik noo..

PUTRAJAYA 2 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah yang dihadapi oleh penduduk dan penternak babi di beberapa buah kampung di Masjid Tanah, Melaka telah selesai. Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan berkenaan menggembirakan semua pihak termasuk penduduk dan penternak babi tersebut. ‘‘Tunggu Ali Rustam (Datuk Seri) keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

================XXXXXXXXXXXXXXXXX====================

he...he...he...

ntahapahapa punya laporan. Fail!!!! gagal secara online!!!!

Pelik! hanya 3 baris punya ayat tiba-tiba masalah yang tertunggak selama lebih daripada 50 tahun tiba-tiba telahpun selesai. dan yang paling gampunknya kesemua pihak pun berpuas hati. Siapa yang berpuas-hati ni?

Adakah mereka yang termasuk dalam golongan penghidu-penghidu najis babi sejak turun-temurun dari kecil sehingga ke-tua berpuas hati?. Atau mungkinkah si-penghidu wap-wap babi kali ini telahpun berasa seronok sehingga mereka rela membiarkan penternakan babi masih berleluasa di situ maka dengan ini mereka telahpun berpuas hati?

he..he..he..

Sungguh kartun dan mitos utusan kali ini...

sejak bila Akhbar Utama yang dikenali sebagai akhbar Penyebar Fikiran Rakyat tiba-tiba gagal mengeluarkan berita penuh bagi membolehkan rakyat berfikir secara online ? dan sejak bila pulak TPM pandai bermain teka-teki dengan menggunakan kaedah 'mesej-passing' untuk menangguhkan segala keputusan dari pihak kerajaan untuk rakyat? Kenapa TPM tidak terus mengeluarkan kenyataan tersebut ? takut tersilap cakap dan tidak ada uniformity antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ker ?

dan.... Rakyat hendak tahu juga apa yang membuatkan kesemua pihak berpuas hati dan masalah pun jadi selesai seperti yang terdapat dalam Utusan-Se-Malaysia?

Apa yang SELESAI?

Apakah yang telah selesai sebenarnya ni...?

1. adakah pembiakan babi semakin bertambah daripada 140 ribu ekor kepada 160 ribu ekor maka masalah telahpun selesai ?

2. adakah jumlah babi kali ini disebarkan ke merata tempat di Melaka maka kerajaan pun mengatakan bahawa ianya telahpun selesai ?

3. adakah jaminan supaya tempat pembiakan dan tempat penternakan babi dikekalkan di situ maka masalahpun telah selesai ?

4. adakah kerajaan/PBT menerima wang sogokan dari towkey2 babi maka masalahpun dikatakan telah selesai ?

5. Adakah kerjaan telahpun bersetuju untuk tunduk kepada ugutan2 daripada towkey-towkey babi untuk terus membiarkan mereka menternak babi di situ atau kerajaan kehilangan suara pengundi mereka di kawasan itu, maka masalah telahpun di kira selesai ?

6. atau Adakah sesetengah DUN atau wakil2 kementerian menerima cebisan-cebisan daging babi untuk ditapau bagi majlis berbuka puasa di rumah masing-masing maka masalah isu-penternakan secara haram babi selama 50-tahun pun dikira selesai dan kesemua pihak pun berpuas hati ?

Apa yang telah selesai dan apakah yang membuatkan kesemua pihak berpuas hati ni ?

Yang peliknya kalau orang mengumpat mengatakan bahawa suratkhabar utama itu tak betul, diaorang marah. Tapi tengoklah laporan hanya 3 baris ni...siapa yang ajar keluarkan kenyataan lewat? entah.

Terkadang terfikir juga tentang mazhab dan aliran Islam el-hadhari ciptaan seorang ulamak besar malaysia yang memimpin negara pada masa ini yang dikatakan sering melaung-laungkan keluhuran perlembagaan, ketelusan (transparency) dan kecepatan (without delay) tanpa birokrasi segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan bagi kesejahteraan rakyat. Lewat sangat keputusan yang dibuat. Seperti pahat dengan penukul. Selagi tak digesa selagi itulah masalah kelewatan untuk penyelesian timbul. Lewat dan segala-galanya LEWAAAT!!!




