..

Wednesday, November 07, 2007

Permasalahan Rasuah Negara: Rasuah dan Pembahagiannya




elhias: Hanya mereka yang terang-hati dan tidak bebal sahaja yang akan FAHAM akan maksud gambar berformat .gif di atas ini. Jika masih tidak faham, sila KLIK gambar itu dan baca mesej di bawah berulangkali. hik! hik! hik!

Dalam Malaysia, rasuah yg dilakukan oleh pegawai kerajaan dan pemerintah biasanya terbagi kepada 4 peringkat iaitu:

0. Rasuah Peringkat Tertinggi Alam Semesta
1. Rasuah Bersekutu Legal
2. Rasuah Bersekutu Separa Legal
3. Rasuah Separa Bersekutu
4. Rasuah Individu sdn. bhd.


Mula2 kita pergi kepada yang paling bawah sekali.


a. Rasuah Individu sdn. bhd.
====================

Suatu bentuk rasuah yang common. sesiapa pun boleh buat. Tiada memerlukan gang atau melibatkan orang lain. Hanya diri kita dan pemberi rasuah sahaja.

Jumlah wang yang terlibat adalah tidak banyak. (ratus2 saja) Juga dikenali sebagai 'ikan-bilis atau bilis'. Selalunya paling-tidak-selamat. Sering menjadi mangsa boss yg tidak puas hati.

Dalam pejabat, individu yang terbabit sering dijadikan 'kambing-hitam' atau scapegoat. Contoh tipikal spt: pembelian papan-hitam yang mencecah harga RM 400/= (padahal cuma RM150) drpd pembekal dengan kelulusan tender oleh seorang kerani yang tidak amanah.


b. Rasuah Separa Bersekutu
=====================

Melibatkan suatu kelompok yang kecil dalam suatu organisasi. Contohnya kelompok pegawai polis preman yang tiba2 melakukan sekatan road-block semata2 utk duit. Atau pegawai polis yang berpakat sesama sendiri dalam suatu kelompok yg kecil untuk mendapatkan rasuah daripada pesalah-pesalah kecil jalanraya. Jumlah individu yang terlibat adalah dalam 2 - 10 orang. Jika dilihat dari segi security, ia agak intermediate atau moderate. Maknanya perbuatan ini juga tidak selamat. Kerana ia berhadapan dengan kelompok-kelompok lain yang dengki dengan kelompok yang berjaya mendapatkan rasuah tersebut. Jumlah wang terlibat juga tidak banyak iaitu dari RM 50 - RM 50,000. Hasil yang diperolehi akan dibahagi sama rata kepada ahli yg terlibat


c. Rasuah Bersekutu Separa Legal
=========================

Peringkat Rasuah yang agak selamat berbanding dengan peringkat Rasuah Separa Bersekutu. Dilakukan oleh mereka yang agak berpengaruh dalam sesuatu jabatan atau organisasi. Tetapi masih belum cukup teguh/selamat kerana ketuanya masih kurang berpengaruh walaupun ia berpangkat agak besar seperti Dato', Datuk, Tuan, Tan Sri, Sheikh dll. lagi.

Rasuah peringkat ini sering terjadi dalam sesuatu jabatan. Contohnya pelakuan rasuah yang diamalkan oleh jabatan A. Oleh kerana ketua dalam jabatan A ini memakan rasuah, maka orang dibawah pun turut terpaksa untuk memakan rasuah tersebut. Ia adalah menjadi suatu perkara yang wajib. Jika tidak, maka individu yang enggan memakan rasuah tadi akan dipulaukan dan disumpah menjadi kera-sumbang.

Walaubagaimanapun secara teori, peringkat jenayah rasuah jenis ini agak tersusun dan lebih rapi berbanding dengan peringkat rasuah yang lain kerana ia berlandaskan sifat-sifat permuafakatan-setempat yang khusyuk lagi tawadhuk.


d. Rasuah Bersekutu Legal
====================

Rasuah ini selalunya melibatkan jumlah wang yang banyak. Selalunya melebihi RM 1 juta. Dilakukan oleh sekelompok manusia yang dilabelkan sebagai kroni datuk-datuk. Rasuah peringkat ini agak selamat walaupun ia tidak selamat. Si pelaku rasuah peringkat ini biasanya adalah pengarah2, ketua2 Menteri dan juga pegawai2 kanan dalam suatu organisasi atau agensi. Bagi individu yang mempunyai daya-pemikiran yang lemah, biasanya jenis pemberian rasuah ini adalah HALAL disisi agama dan syarak, sehinggalah ia dibongkar atau didakwa oleh mereka (yang juga berpengaruh) dan tidak puas hati. Contohnya:
1. kes Dato' Harun.
2. Eric Chia
3. Datuk Ramli Yusuff (Pengarah Jenayah Komer-SIAL)



e. Rasuah Peringkat Tertinggi Alam Semesta
=================================

Juga dikenali sebagai Rasuah Tahap Dewa. Dalam sebuah negara, pelaku rasuah ini adalah terdiri daripada presiden atau Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri atau menteri2 yang sewaktu dengannya. Walaubagaimanapun menteri2 lain pun boleh terlibat sebagai pelaku rasuah jenis ini tetapi dengan SYARAT bahawa ia ada kena-mengena dan sehaluan dengan mereka yang memerintah dan yang paling-berkuasa sekali.

Pelaku rasuah ini biasanya diback-up atau dibela oleh undang-undang daripada mereka yang paling berkuasa. Mahkamah pun boleh tertunduk dek rasuah jenis peringkat ini. Adalah Sangat jarang pelaku rasuah ini akan didakwa kerana pelindung rasuah ini adalah berjenis berjentera-KEBAL.

Biasanya rasuah ini melibatkan jumlah wang sekecil 5sen--(rasuah-sex) sehinggalah sebesar RM berbiliun-billiun banyaknya. Pemberian pangkat juga terkategori dalam rasuah jenis ini kerana pemberinya adalah seseorang yang berkuasa dan berpengaruh. Hasilnya adalah wang-ringgit, gaji-yang-lumayan secara berterusan kepada penerima rasuah jenis peringkat ini.

Selalunya, bagi mereka yang buta-hati, benak, bebal, bodoh, lemah-fikiran, IQ-rendah kedunguan, dangkal, bongok, tolol dan bahalul sahaja yang tidak sedar akan kewujudan rasuah pada peringkat ini dan jika sedarpun, si-bahalul tadi hanya mensifatkannya sesuatu yang HALAL dan diterima oleh ALLAH serta syarak. Kadang2 imam, mufti-besar mahupun KETUA-HAKIM pun membenarkan pengamal rasuah peringkat ini.

Rasuah ini akan jatuh-taraf kepada peringkat-Rasuah-Bersekutu-Legal jika pengamalnya 'lawan-towkey'.

Rasuah seks terkategori dalam rasuah jenis ini, tetapi dengan syarat, wanita yang terlibat hendaklah berwajah lawa, cun atau Pan-Asian. (Paling kurangpun macam Dynas buat skalar masa sekarang)

Walaubagaimanapun jika sudah tidak bernasib baik lagi, penangkapan terhadap si-pelaku rasuah peringkat ini akan terjadi setelah:

1. pelaku yang terlibat telah bersara atau tidak berkuasa lagi
2. pertukaran kerajaan
3. suatu amendement/pindaan thdp rang-undang2 dibuat
3. atau ketiga2nya sekali



elhias: "i ni hadiah untuk u, daripada seseorang tau...tp janji tau... u kena buat something on behalf........mmmmmmm... mau makan laaa ni...ehehehehe....

Labels: , ,

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hark! hark! hark!

Artikel cam sial

8:05 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker