Persoalan Kewujudan Tempat Perjudian Unggul: Apakah Hasil Keuntungan yang kita Dapat ?
Sejenak aku terfikir bahawa...
setelah kematian "si-tycoon" besar Genting-Highlands, Tan-sri Lim Goh Tong, entah apa jasa-jasa beliau yang diberikan ke atas bangsa Melayu sehingga dianugerahi dengan gelaran Tan Sri apatah lagi jasa beliau dan pengorbanan beliau terhadap Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Apakah peranan dan jasa2 beliau yang sebenarnya ?
Membina pusat-pusat perjudian ?
Menarik minat pelabur2 asing ?
Menjadikan Malaysia terkenal seluruh dunia ?
Menjana ekonomi satu Malaya ?
he...he...he...
Tak pernah aku terfikir tentang kewujudan penjanaan ekonomi hasil keuntungan judi dan hubungkait kerelevanan perkara tersebut ke atas bangsa Melayu yang rata2 adalah beragama Islam.
Kalau hendak ditengok betul2, tiada satu pun ikon bangsa Melayu yang wujud di Genting Highlands yang sering dibangga-banggakan itu.
Begitulah bodohnya bangsa kita ini yang sering aku perkatakan mempunyai tahap IQ dan kewajaran berfikir pada tahap yang amat rendah sejak dahulu lagi.
Mengimbau kembali penubuhan Genting Highlands pusat perjudian terbesar di rantau ini dengan menyatakan mereka yang bertungkus-lumus menubuhkannya termasuk parti dan badan-badan organisasi bangsa Melayu di antaranya
1. Tunku Abdul Rahman El-Haj (Perkataan El-Haj tak pernah lekang menandakan bahawa beliau adalah manusia suci-Islam tulen. orang-orang Suci beragama Islam dan telahpun menunaikan Haji dan mendapat berkat dari MAKKATUL MUKARRAMAH)
2. Tan Sri Haji Mohammed Noah bin Omar (ada perkataan Haji ? he.he.he..)
2. Sultan Pahang. sama ada Sultan Abu Bakar mahupun anaknya Sultan Ahmad. yang mana satu ? (Juga mempunyai darjah dan pangkat-pangkat keIslaman dan keluhuran yang tinggi seperti Mustain Billah, El - Ahmad Shah, El-Haj dan lain-lain lagi. Juga sebagai tonggak KETUA kepada El-Agama ISLAM. he..he.he.)
Semasa setiap kali hendak diputarkan lagu-lagu P.Ramlee, beberapa orang Ustaz-Mustaz menegah perbuatan itu dan mengatakan
"cukuplah...janganlah dimainkan lagu2 itu. cukup tersiksa arwah di alam barzakh setiap kali dimainkan. Sekadar sedekah al-fatihah dan doakan kepada Allah jika peminat setia mahu berbakti terhadapnya"
he.he.he.
Acapkali didengar bahawa pahala akan berkekalan diperoleh oleh si-mati jika pembinaan tempat beribadah telah disedekahkan oleh beliau dengan ikhlas. Setiap kali manusia beribadah di situ, setiap kali itu jualah si-mati dan arwah memperoleh share dan memperoleh 'saham-akhirat' di situ...
Oleh itu,
Persoalannya, apakah yang diperoleh oleh si-mati di kalangan orang Islam yang mempunyai jasa-jasa dalam membangunkan kasino untuk kemudahan orang bukan Islam mendapat "berkat" di tempat-tempat "suci" tersebut ?
he..he..
ntahlah.
Labels: genting highland, lim goh tong, perjudian, permasalahan
4 Comments:
poket dia yg berjaya... org lain masih menonton
pada aku, dari segi business org tua ni mmg berjaya.
dari segi pendidikan moral, mmg patut dia dihumban dlm neraka jahanam.
jadi buat apa nak mengulas ttg dia dan konco2 dia? islam yg beli nombor ekor pun dah dijanjikan neraka jahanam, inikan muslim yg sekongkol dgn orang tua ini.
makanya ustaz, biarlah si luncai terjun dengan labunya ...
bak dialog dlm filem apa tah, dan disebut oleh sapa tah ....
"AKU PEDULI APA ..!!!!"
ehh ... pak hamid gurkha yang sebut dialog ni kan?
maksu,
botoi.........
azeel,
dh lupa mengenai hamid gurkha..
Post a Comment
<< Home