Untuk jernihkan semula keadaan, Kalaulah benar kesemua pihak berpuas-hati dalam isu babi ini, diharapkan ada antara kita, bloggers yang pergi ke tempat yang mempunyai masalah Pembabian pada peringkat kritikal duniawi tersebut untuk menyiasat keadaan sebenar sambil melancong cuti-cuti Malaysia di sana nanti. Kalau boleh sila bertanya kepada setiap penduduk Melayu yang beragama Islam di situ adakah mereka betul2 berpuas-hati cara kerajaan menangani isu babi tersebut.

he..he

Kadang-kadang laporan susulan daripada Karam Singh Walia TV3, bukan boleh dipercayai sangat. Masing2 mahu jaga periuk nasik masing-masing. Laporan beralaslah dikatakan.

"Bagai dipucuk, Ulam mendatang, Seperti muka babi, Seperti itulah muka tuan dan sipemakannya. dan begitulah masalah-masalah kegiatan babi-babi di semenanjung malaysia. sekian elhakim melaporkan!!!"

Labels: , , , ,

6 Comments:

Blogger Taichee~@! said...

khohkhohkkhoj..

babi bukan rupa tuan dan pemakannye aje, tapi kpd pembenar (i.e. ayat ni bole pakai ke) penternak2 babi itu beroperasi.

Pendek kata:

MAJULAH BABI UNTUK MELAKA (atau MALAYSIA) sbb gomen LEBIH TAKUTkan toke babi, dari takutkan ALlah, sbb tak jaga fardu kifayah penduduk setempat yg beragama islam. org islam mmg dibuli manjang...kita wat camtu spy tak dituduh racist kpd bangsa bukan Melayu Islam. Mereka boleh suarakan apa saja, dan DIDENGAR (ingat Negarakuku? Ingat Keris julangan Hishamuddin, ingat kenyataan KJ?) tapi kita sbg org islam tidak dipandang langsung, malah diminta MEMAAFKAN Negarakuku punkster itu kerana SUDI MENGHINA ISLAM...

Oh Mesia, no wonder la banyak bala turun

5:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

Esok lusa bila dah kena JE. Adalah pulak kena tembak kasi mati. Tak pun ambil backhoe korek lubang, tanam ramai-ramai. Tanam je sekali penternaknya. Senang. Aku nak dengarlah pulak lagu baru dari NAMEWEE yang pandai irama rap tu. Boleh le pulak tengok pandai ke tidak dia buat lagu penternak VS kerajaan melaka/malaysia.

12:59 AM  
Blogger Elhakim said...

eltukaunama, el-taichee,

aku berpendapat, jika ada antara kita yang tinggal dekat-dekat Melaka, sila buat siasatan sukarela secara bersendirian di kawasan terbabit 2 bulan selepas ini.

kemudian hebahkan
1. samada kaw. terbabit telahpun pulih atau sebaliknya.

3:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Entahlahhhhh elhakimez, aku pun dah letih pikirin, tapi masih belum berenti mencari sabab wal musabab hal hal begini. Cuma aku nampak jelas proses pengkhinziran ini bermula sejak Melayu mengangkat seorang manusia yang pangkal namanya ada bunyi iras iras "zir" atau "thir" dulu. Hingga suratkhabar diperintahkan menukar istilah khinzir menjadi babi pula.

7:06 AM  
Blogger Taichee~@! said...

kuikuikuik...

hari ni aku memblog pasal AUKU dan kedangkalan pemikiran SemiValue..

elrastom:
haah ada gak Melayu mcm kita yg TIDAK LUPA

eltukaunama:
agaknya lirik dia mcm nih - babi, babiii, babiku diterjah Karam Singh Waliaaaa, tapi tidakkkk olehhh pemerintah Melakaaaa (ikut ala-ala melodi original negaraku yg dicedok di Hawaii tuh. kena lemah gemalai)

el-hakim
tu ah pasal mokcik duduk kat kepong. kat sini gerai daging babi adelah

8:29 AM  
Blogger Elhakim said...

tn elrestumi,

takpala.. cek det tu pun dapat sama rasa jugakk.. depa kawan-kawan masa tu sakan noo.....

el taichee,

haha.. hang dok kepong la ni.....
haha... nasib hang la.. kepong tu dulu kawasan hitam-- kominih... cina banyak kat situ... hang pindah la..

11:46 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker