..

Wednesday, December 05, 2007

Permasalahan Negara: Hikayat Penghipokritan Sang Politikus Demi Pilihanraya


elhias: Bosan...apa pandang2?!!! kang! aku gegeettt!!!


Sumber bermaklumat Teppe-Elekk klik saya!!!


Entah Jin-Islam berbangsa Arab mana yang merasuk, tiba-tiba Anak-Toyol mengesyorkan supaya penjawat awam hendaklah mengamalkan prinsip 6M ke dalam diri masing2. (dimulai dgn 2M kemudian, disusuli pula dgn 3M dan 4M).

Kalau nak ikutkan, byk sangat formula untuk penjawat awam daripada motto "kepimpinan melalui tauladan" sehinggala ke hari ini.


Kali ni, tergeliat lidah aku nak menyebutnya.

1. Musyaratah,
2. Muraqobah,
3. Muhasabah,
4. Mu‘aqobah,
5. Mu‘atabah
6. Mujahadah

(elok ditambah 2 lagi iaitu Mughollazah dan Mutawassitah)

Sekali imbas memanglah bunyinya macam bagus. (bagi pakcik-pakcik yang sudah 25 tahun pencen)

Entah apa relevannya tiba2 peristilahan Arab pulak nak digunakan. Mungkin agak Islamik kot.
Maklumlah Selangor ini adalah negeri yang paling Islam sekali dalam banyak2 negeri.

Tempat maksiat pun tidak ada. Syabas!!! sebab kali ini, toyol kita lebih bersikap ke-Arab-Araban dan lebih wara', lebih alim, lebih ulama' dan lebih Islam daripada rakan2 sejawat yang lain.

Tapi lama-kelamaan, ......

nampak sangat penjawat awam ini adalah golongan yang paling tidak berguna sekali dalam kerajaan. Kesalahan mereka senang dilihat. Kesilapan mereka selalu ditegur.

Mungkin betul. Aku tidak nafikan.

Tetapi, Sebaliknya ahli2 politik yang berkuasa di Malaysia ini agak bernasib baik kerana kekebalan mereka dalam apa jua aspek.

Maka sebab itulah mereka tidak perlu mengamalkan apa-apa prinsip.

Ke ma'asuman ahli-ahli politik-yang berkuasa di Malaysia tercetus apabila parti mereka menang-besar dalam setiap pilihanraya.

Hadiahkanlah seberapa banyak batang penyapu kepada pegawai kerajaan. Mereka tetap menerima dengan rela-hati.

Tapi kadang-kadang, yang ditakuti, penyapu tersebut bakal digunakan untuk menyapu bersih politikus dan tikus-tikus politik yang cakap-tak-serupa-bikin.

Paling tidakpun, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk mengetuk si-toyol itu.

chiiiiiiiittttttttttttttt!!!!!! Poraahhhh!!!!

Labels: , , ,

6 Comments:

Blogger Mazween-Laugh said...

Tak baik kutuk orang toyol tau...

lagipun dan nama ayah dia cam tu..
nak wat camner lagi ...

6:23 PM  
Blogger Mak Su said...

sodaqol la hul azhim (yang ni saya paham)

7:29 PM  
Blogger rastom said...

Sheikh Toyorudin ini dengan memperkenalkan sesuatu yang dianggap baru seperti 6M sebenarnya mencerminkan kedangkalan yang lumrah dikalangan politikus Malaysia.

Dengan ilmu pengurusan/pentadbiran yang tidak seberapa canggih maka dirasakan perlu mengabui mata orang bawahan dengan pelbagai novelty tanpa disedari bahawa orang bawahan bukannya tidak ada yang tahu selok belok pengurusan. Sebagai contoh di mana orang politik mengkucar kacirkan pengurusan kewangan ialah bila diumumkan kenaikan gaji di pertengahan tahun. Habis lingkup segala perancangan kewangan untuk tahun tersebut. Lain lain hal bodoh termasuklah mengubah logo jabatan, warna resmi, slogan, uniform dan sebagainya.

6:17 AM  
Blogger Elhakim said...

Mazween,
mmg tak ada sesiapa yg kutuk.

sudah adat masyarakat kita yg membunyikan nama masing2.

Muhammad = Mat
Idris = Derih
Idrus = Darus
Jalil = lel
Toyo = ??? (nasib ler...he.he..)

6:54 PM  
Blogger Elhakim said...

El Tetuan El Rustami..

yg paling bingit telinga adalah apabila beliau Eltoyoruddin membuat muka pada tahap paling konfident apabila menasihati para pegawainya.

seolah-olah beliau dan kebagusan- pada-tahap-tertinggi adalah 'sinonim'.

6:57 PM  
Blogger Elhakim said...

Mak Su..

he..he..
apa pulak sodoqollah..

he.he

6:58 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker