..

Thursday, October 25, 2007

Permasalahan Bangsa: Antara Melayu, Sejarah, Realiti dan Takdir yang pahit





Pernah aku terbaca tulisan daripada orang Melayu itu sendiri tentang kegagalan, nasib malang, kebuduhan, serta kemalasan bangsa Melayu dalam segenap segi kehidupan. dan berbagai teori diterbitkan tentang punca penyakit dan perkara2 negatif ini berlaku. Bagi aku, kadang-kadang memang ada betulnya teori mereka itu. Kerana penulis-penulis itu menulis melalui pengalaman dan sesungguhnya mereka pun adalah orang2 Melayu juga.

Bangsa Cina juga ada penyakit seperti yang telah dinyatakan, tetapi di Malaysia, mereka tidak boleh dibuat sebagai kayu-ukur, kerana di Malaysia, mereka dilabelkan sebagai "handicapped". Ini bermakna bahawa pada asalnya mereka tiada mempunyai apa-apa advantage semasa nenek-moyang mereka sampai ke tanah-Melayu ini. Melayu pada masa itu dinobatkan sebagai Tuan-Tanah-Kedaung. Dari segi sejarah, bangsa-Melayu yang juga bangsa yang merantau daripada pelusuk Nusantara tetapi yang menjadi advantage bagi kita ialah, nenek-moyang kita telah lama berhijrah dan menetap di tanah Melayu ini. Oleh yang demikian, Melayu sememangnya pada waktu itu mempunyai 'advantage' berbanding dengan bangsa cina-pendatang.

setelah 100 tahun kemerdekaan Malaya, opps silap, maksud aku setelah 50 tahun kemerdekaan Malaysia, jika hendak dibandingkan antara kedua-dua bangsa tersebut, aku dapati kejayaan duniawi sebenarnya lebih mirip jatuh kepada bangsa Cina. Penguasaan mereka terhadap ekonomi jauh lebih tinggi daripada bangsa Melayu itu sendiri. dan sesungguhnya apa yang ditakuti adalah dengan penguasaan terhadap ekonomi ini, maka secara tidak langsung ia boleh menjurus kepada penguasaan mereka dalam bidang politik dan sosial di negara ini.

ada sesetengah teori mengatakan bahawa Melayu itu mundur kerana terlalu dimanjakan dan terlalu banyak disuap dengan wujudnya "HAK-KEISTIMEWAAN-ORANG MELAYU".

Walau apa-apa pun teori yang dibangkitkan, tetapi, sebenarnya aku masih tidak mahu menerima teori yang mengaitkan kemunduran Melayu di Malaysia dengan kewujudan HAK-KEISTIMEWAAN-ORANG MELAYU yang menyebabkan kemunduran bangsa-Melayu itu sendiri.
Ini adalah berlandaskan beberapa fakta mengikut logik fikiran aku.

Pada hakikatnya, Melayu yang merantau, bukan sahaja wujud di Malaysia, tetapi juga wujud di negara2 lain seperti
1. minoriti bangsa Melayu Champa
2. minoriti bangsa Melayu Kemboja
3. minoriti bangsa Melayu selatan Filipina
4. minoriti bangsa Melayu Cape-Town- Afrika Selatan
5. minoriti bangsa Melayu kepulauan Seychelles
6. minoriti bangsa Melayu kepulauan Cocos, Australia
7. minoriti bangsa Melayu di Selatan Thailand dan Singapura
7. minoriti bangsa Melayu di lain-lain tempat pelusuk dunia ini ( malas hendak dinyatakan)


tetapi jika dilihat dan dikaji-betul2 Kewujudan bangsa2 Melayu di tempat2 seperti yang dinyatakan adalah agak malap, un-popular, tiada dirasakan kewujudan mereka, tiada bersinar dan tidak menyerlah langsung dan kelihatan seperti hak-hak mereka seolah-olah dinafikan oleh pihak-pihak yang memerintah.

berbanding dengan masyarakat minoriti kaum cina yang mendapat pengiktirafan di seluruh pelusuk dunia seperti wujudnya China-Town di bandar2 besar pada kedudukan geografi yang amat strategik seperti
1. China-town di SOHO, London
2. China-town di Los-angeles, New York
3. dan banyak lagi di bandar2 Eropah yang lainnya (malas nak sebut)

Maka dengan ini, telah terbukti bahawa teori yang menyatakan kemunduran Melayu adalah disebabkan kerana wujudnya HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU adalah tidak benar dan Palsu belaka. Minoriti bangsa Melayu yang tersebar di seluruh pelusuk dunia tanpa mempunyai HAK-KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU pun nampaknya tidak menyerlah dan gagal bersaing dengan penduduk natif asal negara2 itu. Maka terus-terang aku nyatakan bahawa survival orang-Melayu sebenarnya bukan terletak pada Pelupusan Hak Keistimewaan tersebut.


===============================================

Ramai orang mengatakan bahawa faktor genetik memainkan peranan penting dalam menghasilkan karakter-trait generasi dan baka-baka seterusnya. Jika dalam Bahasa Pengaturcaraan C/C++ mahupun Java, elemen ini dipanggil sebagai "inheritance".
contohnya,

1. Ibu-bapa yang mempunyai IQ yang sangat rendah (below average) amat sukar untuk menghasilkan anak2 yang bijak pandai (cendekiawan)
2. bapa yang berbangsa Eropah selalunya akan memperoleh anak-kacukan yang cantik jika berkahwin dengan wanita Melayu (selalunya la...tak semuanya)
3. keturunan yang baik-baik selalunya menghasilkan generasi yang diberkati (konsep dalam Islam -- mengelakkan anak luar-nikah)

Di sini kita boleh kaitkan faktor genetik tentang persoalan Mengapa Bangsa Melayu itu amat susah hendak menjadi bangsa yang Unggul dan Mendominasikan segala-galanya di tanahair sendiri.

Oleh itu kita boleh relate faktor2 sejarah tentang hal ini. Kita boleh pergi ke bab-bab tentang asal-usul dan susur-galur bangsa Melayu ini, mengapa dan kenapa mereka merantau sehingga mereka sampai ke tanah Melayu ini.

Mengikut suatu fakta sejarah, perkataan Melayu/Malaya itu bermakna "bebas" (dalam bahasa Filipina), mengikut bahasa yang lain pula, Melayu itu bermakna "BEBAS dan MELARIKAN DIRI".

Term Melarikan-diri ini bermaksud melarikan diri kerana faktor kekalahan dan tidak bisa lagi menentang untuk mereka terus kekal wujud di tempat asal mereka. Maka dengan ini, boleh disimpulkan bahawa generasi Melayu yang terdahulu (nenek-moyang bangsa Melayu) yang sampai ke tanah Melayu dan melahirkan generasi sehingga ke hari ini adalah berasal daripada mereka yang telah GAGAL, KALAH, TUMPAS, KECUNDANG, LOSER dan berbagai-bagai lagi.

KALAH (loser) itu bermaksud
1. mereka yang KALAH dalam peperangan dan penentangan
2. mereka yang GAGAL dalam persaingan hidup
3. mereka yang PENAKUT untuk menentang
4. mereka yang DAYUS untuk mempertahankan sesuatu itu sehingga ke titisan darah yang terakhir
5. mereka yang tidak BERANI dalam serba-serbi di tanah air sendiri dan menjadi seorang yang loser seterusnya melarikan diri
6. mereka yang mencari kehidupan yang baru, kerana kehidupan yang lama amat menghimpit dan mereka KALAH untuk melawannya

Mengikut teori fakta-genetik, genetik-genetik yang bersifat kurang-elok akan menghasilkan baka-baka yang kurang-elok juga.

Kita ambil suatu contoh, bahawa pembukaan Melaka juga bertitik-tolak dengan suatu kisah tentang seorang anak-raja Jawa yang bernama Parameswara yang Kalah dan kecundang di tempat asal. Lantas melarikan diri ke Temasik, seterusnya membuka suatu petempatan baru yang dipanggil sebagai Melaka. (ini adalah fakta.)

Begitu juga tentang pelarian-pelarian Bugis yang melarikan diri ke tanah Melayu kerana petempatan-petempatan mereka di sepanjang selat Makasar telah diserang. Lantas mereka melarikan diri dan kebanyakan wira-wira, pahlawan, ketua2 dan prajurit-perajurit yang handal, bijak dan gagah berani ramai yang telah maut sebelum sempat mereka melahirkan baka-baka yang bagus.

Maka yang tinggal adalah mereka yang agak penakut, lemah, lurus-bendul yang mengambil kesempatan untuk mengembara dan berhijrah ke tanah Melayu ini.

============================================


Di sini kita boleh buat perbandingan, siapa lebih berani antara orang2 Melayu di Malaysia, atau penduduk tempat nenek-moyang, asal keturunan2 mereka di Indonesia ? Tidak perlu berfikir panjang, sejarah telah membuktikan bahawa:

1. Indonesia merdeka melalui pertumpahan darah dengan pihak penjajah
2. Malaya merdeka melalui rundingan dengan pihak penjajah (telur tersepit, masuk dalam. segala usul British terus diterima-pakai asalkan Meh-de-ka)

Maka kesimpulannya sebab itulah bangsa Melayu ini agak lemah secara relatif jika dibandingkan dengan pendatang-pendatang yang lain.

Kaum-kaum lain sebagai pendatang (cina dan india) adalah berketurunan mereka yang sebenar-benarnya mencari rezeki, duit, nafkah, harta. Sebab itulah mereka melahirkan keturunan yang berorientasikan mencari wang, wang, duit, duit, harta sehinggalah ke anak-cucu cicit mereka sekarang ini. Keturunan pencari duit akan menghasilkan baka yang gila mencari duit juga.

Kita pula ???? he..he.he... keturnan yang melarikan diri/loser/tumpas/kalah seperti kita, akan sentiasa menghasilkan baka-baka yang suka mengelak, penakut, takut untuk mengeluarkan hujjah, tiada berani tentang kebenaran, sehingga takut memaparkan kebenaran walaupun diblog.
Jika berpolitik, mengambil jalan mudah untuk kaya. ESCAPISM sering berlaku. short-cut sering berlaku tanpa adanya penentangan, perjuangan yang abadi oleh bangsa kita ini. he..he.he.

Akhir kalam, tulisan ini hanyalah andaian dan hipotesis ringkas semata-mata dan belum lagi disahihkan dengan pengkajian-pengkajian bersifat ilmiah mahupun dalam aspek-aspek scientific.

kah..kah..kah... (jangan marah naaa...)
uweeekk!!! :PPPPP

Labels: , , , ,

8 Comments:

Blogger Mak Su said...

mungkin ada benarnya.. genetik

2:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

good read, no wonder i feel like a loser everyday...it's in my genes!!

7:28 AM  
Blogger Elhakim said...

anynomous,

sejak bila kau jadi loser?

artikel ini tiada kena mengena dengan orang perseorangan.

ia lebih berbentuk sindiran bagi manusia yang berasa diri mereka lebih bagus daripada orang lain, sedangkan diri mereka sebenarnya adalah tidak bagus dan termasuk dalam kelompok manusia-manusia yang biasa juga.

7:32 PM  
Blogger Miss Nukleas said...

sbgai cth; kerana itu sistem perniagan MLM mudah merebak diklgn orang melayu, hanya pengaruhi beberapa orang melayu lain utk labur duit, maka mudahlah dapat keuntungan.

bukti nyata, kbanyakn org melayu :-
- hanya nak duit cara mudah
- malas guna akal fikiran
- segala2nya nak cepat ( psl tu suka jual tanah sdgkn bangsa Indonesia mjadi KEPANTANGN mrk jual tanah t'utama org2 di sumatera )
- tak berani ambil risiko
- snggup 'njual hrapan dan impian' rapuh pada bangsa sendiri
- mmikirkn diri sendiri lebih drpd kpentingn bangsa

maka tidak mustahil bangsa melayu akan kecundang kerana di'bunuh' oleh bangsa sendiri.

9:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya dah lama berfikir untuk mengatakan Melayu = LOSER. Kalau memang betul, apa salahnya mengaku. Mungkin pengakuan itu boleh dianggap sebagai muhasabah diri.

Tapi kalau orang bukan Melayu yang mengata-ngata orang Melayu adalah LOSER, memang panas hati juga dibuatnya. Cuba baca contoh berikut:
http://lynnseet.blogspot.com/2007/10/i-cant-concentrate-i-keep-walking.html

6:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

barambang had to tag my blog here too bad I have switch to another blog address.

This is whats wrong with orang melayu, they only want malays to tell them what is wrong with them. WHen other race starts saying bad things behind their back they get mad.

macam mana boleh mencapai perpaduan macam ni?

4:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

cibailah orang yang buat blog ni,melayu ni banga terakhir di dunia dan bangsa yang akan memerintah dunia satu hari serta membuka laluan utk imam mahdi

6:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sejujurnya ini adalah sebuah penulisan yg berdasarkan hepotesis yg sunnguh baik bg sy. Tahniah!

7:20 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker